Aku lama dah berminat nak buat rendang maman. Masalah nak dapatkan daun maman segar yang buatkan aku menangguhkan dulu rancangan aku tu. Beberapa hari lepas dapat pula daun maman dijual kat pasar. Sekilo RM6 rupanya harga daun maman yang belum dijerukkan.
Yang aku tahu maman segar rasanya pahit. Ini pengalaman aku waktu memasak singgang maman. Tapi daun maman yang sudah dijerukkan bersama nasi sejuk pula rasanya masam.
Aku tawakkal aja ikut resepi rendang maman KAT SINI. Alhamdulillah memang sedap rasanya!.Aku suka. Ini adalah resepi tradisional.
Terpikat sungguh aku nengok ke baby booties ni. Warnanya cantik, aku pun cuba buat la. Dah separuh jalan baru aku sedar yang aku dah pernah buat yang ni. Tapi kejadiannya agak terpesong dari rupanya yang sebenar.
Tersilap pilih gambar yang sebenarnya kut. Hemm.. dipakaikan ajer lah ke cucu aku ni. :)
Sedapnya rasa kimchi. Sebelum2 ni tengok aje ibu2 dari Korea sediakan kimchi dari rumah mereka. Tak teringat pula nak mencuba. Sehingga terbitnya skrip dari anak2 yang memuji2 kesedapan kimchi buatan ibu sendiri yang tiada taranya pun belum terfikir juga lagi nak mencubanya. Apa rasanya kimchi.?
Entah beberapa minggu yang lepas baru datangnya idea aku untuk mencubanya. Jeruk mamandah buat, kerabu dah buat, kali ni nak mencuba kimci pulak.
Inilah rupanya kimchi aku bila pertama kali aku mencubanya. Sedap? Tentulah sedap. Sebab tu lah aku publishkan kat sini...
Pada aku memakan kimchi adalah suatu tabiat pemakanan kesihatan yang baik. Tiada lambakan minyak dan kolesterol. Mujur juga aku masih tergolong dikalangan pemakan sayur!
Ini kimchi yang telah aku perap selama 24 jam. Pada rasa aku lagi sedap kimchi yang dimakan selepas 3 hingga ke 4 jam diperap.
Mula2 dulu bila nampak rupa kimchi, aku fikir yang rasanya pedas atau kita akan alami rasa perut panas atau tak selesa perut selepas memakannya oleh sebab rupanya yang merah berselaput dengan cili.
Lepas tengok gambar video kat atas ni lah yang boleh datangnya minat aku nak mencuba membuatnya.
Bahan yang aku gunakan ialah kobis, apple, apple pear, sengkuang, daun bawang, bawang putih, gula perang, serbuk cabai dan garam. Untuk bahan perisanya aku gantikan dengan pes udang. Apa lagi, belacanlah! Hu hu.
Lepas dah menikmati kimchi, baru aku terjumpa dengan pengkisahannya melalui suatu tayangan video dari you-tube. Aku letakkan sebahagian gambarnya kat sini untuk memudahkan lagi bercerita..
tempat pembuatan garam
kobis direndam atau pun dibersihkan dalam kolam yang besar!
menggunakan pekerja yang ramai...
adalah pemandangan dari sebuah temple
Yang last ni gambar proses memeram udang di dalam gua untuk dijadikan bahan perisa kepada kimci. Agaknya serupa dengan membuat cincaluk kot. Lain kali aku nak beli cincaluk bila aku nak buat kimchi.
http://www.duitang.com/people/mblog/56006351/detail/?next=63487696
Datang semula minat aku nak mengait. Alang2 dah terjumpa dengan gambar2 panduan mengait kat internet, teringin pula aku nak mencubanya. Rasanya macam semua paten aku nak try..
Ini aku letakkan panduannya yang aku dah cuba buat seperti yang kat atas tu. Apa apa ajalah. Aku rasa macam lain macam ajer.. Macam pelik ajer ruper nyer.. Gabai semacam ajer...
Suka tengok macam2 design mengait benang bulu kambing. Datang pula mood nak mencuba2. Kebanyakan topi saiznya sesuai untuk baby. Aku nampak design ni boleh diubah saiznya untuk cucu aku yang berusia 3 tahun.
Suatu hari aku terbaca mengenai suatu antara cabang petua untuk menjauhkan serangga perosak dari menempek pada daun pokok cili ialah dengan menanamkan bawang putih yang berkupas kulitnya berhampiran akar pokok cili. Aku pun mengopek kulit 4 ulas bawang putih lalu menanamnya di dalam tanah berhampiran akar pokok cili api.
Cadangnya nak tambah lagi bilangan ulas bawang putih untuk ditanam pada akar pokok cili api.
Sudahnya keempat-empat ulas bawang putih yang ku tanam dulu tu rupanya dah tumbuh menjadi anak pokok bawang putih! Sebelum ni aku tak sedar sebab pokok-pokok ini semua diselaputi oleh rumput rampai.
Selalu aku dengar orang buat masak asam. Masak asam. Masak asam. Bunyi macam best ajerr... Walau pernah terfikir best tapi aku tak pernah buat masak asam atau tumis asam. Agaknya pasal leceh pada aku nak perah air asam jawa atau nak setting macamana banyaknya kuah untuk buat tumis asam ni.
Datangnya idea nak buat tumis asam ni sebab semalam aku terasa nak sediakan lauk yang paling mudah, ringkas dan cepat. Hanya nasi, lauk dan ulam segar. Ada bukti mengatakan menu ringkas membolehkan orang tu hidup cergas dan sihat. Sistem penghadaman tak perlu letih bekerja keras! Hu hu hu...
1. Siang dan bersihkan ikan.
2. Lumurkan kunyit pada ikan dan goreng tanpa garam.
3. Bila ikan masak, alihkan ikan ke tebing kuali dan tumiskan bawang putih. Bawang putih dah wangi, masukkan pula bawang besar dan cili yang sudah dipotong.
4. Bila bawang dah layu masukkan air belimbing rebus, dah sebati semuanya bolehlah diangkat. Siap.
Benda apa air belimbing rebus tu bolehlah KLIK KAT SINI. Sebelum ni aku dah cuba colek isi ikan rebus dengan air belimbing bercampur cili api. Memang sedap!