Followers

Saturday, February 2, 2013

Sira labu

Assalamualaikum
Aku mula kenal sira labu masa duduk kat Pahang. Sekali dengan sira pisang nangka. Sebelum itu aku tak biasa dengan istilah sira. Bubur aku tau la. Pengat tu pun serupa dengan bubur la kut. Pengat atau bubur tu ialah bila labu, pisang atau nangka dimasak tenggelam dalam kuah santan.
Sira yang aku tau ialah keringkan air gula macam yang digaulkan pada kuih donat.

Sudah dua kali kebelakangan ini aku cuba buat sira labu. Kali ni pun sama. Tak sedap. Dulu2 pernah aku dengar orang Pahang cakap labu yang sedap ialah labu yang lehet. Dari Kamus Dewan aku dapati lehet tu ialah melekat. (spt ayer gula dll)
Lagi satu labunya tak nak lah yang ganyut. Rupanya ganyut tu sebaris ertinya dengan ganyar. Maksudnya tidak lunak (walaupun direbus), basau, engkah2, ganyut.

Jadi sebagai kesimpulannya di sini ya puan-puan, jika anda masakkan labu dan masakan itu rasa tak sedap,   tak perlulah salahkan diri puan2 ya? Salahkanlah benih daripada spesis labu itu sendiri. Labu yang sedap ialah dari jenis yang isinya empuk dan gebu rasanya bila dimasak.     

Nak masak labu yang simple boleh lah cuba DI SINI. Labu masak kicap.
Nak cuba masak sira pun simple aja. Sama macam nak buat bubur. Labu, santan, gula merah dan sedikit garam. Cuma kurangkan kuantiti santan dan masak sehingga larutan gula menjadi sedikit pekat.
Oleh sebab labu aku ni yang tak lehet tetapi ganyut ni, jadi aku tak la sira gulanya sehingga menjadi pekat. Isi labunya aku abaikan dan makan gula siranya sahaja.  
                                                                   by google
Apa istimewanya sira labu pada peminat2nya? Aku pun baru tau tentang keenakan sira labu. Sira labu yang sedap ialah yang dimasak menggunakan gula kabung. Nak tau gula kabung, inilah pokoknya. Dikenali juga sebagai pokok enau. Buah enau yang selalu dimakan bersama dengan ais kacang atau lincikang. Susah payah juga nak memproses bahan2 yang datangnya dari hutan rimba ni.
by google
Ini dia gula kabung. Dimasak dari air nira pokok kabung. Kakak ipar biras aku cakap, sebuku gula ni pun kalau tak silap aku dah RM9. Itu yang buat dia pun dah tak berapa nak minat nak mengacau dodol disetiap kali menyambut hari raya tu... 

4 comments:

  1. patut la saya nyer sira labu asyik tak adik jer... pelik la jugak sbb sira ni macam benda paling senang la konon nyer kan. heheh tengkiu kak kongsi cerita ni.

    ReplyDelete
  2. tengkiuw kembali sebab sudi berkunjung :)... rasa macam ada petua yg mengatakan labu yg elok pilihlah dari yg tampuk di bhg bawah buahnya bersaiz kecik, tapi tak pastilah pulak...

    ReplyDelete
  3. Salam. Nak bagi labu tu pejal, sebelum masak dengan gula, potongan labu tu rendam dengan air kapur setengah jam. Lepas tu bilas baru masak macam biasa ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Julie atas petua yg diberi, boleh cuba ni,,, :)

      Delete