Followers

Saturday, June 18, 2011

Kerabu umbut tepus

Bahan-bahannya ialah
Umbut tepus, udang (direbus), kerisik, santan pekat, serai, halia, bawang merah, bawang besar, cili api, cili besar, belacan, air asam jawa, sedikit air limau nipis, garam, belacan, gula, ajinomoto.


Ulam tepus yang sudah di rebus, dipotong, ditumbuk, ramas keluar airnya ~ campur dengan udang yang telah direbus dan dipotong kecil2.


Campuran santan pekat, asam jawa, belacan, garam, gula, ajinomoto, kerisik, cili api yang sudah ditumbuk di panggil gelambiaq, ya puan-puan?.... :)


Dua minggu lepas aku balik kampung sebab ingat boleh dapatkan ulam ini yang sudah lama aku idamkan. Tapi tak ada. Hari ini aku jumpa kat pasar. Dah sampai mai musim dia dah kot?....:)


Ni lah dia rupa pokok tepus. Katanya keluarga pokok halia. Ada yang kata macam pokok kantan sebab tingginya ada yang mencapai hingga 7 kaki.

Aku teringat nak buat kerabu ni sebab ternampak kat facebook sapa tak tau dok cerita pasal kerabu ni la. Katanya asal Wang Tepus kat bandar Darulaman Jitra tu dapat nama dari pokok ni lah. Aku pernah makan sekali dulu dah lebih 30 tahun kut...

Dulu carian aku kat google, nama pokok ni lempuin. Ada juga kata ia keluarga lempoyang. Husin Lempoyang aku taulah. Watak kat filem Tiga Abdul tu.

Kata Husin Lempoyang : 'Dunia.. dunia... meniaga manusia lagi bagus dari meniaga unta..'
Beliau peroleh 4 ribu paun hasil urusniaga dengan saudagar Jamal Pak Tongkol...
Hehe...

3 comments:

  1. kat pasar borong selayang ada ka juai benda ni.. rasanya tak dak.. telan ayaq lioq ja la.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. takdak kot... sbb pkok ni dok lam hutan...
    sedap laa Eda oi... betul sedap, tsgtlah sedap :)

    ReplyDelete
  3. Jual orang lagi untong besar dari berniaga unta..
    4 ribu paun....???? Wowww...!!! Hehehe...

    ReplyDelete