Aku pun hairan. Sejak akhir2 ni minat sungguh aku dengan periuk tanah. Pergi shopping baru2 ni kat bangunan utama Idaman Suri Langkawi pun aku tak cukup terpikat dengan periuk belanga moden kat sana. Suatu ketika dulu demam periuk tanah dah pernah melanda aku kat sini.
Bila masak nasi dalam jumlah yang kecil aku gunakan periuk tanah. Nasi yang dimasak guna periuk ni keraknya tidak melekat kuat seperti yang berlaku pada periuk logam.
Nasinya juga lambat basi kerana tiada wap air yang melekat pada tudung periuk. Ini kerana sifat tanah liat yang menyerap semua wap air diseluruh ruang dalam periuk agaknya...
Jalan-jalan kat kedai lama di Jalan Langgar Alor Setar, aku masuk ke kedai India. Beli sebiji lagi periuk tanah yang lebih besar. Bentuk dan saiznya seakan yang digunakan oleh arwah tok aku kat kampung dulu. Zaman tu masih mengggunakan kayu api.
Maka tuan kedai yang perempuan tu bercerita mengenai periuk tanah jualannya. Dia kata ramai orang sekarang mai beli periuk tanah kat dia. Orang cina pun ramai.
Dia cakap periuk yang ada saduran warna hitam kat atas ni balik rumah terus boleh digunakan. Jika yang tak ada saduran hitam tu, ia kena direndam tenggelam semua dahulu entah berapa malam (tak ingat) sebelum boleh digunakan.
Selepas direndam, mau digoreng hampas kelapa pula supaya ia jadi lebih berminyak. Tapi kedua-dua jenis periuk tanah hendaklah dipujuk dulu perlahan-lahan dengan menggunakan api yang kecil. Bersesuaian dengan cara lama semasa tahap pemanasan menggunakan kayu api...
Patutlah tatkala lama dulu sewaktu menggunakan periuk tanah biasa, bila aku simpan air kedalam periuk tanah, esoknya ada air yang tembus keluar di bahagian bawah permukaan periuk tanah...
Akhir sekali dia beritahu aku masakan utama nak guna periuk tanah ialah kena masak kari...
Salam.. baru beli periuk tanah nie.. ada google. Katablnya tak boleh basuh menggunakn sabun. Betul ke? Kira sis masak macam2 tu,lepas itu hanya basuh dengan air paip biasa je ke? Harap balas :)
ReplyDeleteWksalam. eh ye ke, baru tahu ni, agaknya betullah tu, lepas ni nak cuba juga petua ni
Deletepernah tak periuk tanah jadi retak tp tak bocor
ReplyDeleteade cara utk repair?
dah banyak biji periuk tanah retak, bocor.. tak biasa repair pulak..
DeleteSy br beli periuk tanah, tp tiada bahan yg licin di permukaan dlm periuk, boleh ke sy guna utk memasak periuk tu, dan bagaimana caranya serta cara utk membersihkannya adakah sama seperti periuk biasa. Mohon percerahan.
ReplyDeleteMcm mana nk hilangkan kesan² kotor yg melekat kt periuk tanah sbb cuba sental dgn penggosok periuk besi tu pun blh
ReplyDelete