i
Dan akhirnya...
Pada hari pertama aku mula ternampak ada iras2 mata ketam pada pokok tin yang aku tanam dari biji benih ni aku rasa macam tak percaya. Kata orang jika bentuknya tajam ia tunas daun. Jika bentuk bulat barulah bermata ketam.
Hari kedua aku teropong guna magnifier 10X pembesaran. Bila aku sendiri dah boleh yakin yang ianya adalah mata ketam, rasa bahagianya meliputi seluruh isi alam..!!
Waktu pokoknya masih kecil aku tak pernah menduganya langsung. Kecuali dengan izinNya sebarang keajaiban boleh berlaku. Syukur Alhamdulillah...
Rasa penat mengelolanya sedari kecil macam hilang begitu saja. Enam bulan lebih kurang sejak disemai bijinya sudah mula menunjukkan tanda untuk berbuah adalah sangat mengujakan kerana ini adalah pokok yang ditanam dari biji benih. Bukan dari tut, bukan cutting, atau bareroot.
Buah tin variti tena memang dah lama aku idamkan. Masa kecik daunnya tidak begini. Memang ia bermutasi sehingga pokoknya menjadi matang. Aku dapat tin seiras variti tena pun syukurlah.
Seandainya bunga sulung ni 'membuang buruk' atau apa2 ke, harap dilain kali pokok buah tin aku ni akan terus lekat berbuahkan buah yang rangup, lemak dan manis. Paling aku ingat buah tin kering yang aku makan tempohari tu ada honey drop.
updated pada 3 oktober 2016
Nampak semua putik buah tin semai biji ni sekata ja saiz dan bentuknya dari bawah sampai ke atas. Rupa cam kempes je tak da isi. Tak da pun iras2 rupa nak kembung... Makin kuning nak gugur adalah..
Cukup sampai di sini saja nampaknya eksperiman aku, tak nak sambung lagi dah... :)
salam singgah pertama kali mak ngah... banyak post-post yang boleh saya jadikan referance. tanam pokok tin paling rare. jarang dengar orang bertanam tin... sejuk tangan mak ngah
ReplyDeleteterima kasih PHS sudi singgah... mana tidaknya hari2 makngah tengok group tinohtin (TOT) kat facebook... serata tempat dah ada wakil bertanam pokok tin... meriah kat sana... jomlah join sekali ::D
Delete