Assalamualaikum pada semuanya...
Hari ni mak ngah nak publish satu lagi makanan yang pelik2. Pelik bagi mak ngah lah. Boleh jadi tak pelik pada sesetengah orang yang dah biasa. Boleh jadi ada sesetengah penempatan di negeri Kelantan dah biasa dengan kerabu nipah ni. Dari petikan kat KOSMO, makan produk nipah macam gini dapat melambatkaan proses penuaan hehe..
Macamana cara nak sediakan kerabu bolehlah KLIK KAT SINI Penyediaan kerabu lebih kurang sama sahaja. Cuma kerabu nipah yang pertamakali pernah aku makan dulu tu, kawan aku cakap mak dia masukkan sekali beras goreng yang telah dimesin. Beras goreng yang diblender tu dimasukkan bersama ramuan kerabu untuk buatnya lebih wangi kut..:).
Langkah yang patut aku tulis kat sini ialah penyediaannya pada peringkata awal sahajalah. Selepas di bersihkan, ia dipotong dan direbus. Air rebusannya? Kelat yang amat!. Aku ganti air rebusannya rasanya sampai 3 kali. Selepas direbus isinya ditumbuk. Lepas ditumbuk, perah buang airnya yang kelat itu.
Demi sesungguhnya kerabu nipah aku ni telah diproses dalam keadaan yang tergesa-gesa. Hari dah makin malam time tu. Aku tak letak santan. Kalau letak santan, kerabu tak dapat disimpan lama. Jadi aku cuma letak kerisik dan yang lain2 lagi tu sahajalah,...
Sedap. Wokeh. Anak lelaki aku memakannya sehingga bertambah nasi berpinggan... hehe.
Terima kasih yang tak terhingga mak ngah ucapkan pada rakan sekerja anak perempuan mak ngah yang sudi bekalkan kuntuman bunga nipah ni kat mak ngah. Kalau tak alamat kempunanlah mak ngah nak merasa kerabu nipah ;P. Anak perempuan mak ngah tu kata rasanya macam ubi siket2.
Inilah dia bunga nipah yang belum berkopek. Yang sebenarnya aku ni pun, nilah pertamakali melihat kuntum bunga nipah. Tak pandailah pula aku macamana gaya nak membuatnya. Mana bahagian yang boleh diambil dan mana bahagian yang patut dibuang? Aku main belasah saja lah akhirnya. Belum pernah lagi aku tengok sendiri bagaimana cara sebenarnya ia dibuat orang!
Ada yang dah nampak bakat2 kuntum2 bunganya selepas dikopek bahagian dalamnya. Ada yang lepas dikopek, aku terus kopek lagi sampai tak tau nak kopek mana lagi.... hehehe. Bila tanya kat kawan aku yang kata mak dia duk buat kerabu ni selalu pun, dia pun kata tak perasan jugak... alahai...tu yang kerabu aku tu nampak macam ada keping2 daun nipah, daun mengkuang dan tikar mengkuang tu! Kwang3......
Kalau ada yang nak mengenali pokok nipah. Jangan tersilap cek noh... Pokok rembia dan nipah kedua2nya diambil orang daunnya untuk dibuat atap. Tapi pokok rumbia tak tumbuh dalam kawasan air bertakung macam ni.
Yang ni aku kenal sangat. Daun nipah yang telah dikeringkan dipotong untuk dibuat rokok daun. Rokok daun pembalut tembakau. Aku pernah juga cuba ni masa kecik2 dulu. Rasanya? Tak sedap langsung. Kelat!.
Berkaitan dengan orang yang hisap rokok daun. Anak aku ada bawa balik satu cerita. Dia kata dia ada tengok satu orang tu hisap rokok. Tapi orang yang dia tengok tu tak balut tembakaunya dengan rokok daun. Dia gulung tembakaunya gunakan pembalut yang diambil dari exercise book adik dia kut. Siap ada tulisan budak sekolah lagi kat kertas yang dikoyak dari buku latihan tu. Hish! Mengarut betullah. Tak pernah dibuat orang rasanya. Tembakau dia ada secret resepi kot! Borak sembang dia pun macam dah tak berjejak di bumi nyata dahh....
Hari ni mak ngah nak publish satu lagi makanan yang pelik2. Pelik bagi mak ngah lah. Boleh jadi tak pelik pada sesetengah orang yang dah biasa. Boleh jadi ada sesetengah penempatan di negeri Kelantan dah biasa dengan kerabu nipah ni. Dari petikan kat KOSMO, makan produk nipah macam gini dapat melambatkaan proses penuaan hehe..
Macamana cara nak sediakan kerabu bolehlah KLIK KAT SINI Penyediaan kerabu lebih kurang sama sahaja. Cuma kerabu nipah yang pertamakali pernah aku makan dulu tu, kawan aku cakap mak dia masukkan sekali beras goreng yang telah dimesin. Beras goreng yang diblender tu dimasukkan bersama ramuan kerabu untuk buatnya lebih wangi kut..:).
Langkah yang patut aku tulis kat sini ialah penyediaannya pada peringkata awal sahajalah. Selepas di bersihkan, ia dipotong dan direbus. Air rebusannya? Kelat yang amat!. Aku ganti air rebusannya rasanya sampai 3 kali. Selepas direbus isinya ditumbuk. Lepas ditumbuk, perah buang airnya yang kelat itu.
Demi sesungguhnya kerabu nipah aku ni telah diproses dalam keadaan yang tergesa-gesa. Hari dah makin malam time tu. Aku tak letak santan. Kalau letak santan, kerabu tak dapat disimpan lama. Jadi aku cuma letak kerisik dan yang lain2 lagi tu sahajalah,...
Sedap. Wokeh. Anak lelaki aku memakannya sehingga bertambah nasi berpinggan... hehe.
Terima kasih yang tak terhingga mak ngah ucapkan pada rakan sekerja anak perempuan mak ngah yang sudi bekalkan kuntuman bunga nipah ni kat mak ngah. Kalau tak alamat kempunanlah mak ngah nak merasa kerabu nipah ;P. Anak perempuan mak ngah tu kata rasanya macam ubi siket2.
Inilah dia bunga nipah yang belum berkopek. Yang sebenarnya aku ni pun, nilah pertamakali melihat kuntum bunga nipah. Tak pandailah pula aku macamana gaya nak membuatnya. Mana bahagian yang boleh diambil dan mana bahagian yang patut dibuang? Aku main belasah saja lah akhirnya. Belum pernah lagi aku tengok sendiri bagaimana cara sebenarnya ia dibuat orang!
Ada yang dah nampak bakat2 kuntum2 bunganya selepas dikopek bahagian dalamnya. Ada yang lepas dikopek, aku terus kopek lagi sampai tak tau nak kopek mana lagi.... hehehe. Bila tanya kat kawan aku yang kata mak dia duk buat kerabu ni selalu pun, dia pun kata tak perasan jugak... alahai...tu yang kerabu aku tu nampak macam ada keping2 daun nipah, daun mengkuang dan tikar mengkuang tu! Kwang3......
by google |