Beginilah rupanya dua variti tut pokok tin yang pertama aku bawa balik ke rumah. Yang kiri IBT, yang kanan Black Jack. Dua-duanya nampak kurang bermaya siket mungkin sebab lepas alami perjalanan menaiki kenderaan yang ajak jauh..
Tak apa, semangat aku tetap membara sebab sudah pun berjaya mendapat benih anak pokok tin yang menjadi idaman hati... 😍
Fokus aku pada entri ini ialah tin variti Black Jack yang sebelah kanan tu..
Lepas 9 hari ditanam terus dalam polybeg, aku nampak sedikit perubahan. Daunnya mula menghijau. Perubahan lain tak ada... Lalu aku pun mulakan langkah pertama.
Aku ambil keputusan memotong 4 tunas dari 5 tunas yang sedia ada pada ranting tersebut. 4 tunas muda dan masih segar itu aku cucuk terus masuk ke dalam bekas seperti gambar di atas. Tinggal satu mata tunas terkuntang kanting...
Sebab apa aku buat begitu? Ini idea aku sendiri ... konon2 nya jika banyak ranting pada pikir aku pokok yang baru disemai masih belum cukup energi nak push keseluruhan ranting2 nya untuk terus membesar... Betul ke..? ....entah...
Banyak sangat membaca pun timbul masalah juga. Banyak sangat aku dapat ilham dari laman maya mengenai kaedah pertumbuhan pokok. Ada masa aku pun jadi celaru...
Itu lah...
6 hari lepas potong 4 sucker tu, aku pun bertindak lagi...
Sanggup lagi aku bongkar balik ranting yang dah aku tanam. Ini semua penyakit was-was punya pasal... Rasa bimbang kalau2 ranting yang ku tanam diserang kulat ke...
Aku cuci balik ranting dengan air paip. Celup dalam bancuhan malathion dan sapu sedikit air bawang merah pada bahagian untuk pertumbuhan akarnya.
Proses ini aku buat sebab kali pertama menanamnya dulu aku tak bersihkan akarnya juga tak sertakan sekali dengan anti kulat..
Lepas tu tanam balik. Kali ni buat kaedah bunjut. Letak bunjut tu dalam jug bertutup. Hari-hari asyik buka tutup jug plastik nak tengok daun dah tumbuh besar mana dah...
Kaedah bunjut dan peram dalam bekas bertutup memang amat berkesan. Tunas cepat bercambah. Macam kaedah green house kot..
Kat kawasan tempat kerja aku banyak pula aku terjumpa dengan pokok ara liar. Sebelum2 ni tak ade hal jer bila terserempak dengan pokok ara liar. Lani bila nampak ara liar timbul pulak niat nak jadikan ia pokok tumpang untuk dicantumkan dengan spesis dari negara luar.
Maka ku ambil anaknya dan balik tanam kat rumah. Amboih.. sejak bila pula siput berkenan dengan pucuk ara liar. Anak ara liar sebelah kanan tu dah tinggal tunggul. Aku biar aja. Tapi pada akhirnya kedua2 anak pokok ara liar aku ni dah habis kena makan dengan siput di malam hari..
Patutlah masa kecik2 dulu selalu aku nampak arwah tok aku gunakan daun ara liar sebagai makanan tambahan utama sewaktu ibu lembu atau kambingnya yang baru lepas beranak. Daun ara ialah makanan ibu2 ini lepas bersalin... tentunya ia berkhasiat sebagai penyembuh..
Pertumbuhan daun pada ranting asal yang dibunjut kian bertambah. Ditambah lagi dengan satu ranting daun yang baru. Hati rasa makin lega.
Tapi pada masa ni 4 sucker yang ditanam terus dalam pasu dulu tinggal 2 sahaja. Yang dua lagi kering dan layu. Agaknya sebab aku cuba buat bunjut kecil pada pucuk kecil yang masih muda. Letak pula bukan di tempat teduhan. Ia panas melecuh ditimpa wap air yang menitis balik agaknya. Kaedah bunjut dikatakan lebih sesuai pada ranting yang sudah ada akar.
Sejak rajin baca komen kat ruangan group Tin Oh Tin aku banyak belajar istilah baru. Banyak dapat ilmu. Mula belajar dan praktikkan istilah sungkupan. Kalo orang Kedah perkataan yang sinonim dengannya boleh jadi serkupan kot.. haha belajar serkop anak pokok untuk kekalkan kelembapan. Semai pokok iklim khatulistiwa tak terfikir pun bab suhu dan kelembapan. Ini pokok temperate kot..
Maka hari2 aku jengok pokok tin. Bila daunnya nampak segah dan subur hijau berpeluh, aku cuba buka sungkupan untuk cuba biasakannya dengan cahaya matahari. Lepas buka nampak ia layu aku sungkupkan balik. Begitulah. Sehinggalah tiba2 aku nampak rantingnya yang berdaun baru tumbuh tu macam nak tanggal. Bila ku sentuh dengan jari, ia pun lekang jatuh dari rantingnya..
Tinggal satu lagi ranting berdaun.. Rasanya ia sudah 20 hari berada dalam plastik bunjut. Aku pindahkan ia tanam balik masuk ke dalam polybeg. Nak elak dari ganggu akar, aku kelar2 saja plastik bunjut biar luas ruangan supaya akarnya boleh menjalar keluar seperti pernah aku amalkan pada anak2 tumbuhan lain yang pernah ku buat sebelum ini.
Anehnya makin lama daunnya bukan makin segar malah nampak ia kian mengering...
Paling aku ngeri tentulah permainan kulat atau akar yang mereput akibat terlebih siraman air. Fobia kut sebab kejadian ini pernah berlaku pada anak pokok epal aku yang sudah pun stabil dan sangat besar. Akhirnya aku bongkar media sekali lagi...
oohhh... patutlah.. Selama ini sudah hampir 2 bulan sejak dibeli tak ada pun sebarang pertumbuhan akarnya di dalam tanah. Yang bercambah hanya daun sahaja. Kiranya tak ada kekuatanlah selama ini. Ada daun tak ada akar tak ada makna nya lah...
Ranting yang tertanggal sendiri dan ranting terakhir yang ku potong ku simpan di atas sabut kelapa begini sajalah dulu dari dibuang sahaja...
Langkah seterusnya buat bunjut balik lah... Apa boleh buat lagi. Aku gunakan media sekam bakar yang bercampur dengan sabut kelapa. Aku agak2 sahaja sebab bahan ni aku dapatnya dari kampung. Abang aku kata ia bahan yang telah digunakan untuk projek tanaman cili di bawah rumah perlindungan hujan.
Esoknya aku tukar balik dengan media sabut kelapa. Alahaiiii.... Sebabnya aku nampak media sekam bakar tu dipenuhi air. Malamnya hujan turun. Campuran air hujan aku nampak tersejat dibahagian bawah walaupun aku dah banyak lubangkan plastik bunjut tu.
Sebagai penutup entri ni aku postkan gambar ini. Ini adalah 2 sucker yang masih hidup yang aku potong dari 4 sucker selepas 9 hari aku tanam induknya ke dalam polybeg. Sulur muda ini aku cucuk terus aja ke dalam pasu. Aku guna bekas plastik dadih sebagai sungkupan.
Mudah2an harap anak2 pokok tin ini terus aktif membesar seperti yang aku sedang nampak pada hari ini...
No comments:
Post a Comment