Followers

Monday, March 5, 2012

Khasidah kuih tradisi

Bahan2
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula (boleh kurangkan jika tak suka manis)
3 cawan air
2 ulas bawang merah - digoreng

Bancuh tepung dan jadikannya seketul doh.
Gunakan air (menggunakan 3 cawan air tadi) dan 'basuh' doh tepung ini. Air basuhan tepung ditapis masuk ke dalam satu bekas. Ulangi langkah ini sehingga habis semua air tepung yang pekat dikeluarkan . Baki yang tinggal ialah 'getah' tepung yang tidak akan digunakan lagi.
(Teknik ini juga digunakan untuk memasak halwa maskat. Tapi macamana nak masak halwa maskat aku belum belajar  lagi. Hu hu)

Masukkan air tepung dan gula kedalam periuk. Masak dengan api perlahan selama 45 minit. Bila masak, tuangkannya ke dalam bekas, sejukkan dan tabur bawang goreng ke atas kuih  ini. Boleh dipotong dan sedia untuk dimakan.

Ini apa ya?  Ini bukannya  tomfok tomfok tahik unta noh.. Inilah dia getah tepung yang berbaki selepas air tepung sudah dikeluarkan.

Khasidah ialah kuih lama orang2 Kedah. Sejak kecik aku dah selalu tengok kuih ini terutama di bulan puasa. Cuma aku belum minat lagi kat kuih ini.Tapi aku suka pada baunya. Ada wangi2 bau bawang goreng. Amat sesuailah kalau ada yang rasa nak kurangkan kolesterol tu sebab resepi ini kurang lemak. Sesuai untuk aku ler tuu... hehe

Aku berminat nak cuba masak kuih ini sebab kawan aku cerita mak dia buat jual kuih ni selalu habis laris dijual. Aku nak linkkan kawan aku tu tapi dia masih belum ada blog lagi. Sebenarnya ada lagi resepi2 dan masakan aku sebelum2 ni kat blog aku ni aku dapat dari dia.

Oh ya. Dia kata mak dia pesan kuih ni mesti kena kacau kat atas api selama 45 minit. Kalau kurang, kuih tak cukup masak dan air yang masih berbaki akan timbul di bahagian atas permukaan kuih.
Tapi baguslah bila ada lagi yang sudi  menambah petua supaya didihkan air dahulu kemudian baru masukkan bancuhan tepung dan kacaulah sehingga masak. Teknik ini akan menambah cantikkan kuih sebab ia akan jadi lebih jernih seperti memasak gam/kanji.
Sebelum menggoreng bawang, keluarkan pucuk daun bawang di bahagian tengah bawang supaya bawang goreng perui dan tidak melekat.

Pada aku ni pulak, tiap2 kali bila ternampak saja pada kuih khasidah ni, automatik aku akan teringat pada filem Tiga Abdul. Hamidah, Rafidah, Ghasidah. Boleh jalan dahh...!

7 comments:

  1. mak ngah..ni salah 1 kuih feveret ana. Kalau mak anak buat, mesti ana mintak mak taruk bawang lebih..nak lagi bawang yg kita gorng sendiri...ada minyak bawang..sedapnye...ana suka makan sejuk2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ana minat ke...ni yg buat mngah rasa nak buat lagi tu... dlu rasa mcm xmau buat dah sebab nak tunggu 45 min tu lama sgt...
      kalo ada mak syok nya boleh main oder2 jer...

      Delete
  2. mak ngah..saya teringin nak buat kuih ni tapi tak paham sgt la cara2 nya tu makngah....

    lepas kita buat doh tepung tu.kemudian basuh doh guna 3 cawan air tadi...masa basuh tu tepung2 dari doh tu akan tanggal jugak la ye? lepas tu akhirnya nanti akan ada doh kecil yg makngah kata getah tepung ye? getah ni liat2 ke?

    yg petua didihkan air dulu tu cam ne mak ngah? tak berapa nak paham...

    ReplyDelete
  3. quinnie, tambahkan air (drpd 3 cawan)untuk menguli tepung yang dah jadi doh. air ni tak akan menyerap balik kedlm adunan doh.air tepung akan keluar dari doh tepung dgn cara meramas dan memicit2nya dan tapis air ini. air tepung inilah yang akan dimasak bersama gula.

    Jika nak didihkan dulu, bahagikan sebahagian dari 3 cawan tadi untuk di didihkan dahulu, jimat2lah pengunaan air dari 3 cawan tadi semasa proses membasuh tepung. rasanya kuih mngah tu mcm keras siket, bolehlah gunakan 3 1/4 cawan kut...
    yalah getah tu agak liat2 siket. sebenarnya kecik jer saiznya dr 1 cawan tepung tu, cuma bila mngah zoom nmpk cam besar la...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. #
      didihkan 1 cawan air. kemudian baru masukkan air basuhan tepung kedalam air yg tgh mendidih itu, kacau cepat2.
      (2 cawan air lg gunakan untuk basuh doh tepung)
      kalau masak kanji/gam dgn cara ini, gam itu akan jd lebih jernih.

      Delete
  4. salam..thanks sudi berkongsi resepi.resepi ni mengingatkan saya pd arwah mak sy yg suka sgt bt kuih ni..favourite saya pun.tp bila die dh xde,rs rindu sgt nk makan tmbah2 time bulan ramadhan ni...cuma,saya sdikit keliru,rsnya dulu mak saya masukkan tepung dan santan sekali ja dlm periuk dan kacau smpai pekat..bukan macam tu ke?mohon pandangan...

    ReplyDelete
  5. Waalaikumussalam faizah
    terima kasih kembali...ya rasanya bulan2 puasa dulu2 ni lah antara kuih yg saling ditukar2 dgn jiran.... makngah pun masak ni aci ikut2 aja...:)
    kwan mngah tu ckp mak dia pn tak 'basuh' tepung utk kuih dibuat jualan kecuali utk makan sendiri sahaja.
    MNgah rasa yg dicampur naik sekali dgn santan tu dipggil 'koleh'kut..hehe..mngah pun tak berapa nak pasti...

    ReplyDelete