Apa yang nak aku sampaikan di sini ialah mengenai dimana letaknya khasiat utama si pisang gulai. Pisang ini sangat diminati kaum India. Abang aku cakap ada orang India bagitau dia umbut pisang ini boleh membersihkan batu karang. Caranya ialah blender umbut pisang kemudian minum jusnya. Jika anda miliki pokok pisang sendiri boleh amalkan satu petua lagi. Caranya ialah potong pokok pisang yang sudah tua. Lubangkan bahagian umbut tengah pada batang pisang. (Seeloknya tutup lubang dengan sesuatu supaya tidak dimasuki apa2 bahan atau makhluk yang tidak diingini). Esoknya minum air yang dikutip dari lubang umbut tadi. Ia dapat mengeluarkan batu karang pada sesiapa yang mengidap penyakit ini.
Kakak aku dah mencuba atasi masaalah batu karang dengan meminum air yang diblend dengan umbut pisang gulai. Aku nampak sendiri batu karang itu. Saiznya seperti biji buah kurma cuma agak kecil sedikit. Rupanya seakan batu kapur. Cuma masalah yang dia hadapi ialah kesakitan yang terpaksa ditanggung semasa proses mengeluarkannya. Masih berbaloi sebab beliau pernah warded sebab buat operation buang batu karang dekat hospital.
Abang aku cakap lagi yang orang India tu beritahu dia selain dimasak gulai pisang ini boleh dimasak seperti buat sayur. Buat sayur seperti orang masak sayur sawi atau goreng buat kangkung masak belacan. Yang ni aku suka. Suka nak mencuba. Pasalnya aku memang kurang rajin siket nak prepare buat masak lemak atau kari bagai.
Ini rupa pisang gulai. Katanya nak kenal pisang gulai ia miliki puting dan janggut hitam kat bahagian hujung buah pisang.
Inilah sayur goreng yang aku buat. Goreng pisang gala seikut suka sesedap rasa... Memang rasanya amatlah sedap..!!
Ini menu aku pada hari yang aku masak goreng pisang gala tu. Rupanya hari tu (lama dah..) ada sambal kuinin dan ikan puyu goreng...
Masakan hasil kampung.
ReplyDeleteTentu enak dan lazat.
hanya orang kampung yang betul2 dpt menikmati enaknya masakan kampung.. :)
DeleteSalam.. sy pengeluar herba warisan yg mampu menyembuhkan serta memusnahkan penyakit batu karang dan batu hempedu, tanpa menyakitkan atau merosakkan buah pinggang. Keberkesan JUS INFINITI sudah terbukti dan saya menjaminkan kelebihan produk ini akan membuatkan pengguna terkejut dengan rawatannya yang cepat dan selamat untuk sembuh.Sama-sama kita merawat penyakit batu karang dan batu hempedu ini dan seterusnya mencegah dari terus merebak ke tahap yang lebih teruk. Insyaallah ,JUS INFINITI turut membantu melambatkan penyakit batu karang dan batu hempedu ini dari terus merebak dengan cepat lantas mampu merawat sehingga sembuh, mudah-mudahan.
ReplyDeleteHutan belantara kita tersembunyi 1 juta rahsia...hanya ramuan herba terpilih sahaja yang terkandung di dalam JUS INFINITI ini, justeru itu ia amat mujarab, jangan dibiarkan penyakit yang ditanggung dalam diri kita tanpa berusaha merawatnya.
Ramai yang sudah berjaya sembuh dengan produk JUS INFINITI ini.JUS INFINITI turut mampu merawat pelbagai jenis penyakit kanser dan menjadi makanan tambahan yang selamat diambil oleh sesiapa yang ingin menjaga kesihatan dan pencegahan awal pelbagai jenis penyakit.Insyaallah sama-sama kita berikhtiar.
Untuk sebarang pertanyaan yang lebih lanjut serta jika ingin meminta pandangan, perkongsian serta maklumat tentang JUS INFINITI ,sila hubungi sy
Encik Mohd Zuhairi 0174687570
(Whats App ,Call,SmS )
HARGA 1BOTOL: RM180
NAMA SYARIKAT: JUTAWAN HERBS
NO. PENDAFTARAN SYARIKAT:
PG 0346818-W
NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN
Batu karang dlm buah pinngang dan pundi kencing blh ke
ReplyDeletemak ngah share jer kalau nak mencuba, keberkesanannya tidaklah menjamin sepenuhnya😊
Delete