ehsan google
Tak tau lah samaada istilah aku ni betul. Atau pun kahwin cara sanding kut.
Cuma aku pernah kahwinkan pokok dengan cara ni sebelum ini. Abang aku cakap ni cara yang paling bodoh. Paling bodoh pun inilah caranya yang pada aku ianya paling tinggi peratusnya untuk berjaya... Aku dah buat cara ni dengan pokok mata kucing. Pokok mata kucing tu sekarang dah hidup subur besar gagah perkasa batangnya dah sebesar paha orang dewasa.
Yang kiri benih pokok tin dibeli manakala yang kanan ialah benih anak pokok tin yang disemai daripada biji buah tin kering yang dibeli di kedai.
Jika kedua bahagian yang dilukai dan diikat sudah melekat dan bersatu, potongkan pucuk tin semaian biji.
Potong bahagian bawah ikatan pada pokok tin yang kita nak ambil benihnya. Pokok asal yang kita nak ambil benihnya itu akan tumbuh pucuknya yang baru dalam seminggu ke dua minggu akan datang.
Agak2 faham dak apa yang aku maksudkan... jika tak... bermakna aku sorang ja lah yang faham....:)
Apa yang aku nampak setakat ini, benih anak pokok tin dari semaian biji pokoknya sudah nampak lasak dari sejak kecil. Biji tin kering ini disemai pada awal Januari lepas. Batangnya cepat matang dan nampak keras seakan batang pokok kacang bendi. Berbanding dengan benih tin yang dibeli dari tut, batangnya nampak lembut dan lebih besar seakan membandingkan ayam kampung dan ayam daging...
No comments:
Post a Comment