Sunday, April 29, 2012

Timun betik cicah kelapa


Assalamualaikum

Aku baru lepas makan buah timun betik. Timun betik cicah dengan gula merah dan kelapa. Rasanya  ? Mak aii.. Sedapnya. Kalo sedap putu mayung cicah kelapa, sedap lagi timun betik cicah kelapa. Kalau sedap keledek rebus cicah kelapa, sedap lagi timun betik cicah kelapa. Haha. Dah melebih lebih dah aku ni.

Tapi ya memag betul pada selera tekak aku. Nak jadi pelopor buah  timun betik dah aku ni. Nak buat master dalam bab pemakanan timun betik. :)

 Inilah buahnya hasil yang aku tanam dalam pasu. Akar pokoknya tak cukup menjalar dalam tanah kot.. Kontot buncit rupanya. Bagai seekor ayam sedang bertenggek. Masa kecik rupa buahnya macam ini.

 Bila dah cukup merekah barulah ia layak dimakan. Kalau belum cukup masak lagu ni, isinya masih belum cukup lembut dan rasanya kurang manis. Tapi buahnya bukanlah sangat manis rasanya. Rasa manis2 buah sahajalah.. Yang aku makan sebelum ini rupanya lagilah mengerikan dari yang ini. Kulitnya merekah sehingga lekang keluar berkeping!

Ni bahagian bumper belakang yang dah aku cabut !. Tengok tu isinya nampak gebus menganjal kan..


Ni gambar dari jarak lebih dekat. Timun betik, kelapa dan gula merah.
Aku tanyakan rakan sebelah depan meja aku tu kenal tak dengan buah timun betik. Sebab dia orang Kelantan.  Ya. Orang yang sama yang aku tanyakan pasal kuih asam gumpal sebelum ini. Dia cakap tok dia kat Kelantan dulu rajin tanam  pokok timun betik. Dia suka makan timun betik cicah dengan kelapa dan gula. Ooh. Ini yang aku dapat idea dari dia macamana cara nak pelbagaikan makanan ini. Dia cakap lagi tok dia rajin buat sarung dari daun kelapa untuk elakkan buah timunnya dari dimakan atau diganggu oleh lain2 makhluk perosak. Aku tak tau sunguh la macamana rupanya sarung buah timun dia tu.Tapi aku duk terbayang agaknya rupanya tentu serupa dengan sarung buah nangka yang kami orang Kedah panggil geruk nangka.

 
Ni gambar geruk nangka atau sarung buah cempedak. Boleh jadi ada yang tak pernah tengok ini. Nak tau cara macamana  nak  buatnya bolehlah dapatkannya dari blog Teratak Senja.

Tang penghabisannya aku kena letakkan gambar ini. Macam entri timun betik aku yang lepas. Nama dia ni Olen. Pokok bunga kembang sepuluh aku ni dah lunyai dibuat tempat lepaknya. Dengan muka tak bersalahnya tuh!

Saturday, April 28, 2012

Kuih Asam Gumpal

Assalamualaikum
Semalam aku cuba buat kuih asam gumpal. Agak lama aku mengidam nak makan kuih ini. Aku tergoogle jenis2 kuih dari pantai timur. Terjumpa dengan asam gumpal. Yang asam2 buat aku teruja. Kuih asam ko ka..?
Satu nama lagi yang aneh pada aku ialah kuih kayu keramat. Kayu keramat? Ouuh. Yang tu ke kayu keramat. Haha. Sapa yang nak tau apadia kayu keramat tu cubalah google ya?

Terima kasih pada yang sudi share resepi kuih ini. Siap dengan videonya sekali. Kalo tak, sampai bila2 pun aku tak tau wujudnya kuih ini.

Aku tanya sorang rakan kat tempat kerja aku tentang kuih ini. Warga Kelantan. Dia sebut 'Sagumpal'. Dia tak sebut asam gumpal. Lenggok bahasa kut yang buat kita kena dengar ' sabdunya ' betul2. :)

Yang ni aku punya sagumpal. Sedap. Rasa halia, bawang dan halba buatnya istimewa. Tapi yang tak sedapnya sebab inti kacangnya telah tercampur dengan kelapa parut tua. Aku letak sedikt kelapa parut ke dalam inti kacangnya. Rasanya kalo letakkan sedikit kelapa parut muda rasanya lebih enak. Kelapa muda sedang2 yang selalu digunakan untuk buat kuih ketayap. Aku pernah makan inti kacang yang begini yang dimasukkan ke dalam kuih ondeh2.
Tapi silap aku juga. Penjual kelapa tu dah pun labelkan jualannya tu sebagai 'kelapa putih'. Awat la aku pi duk percaya kat dia. Bila  aku tanya ni kelapa muda ka? Dia angguk. Orang yang jual kelapa muda parut yang aku selalu beli tu dah siap berkemas kemas. Hari Jumaat jualannya cepat habis. Jadi bila digigit kuih sagumpal aku ni tak sedap lah rasanya weh. Ini betul2 true hampeh!

Saturday, April 14, 2012

Mengait gaun kanak-kanak

Assalamualaikum..

Aku nak letak saja sebenarnya gaun kanak2 perempuan yang dikait kat sini. Tajuk kat atas tu saja nak bombastik ajer... :(
Memang aku bercadang juga nak cuba buat. Masalahnya ialah aku tak tau mana nak dapatkan benang yang soft dan comfortable sesuai untuk kanak2.

Aku cadang boleh reka agaknya jika aku buatkan dulu pola baju dengan saiz yang sesuai dengan seseorang budak. Lakarkan pola baju dan cuba ikut mengait mengikut saiz baju yang dikehendaki.

Aku pernah cuba cara ni untuk menjahit seluar panjang. Aku dah cuba belajar membuat pola seluar panjang mengikut buku panduan menjahit. Tapi sampai sudah aku tak dapat buat mengikut saiz yang aku rasa selesa. Alkisahnya akhirnya aku tetaskan sehelai seluar panjang dan aku gunakan kepingan pola seluar panjang yang sudah ditetas itu sebagai ukurannya. Mudah dan senang! Sampai la ni aku menjahit seluar panjang dengan menggunakan pola seluar dari seluar yang ditetas itu. Sangat berjasa! Nak beli seluar siap kat kedai, aku  ni bukannya saiz yang biasa2... hehe..

Ada panduan mengait jaket bayi kat sini jika nak dibuat sedikit panduan.
Gambar2 ni semua aku dapatkannya dari blog Magia do crochet.




Daun sirih merawat selaput mata


Assalamualaikum..
Kali ni aku nak buat cerita mengenai khasiat daun sirih. 

Sebenarnya aku ni nak sambung balik cerita kisah aku pergi mengurut dengan Nek Bidan pada entri yang lepas.  Tengah mengurut tu aku berdesit2 menahan sakit. Dek nak redakan sakit tu agaknya nek tu bukak cerita pasal sirih kat rumah aku. Dia cakap banyak sirih kat rumah aku. Nak minta dengan tuannya pun selalu tak ada orang kat rumah. Aku cakap kat dia pada sapa2 yang rasa nak ambil daun sirih tu, ambil sajalah. Pokok sirih tu dah dikira  sebagai harta wakaf!


Sirih juga dapat hilangkan bau badan yang ditimbulkan dari aktiviti bakteria dan kulat. Ada satu lagi pesan nenek tu kat aku. Berkenaan dengan cara pengambilan sirih. Dia cakap masukkan 2-3 helai daun sirih dalam cawan. Curahkan air panas ke dalam cawan tadi. Tutupkan sekejap lepas tu minum air rendaman daun sirih ini. 

Aku dah bercerita yang nenek tukang urut tu usianya dah lebih 70 tahun. Badannya sihat kejap, telinganya tak bermasalah dan matanya pun sangat terang penglihatannya. 
Nenek tu pun cakap dengan aku daun sirih tu boleh ubati atau bahasa mudahnya buangkan selaput yang ada pada mata. Aku tanya macamana. Dia cakap ambil 2-3 helai daun sirih, ramas dalam sedikit air dan titis kat dalam mata. Lebihan airnya buatlah sapu muka sambil berselawat.
Balik rumah aku google cari kandungan yang ada  dalam daun sirih. Bahan aktif fenol dan kavikolnya ada daya mematikan kuman. 
Aku pun cuba buat. Mulakan dengan sebelah mata dahulu. Apa rasanya? Aduh. Pedihnya terasa sampai berdengung ke otak. Bukan buat selalu. Sekali sekala bila teringat sajalah. Rasanya macam ada sedikit perubahan. 

Selaput mata ni mula kelihatan bila usia kita makin meningkat. Selaput yang ada kat mata aku ni mulai kelihatan selepas aku gunakan produk apa tak tau untuk rawatan kulit muka. Mata aku alergik rupanya tak sesuai dengan sebarang bahan kosmetik.

Aku tanya guru biologi. Selaput mata tu katarak ke? Dia cakap katarak tu bukan selaput mata. Katarak ialah bila kanta mata yang jernih tu berubah menjadi kelabu. Oh. Yang aku tau ialah kalau rabun dekat atau rabun jauh, pembetulannya ialah dengan menyesuaikan ketebalan cerminmata
                                         


 Pada aku memang susah nak tanam pokok sirih. Apa pantang larang aku tak tau la. Dah dekat nak sepuluh kali dah aku cuba semai anak pokoknya sebelum ini. Sampailah aku fedup. Ni rantingnya diberi oleh sorang lelaki cina jiran dekat rumah aku.

Segala daun kering aku lepuk aja kat pangkal pokok ini. Inilah baja humus. Semulajadi.
Gambar apa pulak tu ek? Dari cerita selaput mata dah nak koi jadi cerita lain dah  ni....Inilah sarang haiwan. Misteri alam semulajadi. Naluri ibu kucing aku yang dekat2 nak beranak selalu nak buat tempat beranaknya kat sini. Yang dia beranak 5 bulan lepas pun kat sini jugak. Tapi yang tu semua anaknya dah tak ada. Yang sekor mati terlentang, yang sekor lagi hilang.

Naluri ibu kucing pun tahu keperluan bila dia nak beranak...
                                
Ni gambar muka Mek Teh kami selepas dia selamat beranak. Kali ni semuanya sihat dan hidup belaka.

Dah dua bulan usia depa ni semua. Tengah duk buat muka tertekan tu kot sebab dah dipenjarakan  oleh aku di sebalik tirai besi ini...
P/s Aku kurang suka entri aku ni. Panjang sangat. Aku sendiri pun kurang suka baca cerita yang panjang2..

Friday, April 13, 2012

Kacang telang mengelak keguguran di awal kehamilan


Assalamualaikum semua
Nampaknya aku ni belum habis lagi nak bercerita pasal kacang telang!
Nampak ja bunga kacang telang yang membiru kat pagar rumah aku tu datang ja idea aku nak meracau kat blog aku ni...hehe
Entri aku pasal agar2 biru dari bunga telang ada kat sini..

Pokok ni mula nak pulih kembali.. Sebelum ni ia dah hangus sebab aku dah terlebih bubuh baja. Lepas siram air dan  ambil sedikit masa, ia pun  ok kembali.

Ni cadang aku nak buat pokok bunga gantung. Tapi sampai la ni tak gantung2 lagi pun...

1.  Sifatnya yang menjalar sesuai ditanam secara pasu gantung.
2.  Perlu dipangkas selalu supaya tak terbantut.
3.  Kepercayaan yang tak dapat dibuktikan secara saintifik  ialah mengelakkan keguguran terutamanya pada awal kehamilan. Batangnya dililit pada pinggang perempuan hamil.
4.  Daun dan bunganya juga dikatakan dapat mengurangkan sakit kepala. Masukkan ke dalam kain sehingga membentuk bantal dan digunakan untuk tidur oleh pesakit. Yang ni ada aku cuba buat. Dah jadi bantal pun. Aku bawa ke tempat kerja. Nak cuba kat sesiapa yang sedang sakit kepala. Tapi tak ada!. Jadi aku tak dapat nak komen lebih lanjut..huhu.
5.  Bunganya direndam dalam air panas dan diminum seperti teh bagi mengurangkan sakit akibat ulser mulut. Kaedah yang sama digunakan bagi merawat insomnia. Yang ni aku belum try juga. Minta2 dijauhkanlah insomnia tu. Insomnia tu apa? Itulah ketakupayaan untuk tidur lena...

Friday, April 6, 2012

Tembaga suasa aka bakung meredakan bengkak sendi

by google
Ini gambar pokok tembaga suasa. Mulanya suspen betui aku nak mengenali nama tembaga suasa ni. Aku duk terbayang tentulah pokoknya keras
bertepatan dengan namanya.
Kecik2 dulu aku selalu sangat nampak pokok ni ditanam orang. Kat sekolah aku zaman aku sekolah rendah dulu, ini lah pokok yang banyak dijadikan landskap di serata ceruk kawasan sekolah. Di kampong-kampong pun ia banyak ditanam orang.Tapi kami lebih mengenalinya sebagai pokok bakung!

Ini misi aku dalam operasi mula berjinak balik dengan tanaman hiasan ini. Nak cuba tanam kat rumah aku pula...hehe. Rasanya bawangnya ni boleh dijadikan bibit untuk nak mulakan semaian.


Inilah barut dan daun bakung aku selepas di gunakan...:). Sebelum dibarut, sapu sedikit minyak pada daun dan layur di api atau nak mudah boleh diseterika dengan megalas bahagian atas daun gunakan sekeping kain. Alhamdulillah. Dengan izinNya jua bangun pagi esoknya   lutut aku yang telah dibarut menggunakan daun ini, sakitnya terus hilang. Bak kata orang Kedah "macam kena kuteiy tauk buang..." Maksudnya macam penyakit yanag duk ada tu boleh dicubit tarik keluar buang begitu saja dari tempat yang kena sakit tulah. Macam tak caya jer..

Dah dua malam aku barut dengan daun ni. Kedua-dua paginya berhasil mengurangkan rasa ngilu sakitnya lutut aku setiap kali bangun tidur. Lepas tu aku duk terbayang la bagaimanalah rasanya pada pengidap sakit lutut yang saiz badannya extra tembam. Adeh. Susahnya nak bangun dari tidur.

Aku terseliuh sebab  telah bergerak dengan tak berpada-pada....:) dan ligamen sebagai penganjal kat lutut aku tu duk koi keraih dan pelincir  semulajadi yang duk ada  tu pun dah mula menyusut. Tulang lutut pun duk susut gak..:) Tu yang agaknya mengakibatkan keradangan saraf dan lutut pun membengkak sedikit...)


Agaknya yang lambat nak  sembuh tu sebab hari-hari aku masih lagi duk kerabat tangga bangunan 4 tingkat turun naik kat tempat kerja aku tu . Hu hu.
Khasiat bakung ni aku mula terbaca dari blog Kak Jee. Beliau dapatnya dari blog Kak Zie. Terima kasih Kak Jee dan Kak Zie di atas perkongsian ini.

Thursday, April 5, 2012

Timun betikku mula menjadi...!

Salam
Dua tiga hari lepas aku baru terpandang pada buah ini. Rupanya benih yang ku semai dalam lingkungan 3 bulan yang lepas sudah membuahkan hasil buahnya...:)
Sebelum ini aku tak nampak buah ni. Aku nampaknya dulu semasa ia masih berputik bersama 2 biji buah yang lain. Yang lain tu aku nampaklah. Ia semakin kuning kemudian akhirnya gugur. Rupanya masih ada sebiji lagi yang betul-betul melekat dan membesar. Besarnya baru panjang sejengkal sahajalah. hehe.

Peringkat mula ditanam aku rasa macam tak ada harapan pun. Waktu tu aku kurang siram air dan bimbang nak letak baja banyak2. Bimbang pokok mati terlebih baja. Lama2 aku letakkan baja tahi ayam yang diambil selepas diletakkan kat pokok orkid.

Aku tanam pokok ni dalam pasu. Setiap pasu adalah dalam 2-3 pokok. Bila menyiram, siramkan sehingga air memenuhi permukaan pasu. Timun ni nakkan lebih air. Aku siram sehari 2 kali sahaja.

Takkah buahnya yang masih kecil ini betul2 menyerupai buah timun kan..

Sebagai penutup pada entri aku kali ni aku letakkan gambar pokok bunga kembang sepuluh ni. Kaitannya dengan timun betik? hehe.... sebab ia cantik berwarna pink. Aci pink aje semuanya cantiklah. Keratan benihnya dibuang oleh jiran di depan rumah aku. Dia buang baling gitu saja kot melalui tembuk pagar rumah dia. Air hujan dan cahaya matahari menghidupkan kembali pokok ni. Bila aku ternampak, aku cabut dan tanam balik kat dalam pasu ni. Tapi sayang ia cuma kembang cantik sekejap sahaja di waktu pagi.  Dah petang ia tak cantik lagi dah...:)

Monday, April 2, 2012

Cara mengait baby booties

Salam
Siapa kata baby booties ni tak cantik? Ehehe... Hati aku dah ditawan dan amat tergoda dengan kecomelan kasut2 baby ni semua.



Oleh sebab ke cute tan kasut2 comel ni tergerak jua hati aku nak mencuba mengaitnya. Aku tergoda nak tahu asas mengait kasut bayi. Sebelum2 ni tak pernah perasan nak mencubanya. Cari2 kat google akhirnya aku terjumpa dengan blog ini. SENI SARAH. Dari blog ini aku dapat lain2 info yang sangat bermanfaat. Pada  sesiapa yang berhajat nak mencubanya. Mana tahu kot ada adik2 dan anak2 yang masih berminat untuk cuba belajar mengait. Terima kasih banyak2 pada tuan blog ini sebab sudi share ilmu yang sangat berguna ini.


Video ini sangat menarik pada aku. Lepas dapat video ni akan ada banyak lagi related video baby booties kat youtube.  Mudah juga rupanya nak buat kasut bayi. Sekejaaap jer...dah boleh siap.    :)...Mulanya aku sangka dengan tengok video aku boleh save aje memorinya kat ingatan aku. Tapi tak boleh jugak. Nak tengok videonya lama2 aku rasa macam nak malas lah pulak..

Jadi pada sesiapa yang pernah belajar mengait dengan melihat gambarajah yang dilukis pada buku atau kertas macam aku sebelum ini, tentulah rasa lebih mudah mengait mengikut buku. Pada aku jika duk ulang2 tengok pada buku itu lebih mudah sebab kita boleh shortcut mengulang tengok berapa  kali pun yang kita suka. Pada aku nak playback video nak ulang balik ke belakang tu leceh siket lah.

Jadi tengoklah pada blog ini. Magia do Crochet. Huhu. Ni pun gambar benang yang sedang dikait juga. Tak terjumpa lagi dengan gambarajah macam dalam buku. Tapi bolehlah sebagai panduan sambil aku belajarnya teraba-raba. hehe. Terima kasih Cik Magia..:)

Beginilah hasil kerjatangan aku mengait kasut bayi tu. Tapi nak buat lagu mana, ada sebelah sahaja, tak cukup sepasang. Aku dah tak berminat nak kait lagi. Dah bukan saiz kaki cucu aku lagi dah! Baby booties ni saiznya sesuai pada bayi berusia 3 ke 6 bulan sahaja. Aku simpan sahajalah sebelah kasut ni kut2 lain kali ada sapa2 berhajat nak ambilnya sebagai contoh asas mengait kasut bayi. Lagi pun aku tipu saja, aku belum dapat ikut betul2 macam yang kat video tu. Nantilah. Lain kali ada masa aku belajar buatnya betul2.


by google
Antara contoh benang bulu, jenama apa pun boleh.