Sunday, August 14, 2016
Friday, August 5, 2016
Cempa telur sudah kembang..!
Petang minggu lepas aku rasa sangat teruja bila dapat melihat sekuntum bunga sulung cempa telur yang kutanam sedang berkembang di hadapan mataku sendiri.
Sila abaikan kulit telur ayam di atas. Tak ada pokok yang mengeluarkan telur ayam... hehe..
Bila sudah jatuh cinta aku menjadi sangat jakun!
Mujurlah pada petang aku dapat melihat ia berkembang itu adalah sewaktu aku sedang menyiram pokok dan melakukan sedikit kerja kekemasan di ruang laman tepi rumah.
Rupanya sewaktu bunga ini sedang berkembang adalah di waktu puncak di mana ketika itulah ia sedang menyebarkan bau wanginya sehabis-habisan. Patutlah sebelum ini aku pernah baca ada orang yang bertanam pokok ini mengatakan bunga ini tak adalah wangi sangat...
Pengalaman pertama aku mendapat semerbak harum wanginya bunga ini ialah selepas pukul tujuh petang sehinggalah selepas azan maghrib. Kurang lebih satu jam begitulah...
Pagi esoknya aku tak sempat nak cuba hidu. Selepas aku balik kerja dah tak ada lagi bau wanginya sehinggalah pada petangnya kelopak bunga pun gugur.
Ada dua kudup bunga lagi yang belum kembang. Kali ni aku bercadang nak petik bunganya sewaktu ia sedang mengorak kelopaknya..
Sewaktu mula beli anak pokoknya dekat ekspo pertanian. Tak silap harganya rm15 sepokok.
Akhirnya pindahkan saja dari polibag ke pasu bersaiz kecil. Sewaktu ni dah tak pernah lagi menaruh harapan yang ia akan berbunga sehinggalah pokoknya akan menjadi tinggi dan besar....
Selepas lama berjemur di tengah panas matahari kudup pertama pun mula kelihatan.
Lepas nampak kudup keluar aku pindahkan balik ke tempat yang lebih redup di bawah naungan pokok besar.
Akhirnya ia berbunga selepas tempuh setahun selepas dibeli..!
Friday, July 22, 2016
enam bulan semai biji tin kering dah mula berputik bunga...
Dan akhirnya...
Pada hari pertama aku mula ternampak ada iras2 mata ketam pada pokok tin yang aku tanam dari biji benih ni aku rasa macam tak percaya. Kata orang jika bentuknya tajam ia tunas daun. Jika bentuk bulat barulah bermata ketam.
Hari kedua aku teropong guna magnifier 10X pembesaran. Bila aku sendiri dah boleh yakin yang ianya adalah mata ketam, rasa bahagianya meliputi seluruh isi alam..!!
Seandainya bunga sulung ni 'membuang buruk' atau apa2 ke, harap dilain kali pokok buah tin aku ni akan terus lekat berbuahkan buah yang rangup, lemak dan manis. Paling aku ingat buah tin kering yang aku makan tempohari tu ada honey drop.
updated pada 3 oktober 2016
petua redakan kencing tak puas
Pernahkah sesiapa mendengar satu petua lama bagaimana nak meredakan rengsa kerana rasa kencing tak lawas? Baru sekejap lepas kencing dah rasa nak terkencing lagi? keluarnya tak banyak mana...
Cara merawatnya ialah dengan kencing ke puntung bara api.
Oh apa tu rengsa?
rengsa mengikut Kamus Dewan : -menderita kesusahan hidup, merasa sangat sengsara.
Sengsara sangat tu tidak la. Tapi pada orang yang kadang2 pernah alaminya tentulah rasa sangat tidak selesa.
Waktu kecik2 dulu aku selalu dengar petua ni dari orang2 tua. Orang2 tua lama di kampung. Walaupun masih kecil waktu tu tapi aku rasa aku boleh berfikir dah yang petua ni aku rasa sangat tidak logik. Tak ada sangkut paut langsung. Serupa tahyul.
Tapi pada sesiapa yang tengah alami masalah kencing tak puas ni bolehlah mencubanya. Aku dah cuba. Rasa kencing tak puas makin berkurang dan akhirnya hilang terus. Alhamdulillah dengan izinNya jua.
:) Kot ada yang masalah buah pinggang tahap kronik tu, tak ada upaya la...
Gambar atas aku pinjam dari google tu bukan puntung bara api, yang tu kayu api bakar lemang!
Menjahit bunga sulam menggunakan mesin jahit lama
InsyaAllah Bila ada masa nanti boleh aku praktis lagi.
Setakat ni aku hanya boleh jahit buat bentuk "S".
Lama sungguh aku pendam teringin nak tengok bagaimana cara jahit sulam guna mesin jahit lama ni. Dengar orang2 lama dulu bercerita aku rasa macam tak percaya.
Lani aku dah percaya!!
tebu telor
Aku baru tahu ada spesis tebu yang boleh dimakan bunganya.
Aku difahamkan jika bunga dibiarkan ia akan kembang berbentuk payung. Hanya sekuntum bunga akan tumbuh pada setiap satu pucuk batang pokok tebu telor.
Sangat aneh pada aku pada peringkat mulanya. Setakat yang aku tahu ada tebu warna kuning, tebu hitam dan tebu yang dibuat gula kat Chuping Perlis. Perkataan tebu yang lain bagi aku ialah ular katam tebu!..
Terima kasih yang tidak terhingga aku ucapkan pada hamba Allah yang beri aku benih tebu telor serta diberinya pula isi tebu telor hingga kami sekeluarga dapat merasa keenakan tebu telor.
Hari dah petang aku tak dapat cari santan segar. Aku gunakan santan kotak buat sayur lemak tebu telor campur udang basah. Agak cair kuahnya.
Rasanya? Ya. Memang tersangatlah sedap! Manis kuah dan tebu telor rasanya seakan manisnya rasa memakan isi ketam.
Harap benih ini akan tumbuh dengan jayanya dan insyaAllah akan kuberikan pada sedara mara dan sahabat handai yang sudi menyambung benih pokok tebu telor...
rendahkan pokok betik
Aku pernah ada masalah untuk memetik buah betik yang sudah masak di pokok. Bila buah betik sampai tempoh masanya sudah masak dan layak dipetik macamana cara nak ambil buahnya? Ada masanya aku tengok tuan pokok biarkan saja buahnya masak ranum di pokok tidak berambil.
Nak jolok bimbang buah jatuh dan rosak. Nak dipanjat pokoknya dah tinggi menjulang. Makin tinggi pokok, batangnya pula makin mengecil dan lembut ke atas.
Aku pernah tengok satu video petani Thailand lenturkan pokok betik yang di tanam di dalam 'rumah perlindungan hujan'. Cari balik video tu dah tak jumpa.
Di sini aku kongsikan contoh rajah ringkas teknik yang aku masih ingat depa buat kat pokok betik kat video tu tempohari.
1- langkah satu: siatkan/kupas kulit luar pada batang betik lebih kurang sepanjang arrow yang warna putih seperti di atas. Anggaran 4 ke 5 jalur kecil memanjang jika batang pokok betik besar. Jangan buang habis lapisan kulit luar batang betik.
2-langkah 2: dengan menggunakan kedua belah tangan, pusing batang betik perlahan-lahan sehingga anda dapat lenturkan batang pokok betik sehingga pucuknya mengadap ke tanah. (arrow no. 3).
Ini aku punya hasil melentur batang pokok betik tempohari. Nampak pucuknya dan tumbuh semula ke atas. Ini contoh sajalah sebab aku pun baru mencuba pada anak betik jantan yang masih kecil. Terlebih pulak kupas kulit batang betik.. Encik meow pun nampak susah hati macam nak tolong angkat balik pokok betik yang sudah terlajak condong..
Subscribe to:
Posts (Atom)



















