Secara logiknya benih tin yang ditanam samaada dari bareroot, dari anak pokok yang sudah stabil atau dari keratan tut akan lebih cepatlah dapat hasilnya. Dari 4 ke 6 bulan mungkin ia sudah boleh berbuah atau di sebut sudah mula 'bermata ketam'. Tapi ada keaadan tertentu yang tidak dapat kita ramal akan berlaku semasa proses cuba membiak benih pokok tin. Menghidup dan mematikan adalah kuasa Allah ta'ala belaka.
Jika sebelum bertanam pokok tin sudah pun ada pengalaman sekurang2nya menanam pokok serai, pandan atau pokok kari mungkin nasib akan menjadi lebih baik. Aku kira setakat ini nasibku masih baik sebab ada orang yang sudah berpuluh2 cutting atau benih anak pokok tin 'kiok' sebelum ia membesar menjadi pohon tin yang nyata.
Ini adalah benih tut pokok tin pertama yang aku mula nak tanam. Gambar atas berada dalam pasu. Gambar bawah ialah anak pokok yang sama aku zoom selepas pindahkannya tanam semula ke dalam plastik beg hitam.
Berbalik kepada kisah 4 sucker masih kecil yang aku potong dan pindah masuk ke dalam pasu kecil. Ini lah yang di sebut sucker.
Tinggalah induknya terkontang kanting dalam plastik beg mudah2an ia akan membesar dan seterusnya akan berbuah.
Kacau balau punya pasal aku rebunjut dan pindah masuk tanam balek ke dalam plastik beg kecil.
Harapan selalunya bernyala-nyala tetapi langit tak selalunya indah. Tut pertama yang aku beli akhirnya tumpas juga. Ia kering. Depa istilahkan "sudah menjadi kayu api.."
Atau silap aku lagi sebab terlajak sukatan debu penggalak akar yang aku gunakan.Apa2 pun seronok juga simpan gambar kayu api ni sebagai kenangan. Boleh buat aku senyum sendiri.
Habislah sudah cerita bab anak pokok tin yang aku beli dari anak tut hingga akhirnya aku bongkar media tanaman dan cuba tanam semula sebagai cutting.
Kini tamatlah sudah riwayat benih tut berjenama black jack yang aku tanam.
Merujuk kepada cerita 4 sucker kecil yang aku ceritakan di atas tadi. Daripada 4 anak pokok, 2 sudah 'piap' pada peringkat awal. Yang tinggal hanya dua pokok lagi. Bila kedua-duanya mula bertunas sebesar 1 mm ke 2 mm, aku sudah pun rasa sangat bersyukur. Gambar kat atas tu aku zoom sebab tu nampak jelas dan pokok macam sihat sahaja.
Hari2 aku siram dengan penuh rasa debar, apakah lagi nasib yang akan menimpa kedua-dua anak pokok ini selepas ni?
Akhirnya hari itu tiba jua. Sepohon anak pokok aku tengok lain macam sahaja pertumbuhannya. Nampak macam terbantut, graf pertumbuhannya tidak macam selalu. Pokok tin yang subur selalunya hari2 cepat membesar.
Bila aku bongkar balik media tanamannya rupanya pokok tu dah alami patah pinggangnya. Adalah tu tangan yang mengusiknya... Emmrr... ia kering layu dan akhirnya mati juga...
Tinggal yang sepokok ni lagi. Lama2 yang ni pun aku tengok macam slow juga pertumbuhannya. Antara harap berharap, aku masih menyimpan harapan supaya benih tin black jack ni masih dapat di selamatkan.
Akhirnya aku tukar media tanaman. Hingga ke saat ini, media tanaman tin yang terbaik pernah aku jumpa hanyalah tanah kompos seratus persen. Ini sebab aku tak pernah cuba guna media lain.
Seorang ahli group tin oh tin pernah komen tentang pokok tin dia yang bermasalah. Akhirnya dia mencuba seperti yang diamalkan oleh penanam tin Cik Pawput Pawkrasin dari Thailand. Aku pun sama. Gunakan daun dan ranting kering yang reput 100%. Aku tengok u-tube orang Jepun dan mat saleh juga amalkan benda yang sama. Gunakan kompos sebagai media tanaman.
Waktu ni media yang masih aku gunakan ialah pasir, cocopeat dan sekam bakar. Semasa menggunakan kompos, aku renjiskan sedikit larutan cair bikarbonat soda (meneutralkan asid) dan malathion cair sebagai anti kulat. Letak larutan ni dalam botol mineral kecil dan picit renjis serupa kita gunakan kicap.
No comments:
Post a Comment