Aku baru tahu ada spesis tebu yang boleh dimakan bunganya.
Aku difahamkan jika bunga dibiarkan ia akan kembang berbentuk payung. Hanya sekuntum bunga akan tumbuh pada setiap satu pucuk batang pokok tebu telor.
Sangat aneh pada aku pada peringkat mulanya. Setakat yang aku tahu ada tebu warna kuning, tebu hitam dan tebu yang dibuat gula kat Chuping Perlis. Perkataan tebu yang lain bagi aku ialah ular katam tebu!..
Terima kasih yang tidak terhingga aku ucapkan pada hamba Allah yang beri aku benih tebu telor serta diberinya pula isi tebu telor hingga kami sekeluarga dapat merasa keenakan tebu telor.
Hari dah petang aku tak dapat cari santan segar. Aku gunakan santan kotak buat sayur lemak tebu telor campur udang basah. Agak cair kuahnya.
Rasanya? Ya. Memang tersangatlah sedap! Manis kuah dan tebu telor rasanya seakan manisnya rasa memakan isi ketam.
Harap benih ini akan tumbuh dengan jayanya dan insyaAllah akan kuberikan pada sedara mara dan sahabat handai yang sudi menyambung benih pokok tebu telor...
No comments:
Post a Comment