Friday, April 19, 2013

Singgang maman

Aku teringin nak merasa singgang maman lama dah. Hari ni baru hajat tu makbul. Pergghh... Sedap! Kalau di lain kali terjumpa dengan pokok maman dan daging segar, aku akan masak singgang maman lagi. Terima kasih Pak Ngah Hashim Zabidi. Resepinya ada KAT SINI.
Pernah aku dengar orang sebut maman hantu. Itu yang buat aku takut nak cuba masak singgang maman . Setakat yang aku tahu, aku hanya biasa makan maman yang sudah dijerukkan. Kalau tersinggang ke maman hantu, boleh mabuk ke aku? Bila google, aku dapat tahu maman hantu ada kat Seberang Jaya Pulau Pinang! Apa2 lah. Tapi aku yakin yang maman sayur dan maman hantu kedua-duanya boleh dimakan. Daun ketum yang memabukkan tu pun dimakan orang. Hu hu.
Banyak kali aku basuh dan ramas daunnya untuk hilangkan warna hijaunya. Dikatakan maman tidak dimasak segar kerana rasanya yang pahit.

Friday, April 12, 2013

Pucuk labu bersama udang kering

Ini sayur pucuk labu aku beberapa minggu yang lepas. Rasanya sangat sedap. Sedap kat mana ? Entoh ler.. Manis agaknya. Kalo dah nama pun labu manis disebut orang, habis satu keturunan dengan buah dan pucuk2 daunnya sekalipun manis kalau dimasak dan dimakan...  Sebab tu ler aku nak fremkan gambarnya kat sini. .. : ) Cuma ambik gambar ni dah di petang hari. Sayur ni dah agak layu dan kurang bermaya siket.

Sayur pucuk labu aku yang mula2 aku buat dulu pun tak sesedap ini. Yang ni aku buat cara paling mudah. Jerangkan santan bersama bawang dan lain2. Cuma gantikan bilis dengan udang kering. Tambahkan beberapa ulas lada hitam yang ditumbuk halus.

Hari ini aku buat lagi sayur pucuk labu masak lemak putih. Ha ha.
Hujan yang turun buatkan banyak pucuk labu yang dapat aku kutip. Tapi sayang, rasanya sedikit berubah!.
Kenapa ya?

Aku masak gunakan buah kelapa yang dikukur sendiri. Buah kelapa ni dah  berapa minggu ya aku simpan kat rumah? Dah lah buah kelapa ni agak muda. Kulit sabutnya menunjukkan buahnya belum cukup tua. Sipenjual buah kelapa terpaksa jual juga kat aku sebab aku nakkan buah kelapa yang belum dimesin. Ada masa aku nak gunakan santan segar tapi tak ada masa untuk ke pasar di pagi hari.

Buah kelapa tua yang sabutnya berwarna matang dia tak nak jual pula kat aku. Aku tanya pasaipa??
Dia cakap yang tu kelapa mai dari Indonesia. Tak. Yang sebenarnya dia tak cakap buah kelapa. Kami orang Kedah cakap buah nyoq !
Aku tanya ada beza ka nyoq sini dengan nyoq Indonesia? Dia cakap ya.
Pasaipa lak berbeza? Dia cakap nyoq Indon tanam kat tanah gambut. Kalau kak masak, dapat tau la beza dia lagu mana, kata dia lagi.

Sebagai penutupnya aku tak nak la buat kesimpulan salahkan nyoq ke atau salahkan santan ke yang menyebabkan sayur pucuk labu aku tu kurang menyengat. Aku salahkan diri aku ajer lah. Mudah kan? .... Salahnya sebab aku belum cukup skill dalam bidang masakan... Hu hu hu.....  

Thursday, April 4, 2013

Mi kacang merah

Ini kesan dari menonton filem Korea. Kadang2 ada menyebut betapa sedapnya mee kacang merah. Tapi yang sebenarnya aku tak ingat betul samada dalam filem Korea, Cina atau Jepun yang dah aku tonton. Bukan bermakna aku sanjung filem luar tapi dah banyak kali cuba aku pupuk dan bajakan, sayangnya minat aku belum jatuh lagi kat kebanyakan wayang tempatan. Bukan selalu, hanya melayan iseng masa. hehe   

Mmm... sedap mee kacang merah yang cuba aku buat pada pertamakali. Cuma ada sedikit rasa macam aku dah terlajak masukkan ketchup ke dalamnya. Ketchup? Emm... sos cili tu kot.
Ini dia link Spicy Red Bean Soup yang aku gunakan sebagai panduan. Jangan tiru bulat2  dah lah! Ha Ha...

Sunday, March 31, 2013

Sup radish

Ini adalah sayur kosong tanpa perencah. Yang warna putih tu namanya radish. Mulanya aku sangka yang  aku telah pun membeli dua ketul ubi bit. Aku pernah terfikir nak memasak dan merasa ubi bit.
by google
Selepas dipotong aku hairan kenapa sayur ini berwarna putih bukannya merah. Puas google rupanya aku dah tersilap beli sayur. Cantik bentuk dan warnanya. Besarnya ubi ni weyh!

Manisnya sayur ini. Rasanya lebih sedap dari lobak putih. Sudahnya aku campurkanya bersama sayuran lain tanpa dimasukkan banyak perencah. Tambah sedikit gula shaja  Ni la baru betul2 dipanggil segar dari ladang!.
Jadi aku jadikannya sebagai kudapan sahaja. Sebagai makanan selingan mengganti makanan ringan yang dimakan antara sela masa tengok TV atau bila lapar selepas bangun tidur. Hu hu.

Orkidku -si kuning merah muncul lagi

                              Malas aku nak google apa spesis orkid ini. Cuma ia berkembang lagi.

                     Sebelum layu, aku letak gambarnya kat sini. Sebagai tanda kenang-kenangan. :)
                                                        Semasa ia mula nak kembang.
           Benihnya aku beli dari Padang Besar. Ada dalam 3-4 helai daun sahaja. Rasanya RM6.00.
Orkid jenis ni kalau ia dah mula membiakbiak, tak cukup pasu pulak nak pindahkannya.
                                                             Dah elok mekarnya .:)
Mood aku lani mengikat pasu2 kecik kat batang kayu dan letaknya bawah teduhan pokok. Masih mendapat cahaya matahari sedikit2... Kalau tak kena cahaya matahari kata orang orkid tak akan berbunga.

Wednesday, March 27, 2013

Asam katok

Aku ternampak benda ni kat rumah abang aku petang semlam. Terhenti aku sejenak. Ingatkan asam jawa ke. Atau apa2 sos. Abang aku cakap asam katok. Mulanya aku tak berminat. Asam katok yang aku makan sebelum2 ni tak da yang pure rasanya serupa dulu2. But why not?
Ambik siket cuba merasanya. Emm. Wow. Ini real punya asam katok. Serupa rasanya macam yang aku makan masa sekolah rendah dulu. Warnanya pun sama kan? Budak2 sekarang mana tau makanan ni semua. Waktu dulu harganya sebunjut baru lima duit.
Abang aku kata nak makan asam katok kena cicah dengan jari. Cicah2 dan colek ke mulut. haha
 
Makanan ni seangkatan dengan asam manis Hwa Flake yang selalu dibuat kek kukus lapis tu lah. Rasanya macam acar buah yang selalu ada dalam menu hidangan kenduri kahwin kat sebelah utara ni. Macam ada banyak jenis asam kering seperti buah pala dan  limau jeruk. Cuma makan asam katok kena hembuskan keluar bijinya tu. Bijinya tak boleh dimakan.

Sunday, March 24, 2013

Masak lemak pucuk labu

 Bahan
Seikat pucuk labu - siang buang sedikit lapisan nipis pada sulur ranting pucuk labu.
Santan, bawang besar, bawang merah, sedikit halia, sejemput ikan bilis, garam dan perisa.

Masakkan santan bersama bawang, bilis dan halia. Bila santan mendidih, masukkan pucuk labu. Bila hampir masak masukkan garam dan sedikit perisa. Dah masak, masukkan pati santan semasa kuah tengah mendidih. Bila pati santan mula mendidih sekali lagi, angkat periuk dari api. Boleh dihidangkan.

Sejak ternampak masak lemak sayur pucuk labu kat blog Menu Ariezah Aris, aku  dah mengidam nak makan sayur manis masak lemak pucuk labu. Tapi penangguhan aku tu memakan masa yang agak lama sebab aku tak tau mana nak dapatkan pucuk daun labu. Aku jarang pergi pasar malam atau ke pekan sehari. Maka oleh kerana itu biji labu yang  buahnya aku buatkan sira labu, aku semaikan dalam pasu supaya ia tumbuh, dan aku nak merasa pucuknya pulak. He he. Gigih tak aku?
Oleh sebab aku dapat pucuknya beberapa tangkai sahaja, maka aku buatkan sayur ini dengan lebih berhati-hati. Aku masukkan bawang besar, bawang merah ikan bilis dan halia secukup rasa. Bukan apa. Bimbang terlebih dos. Ter over dose lenyap pulak perisa pucuk labu nan asli tuh...
Sedap ke? Ehemm. Sedaplah sayur manis  pada deria rasa orang kampung macam aku nih. :)