Ini hari pertama aku menerima benih tut pokok tin variti Improve Brown Turkey. Variti ini dikatakan sesuai untuk newbies yang baru hendak mula menjinakkan diri untuk mencuba menanam pokok tin.
Aku mulanya paling tergoda melihat kesuburan variati ini di ladang milik madam Young Yang di Perak. Ia dijaga rapi di bawah RPH dan sistem tanam terus di atas tanah.
Dari dua helai daun ia sudah membiak sehingga setakat ini. Lagi empat hari akan masuk usia dua bulan..
Dengan izin Allah jua yang berkuasa menghidupkan. Pokok tin aku ni terus menerus membiak mengeluarkan pucuk baru sejak ia mula dipindahkan dari pasu kecil kedalam polybeg pada hari pertama ia di tanam.
Aku mula mencurahkan sedikit baja yang dibancuh nipis bila ia sudah mengeluarkan 4 ke 5 helai daun. Satu sudu baja tinja ayam dicampur dengan 1.5 liter air di dalam botol meneral.
Anak panah di atas adalah bahagian tepi polybey yang dilubangkan untuk siraman baja. Sekarang ini aku tambah baja tinja ayam menjadi 4 ke 5 sudu di larutkan dalam 1.5 liter air takungan. ( Air paip yang disimpan lama untuk menghindarkan klorin...Tidak mudah jugalah pada peringkat awal aku mengelola pokok ini. Pada awal bulan lalu hujan kerap turun. Aku gunakan plastik untuk lindunginya dari air hujan yang banyak mencurah. Ada ketikanya bersama pokok dengan aku sekali terhoyong hayang kerana saling berpindah mencari tempat antara teduhan dan kawasan yang ada cahaya matahari.
Pokok pisang dan pokok betik ini pun turut menjadi mangsa. Mangsa keadaan.
Aku jadikan pokok2 ini bahan ujikaji awal jika ingin mencuba baja yang akan digunakan pada pokok tin.
Setakat ini belum lagi menggunakan baja kimia pada pokok tin.
Anak pokok betik ini sedang mengeluarkan pucuk baru. Tapi yang ini sebab dipatahkan pucuknya oleh cucu aku yang berumur 2 tahun. Budak2 pun nak ambil bahagian juga dalam ilmu berkebun. Hinggakan cucu aku yang berumur 5 tahun pun dah perasan. Hairan dia agaknya. Dia tanya kenapa pokok tok tumbuh dalam plastik..?
Yang ini memang betul2 dah jadi mangsa. Nilah akibatnya terlebih makan baja. Dalam masih berhati-hati pun aku masih terlajak sukatan. Pucuknya yang sudah hangus aku potong mudah2 boleh diselamatkan lagi jika ia tumbuh tunas baru...
No comments:
Post a Comment