Saturday, October 1, 2011

Pisang rebus

Bahan2

5 biji pisang awak
3 1/2 sudu gula
2 helai daun pandan
air, pewarna dan secubit garam

Masukkan semua bahan dalam periuk. Jerangkan atas api hingga mendidih dan pisang masak. Sebelum angkat, masukkan secubit garam. Sedia untuk dihidang. Boleh tambahkan ais jika suka.

Pisang ini aku dapat free. Hehe. Sedang elok mengkalnya sebab ia belum cukup masak. Malas nak goreng. Ni menu orang malas. Mudah dan simple cara masaknya. Tapi aku terlebih letak pewarna la pulak. Biasanya anak perempuan aku tak suka makanan yang berwarna terang ni. Dia takut.

Dulu aku ada dengar sorang cikgu Kimia cakap, daripada minum air sirap, lebih baik kamu minum air longkang sahaja. Aku fikir dalam hati, amboi, garang nya cikgu ni.

Tapi selepas terbaca dalam satu artikel, tak ingat kat mana dah. Boleh jadi kat Buletin Pengguna kot, ada mendakwa sentiasalah berhati-hati dengan pewarna yang dicampur dengan makanan sebab ada antaranya dibuat dari bahan pencelup yang digunakan untuk mencelup warna pada pakaian!

Tapi nampaknya pisang rebus ni anak aku dah makan pun. Dia terpikat ngan warna merahnya kot... hehe

4 comments:

  1. terkejut tgok gmbar..ingtkn lepas rebus terus tukar kaler..rupanya tu kena titik pewarna..heheh

    ReplyDelete
  2. haha
    patutnya letak warna kuning, barulah nampak lembut dan menawan cket, tp dh xdak wana kuning, jadilah merah menyala-nyala you....

    ReplyDelete
  3. Salam, masa kecik2 mak selalu buat sarapan pisang awak rebus.sedapkan kenyal2

    ReplyDelete
  4. Wasalam. MakNgah ni dah ada anak baru rasa makan pisang rebus, ada kawan yang masakkan. Memang sedap rasanya w/pun rupanya biasa saja.

    ReplyDelete