Saturday, December 23, 2023

Kebun raspberry: beri hitam


Hobi baru aku.. sangat berminat untuk cuba menanam pokok rasberi.
Dapat benih dari biji benih buah beri segar yang dibeli dari kédai buah.
Banyak buah import dari luar negara yang dijual di pasaraya kita masa ni.


Buah beri sudah masak. Dah nak layu dah pun. Ada masanya aku tengok ada burung mai makan buah beri yang masak.

Masa gambar buah ni diambil, rupanya agak layu sebab sudah dua minggu aku tak ada kat rumah. Pokok ni tak dapat cukup perhatian. Tak bersiram seperti selalu. 

Sekali pandang dah rupa buah dari pokok bunga tahi ayam kan..😀

Mulanya aku suspen juga nak tahu samaada adakah ni beri merah atau beri hitam.

Aku semai buah dari beri warna hitam juga buah beri merah.

Semai gitu gitu jer.
Rupanya mudah juga nak tumbuh.
Lamanya ambik masa nak tumbuh aku tak ingat juga. Tapi memang lama lah. Boleh jadi dua ke tiga bulan kot. 

Beri ni jenis tumbuhan saka renek. Bila anak pokok dah mula stabil, tak la rumit sangat nak kendalikannya.


Ini part paling seronok, sewaktu sedang menunggu kuntum bunga sedang mengembang









Banyak juga anak pokok yang hidup dengan jayanya.

Buat masa ni aku dah puas merasa buah beri yang aku tanam ni. Beri Malaysia.

Sedap tak rasa buahnya?
Boleh la. Boleh jadi pokok masih muda, rasa buahnya belum serasi dengan cuaca Malaysia kot. 😊😊

Buat masa ni yang masak ialah beri hitam. Peringkat awal buahnya warna merah. Yang cukup masak ia berubah menjadi warna hitam.
Rasanya manis.
Cukup air dan baja saiz buahnya besar.

Tapi tak dapat macam betul2 rasa buah yang diimpot dari negara sejuk lah..


Sunday, September 25, 2022

Bubur asura sukatan cawan


Campuran tepung beras dan air sahaja


Petua cukup masak - sisa pada tepi kuali lekang cantik 

bahan
1  1/2 cawan tepung beras
2 keping gula gerek
1/2 cawan jagung tin
1 tongkol jagung
4 biji pisang
1 sudu teh garam
7 cawan air
2 helai daun pandan
450gm santan pekat

1/2 cawan kacang merah
1/2 cawan kacang hijau
(rendam dahulu semalaman)
juga lain2 jenis kacang yang disukai

ubi kayu
ubi keledek
labu
(boleh tambah jenis ubi yang disukai)

Jenis2 kacang direbus hingga empuk
Jenis ubi, labu potong kecil dan rebus  empuk
buah pisang kupas dan potong kecil
Hancurkan gula gerek

Bancuh tepung beras dengan 7 cawan air dan tapis masuk dalam kuali.
Masukkan daun pandan dan masak sambil terus mengacau lebih kurang setengah jam.

Tambah jenis kacang. Kacau lagi.

Tambah jenis ubi. Masukkan gula, pisang, labu, jagung dan santan.

Supaya cukup masak seeloknya kacau bubur selama 2  jam atau lebih.







 

Wednesday, September 21, 2022

Kuih tako sengkuang



  1. 1 cawan tepung jagung
  2.   6 cawan air pandan
  3.   sengkuang yang dipotong kecil
  4.   1 cawan gula pasir
bahagian bawah
      1.    1/2 cawan tepung jagung
      2.    6 cawan santan
      3.     garam sécukup rasa
 
Masak bahagian bawah iatu campuran air pandan dan gula.
Anggaran masa memasak untuk adunan ialah 30 minit. Supaya tepung cukup masak dan kuih boleh tahan lama.

Bila hampir masak, masukkan potongan sekuang dan masak lagi lebih kurang 5-7 minit.

Tuang bahagian bawah yang sudah masak ke dalam acuan.

Masak pula bahagian atas iaitu campuran santan dan sedikit garam secukup rasa.

Selepas dikacau atas api selama 30 minit, dan adunan cukup masak, tuang ke atas bahagian tako yang berwarna hijau.

Kredit untuk puan Mahani Salman sebab kuih ini rasanya sangat sedap.


Sejukkan dalam peti ais untuk rasa yang lebih nyaman dan sedap.









 

Sunday, September 18, 2022

Tanam pokok johar/juaq




Selepas satu tahun.
Pokok cepat memebesar. Sudah banyak kali kutip pucuknya untuk dimasak.

Selalu dipangkas tidaklah pokoknya  besar dan tinggi. Mudah untuk ambil pucuknya.



Pucuk dari pohon ini boleh dibuat masak lemak kuning campur udang atau masak rendang campur ayam. 
Sedap rendang ayam pucuk juar dibuat cicah dengan ketupat.

Mudah juga untuk membiak tanaman ini . 
Benihnya disemai menggunakan biji dari buahnya yang sudah masak.

Gambar di atas ini adalah anak pokok yang tumbuh selepas 3 ke 4 bulan selepas disemai bijinya dari buah yang sudah cukup matang.






Thursday, July 14, 2022

Bingka Ambon

 




A.  Bahan biang
50 ml air
 1 sudu teh ragi
 1 sudu teh gula
   
B.  Perisa ambon 
2 batang serai 
15 helai daun limau purut
 200ml santan

C.  Bahan utama 
100gm tepung ubi kayu
50gm tepung gandum
100gm gula pasir
 1/2 sudu téh garam 
1/4 sudu teh vanila

2 biji telur ayam
Pewarna kuning 
1 sudu makan margerin cair

Cara

1. Sediakan bahan biang A. Ragi yang molek, larutan ini akan kembang berbuih. 
2. Masak bahan perisa B. Bila mula mendidih tutup api dan ketepikan.
3.  Buat adunan tepung C. (tepung gandum, tepung ubi kayu, gula, garam dan perisa vanila.
4. Dalam bekas lain, pukul 2 biji telur ayam mengguna garfu/pemukul telur. Masukkan pewarna kuning dan margerin cair.
5. Campurkan A dan B. Akhir sekali campurkan kedua bahan secara selang seli.
6. Rehat adunan 3-4.jam. 
Panaskan loyang sebelum memasukkan adunan.
Hati2 semasa masukkan adunan ke dalam loyang yang masih panas.
Pintu oven jangan tutup rapat. sendalkan.
Bila hampir masak, tutup rapat pintu oven dan kurangkan laras haba panas oven.
Tabur gula dan panaskan dalam oven sekali lagi sebelum di keluarkan. 






Wednesday, July 22, 2020

Tepung bungkus inti pisang

Bahan
1 cawan tepung beras
2 sudu bumbun tepung jagung
5 cawan santan
buah pisang
2 sudu makan gula
1/2 sudu teh garam
daun pisang/layurkan

1. Bancuh tepung dengan santan. Sebatikan bersama gula dan garam.
2. Tapis.
3. Masak  adunan sehingga ia menjadi pekat.
4. Kupas dan belah buah pisang.
5. Sudukan adunan tepung atas daun pisang. Letak kepingan buah pisang dan tutup dengan kemas.
6. Kukus tepung bungkus 30 min.