Saturday, October 15, 2011

Nasi Lemuni (legundi)

Bahan2
2 pot beras
3 pot santan
seikat daun lemuni(ambil bahagian pucuknya sahaja)
sedikit halba
2 ulas bawang merah
sedikit halia
daun pandan
garam

Mesin dan tapis daun lemuni untuk mendapatkan air daun lemuni. Masak bersama beras dan santan yang dicampurkan dengan bawang, halia, garam, daun pandan dan halba seperti memasak nasi lemak biasa.

Lauk dan sambal untuk dimakan dengan nasi lemuni bolehlah dengan sambal sotong, bilis, udang atau serunding seperti memakan nasi lemak.

Aku sudah terdedah dengan nasi lemuni sejak sekolah menengah. Mak sedara aku selalu kaitkannya dengan awet muda. Kalau tak mau tua, makanlah nasi lemuni katanya. Hehe. Ia elok untuk perempuan yang baru lepas bersalin, dimasak bersama dengan daun inai dan lada hitam. Bagus untuk peredaran darah.

Lagi satu orang selalu berpesan supaya ranting atau dahan pokok lemuni diambil untuk buat senduk mengacau/menggembur nasi. Dulu2 mak aku selalu cakap ayah aku akan marah kalau makan nasi yang tidak digemburkan.

Pokok lemuni kat rumah aku. Cara penanamannya dengan keratan batang pokok. Dah tepi longkang sangat tu aku tanam. Kat lorong jalan belakang rumah.


Ada dua jenis. Satu lemuni hitam, satu lagi lemuni hijau. Sebenarnya bukan hitam pun. Kalernya ungu kat bahagian bawah daun. Ranting pokok tu dah lama aku simpan untuk nak dibuat senduknya.


Sentuhan pertama aku dengan menggunakan kapak. Hehe.


Sentuhan terakhir menggunakan pisau tajam dan penghabisannya aku gunakan kertas pasir.

17 comments:

  1. Wah ranting pun boleh jadi senduk. Kreatif sungguh Mak Ngah ni.

    ReplyDelete
  2. jom makan nasi lemuni. Ada orang kata khasiat dari kayu lemuni tu boleh meresap masuk ke dalam nasi .... harap2 betullah... hehe

    ReplyDelete
  3. salam...saya cuba juga tanam pokok ni tapi x menjadi..tangan 'panas' agaknye..boleh mak ngah share cara penanaman pokok lemuni ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wksalam Nisa. Makngah rasa tangan panas tu hanya istilah nakal sahaja. Boleh semaikan benih lemuni dr potongan ranting yg dh agak matang pd tanah peroi dlm polybeg. Lubangkan dahulu pd tmpt yg nk dimasukkan ranting supaya kulitnya tidak luka. Siram selalu agak2 jgn terlalu basah @ terlalu kering. Mmg akan ambik masa agak lama juga sebelum rantingnya pulih n mula mengeluarkan pucuk baru.

      Delete
    2. Macam mana nak dapatkan daun lemuni ni? Ada yg boleh share tak

      Delete
  4. Assalam..dah lama mencari benih pokok lemuni,belum jumpa2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya makngah pun belum penah tengok anak pokok lemuni dijual orang. kat kampong2 pun sekalisekala ditanam orang. mailah ambik benihnya kat rumah makngah.

      Delete
  5. i nak beli daun lemuni tapi tak jumpa, kat mana ada jual?

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum pernah makngah jumpa orang jual daun lemuni. orang kampung di utara kedah dan perlis selalu tanam pokok ini.

      Delete
  6. saya suka makan nasi lemuni(kami sekeluarga pnggil lengundi..hehe)..same mcm makngah , sy didedahkan oleh mak gan ayah dr zaman muda belia lg..saya asal dr ipoh, dan pkok tu, byk d tanam di sekitar kg saya,,skrang, sy menetap d banting, selangor..xpernah jumpa pkok/daun/nasi lemuni tu kat cni..rinduuuuu nasi lemuni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... makngah pun sama, sudah terbiasa dengan nasi lemuni sejak zaman remaja... sekarang ni dah ada pokoknya, lama dah tak masak nasi lemuni.. mak sedara cakap amalkan makan nasi lemuni akan selalu awet muda... hehe.. budak2 sekarang dah tak berapa kenal dengan ulam ni dah...

      Delete
    2. sy baru balik kg minggu lepas.. alhamdulillah, merasa mak masakkan nasi lemuni (sedap, berbaloi2) makan pulak dgn sambal tumis ikan bilis..pehhh..mak mertua lalu pon x prasan..kikiki...sy siap mntak ayah carikan batang pokoknya utk d tanam rumah dekat banting.nnti bolehlah msak nasi lemuni selalu..suami asal dr kedah. dia pon biasa mkn nasi lemuni ni..anak je x reti makan..hihihi

      Delete
    3. ermmm,... macam sedaaap jer... makngah pun lama dah tak merasa makan nasi lemuni, dengar cita sedap ni rasa macam nak masak makan nasi lemuni lah pulak...

      Delete
  7. As slm.saya cri daun ni..blh x saya nk bli...n nk tanam kat umah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wksalam.. makngah dh tebang sbb pokoknya makin besar, tanam tepi longkang... makngah dh semai semula anak pokoknya... dh besar nanti makngah maklumkan ya...

      Delete
  8. Sya berjaya biakn lemuni...16-19.7.20 sya ke perlis...contac sya sifu 0197151973

    ReplyDelete
  9. Saya ada jual keratan pokok lemuni. Boleh whatsapp 0125620821

    ReplyDelete