Followers

Wednesday, May 18, 2011

Periuk kukus dari Padang Besar


Inilah dia rupa periuk kukus ku. Hehe. Aku pun tak nah terpikir nak pi cari periuk ni sampai ke Padang Besar. Rupanya macam senibina Thai jer...Sorang kakak yang dah 10 tahun aku dah tak kerja setempat dengan dia, selalu ajak aku pi Padang Besar.

Bila aku tanya pi buat apa? Dia kata pi beli beras pulut. Buata apa beras pulut? Dia kata dah nak raya. Buat ketupat.
Pi buat apa? Pi beli periuk kukus. Ada-ada aja lah dia ni. Yang sebenarnya dia ni sayang dekat aku. Hehe.

Alahh... kakak yang nak beli batu giling dari aku tu. Dia ni seorang ibu yang baik. Tapi suka berleter. Kuat gila berleternya. Hehe. Kalau aku sebut siket ja kenakalan anak aku, dia punya prang pranng tak tau nak habaq la. Tapi yang anak aku ni dah jenis yang dah terbiasa kena 'sengat' dengan aku, dia senyum-senyum sajalah dengan gelagat kawan baik aku ni.

Aku belilah periuk ini sebab ianya sesuai untuk mengukus beras pulut. Beras pulut tak jatuh melalui lubang kukusannya yang kecik tu. Kakak tu cakap yang kecik ni boleh masak 2 kepol beras kut, aku pun tak pandailah yang lain dari sukatan metrik ni. Hihi.
Tak padan dengan periuk loyang, aku beli beberapa tahun lepas pun harganya RM4o.

Bukan susah pun nak join depa ni sebenarnya. Tambangnya cuma upah kat driver bas tu 3 ke 5 hinggit saja. Balik dari Padang Besar baru bas penuh dengan muatan barang2 yang depa shopping.

Jadi aku syak depa ni ralit ronda ke Padang Besar sebab nak panaskan enjin bas sahaja. Kalau tidak, beku sajalah enjin bas tu kat dalam garaj.

Setahun aku dengar lebih dari 10 kali depa shopping kat Padang Besar. Aku dah tak tau nak berkenan kat apa lagi di Padang Besar tu. Pokok-pokok orkid adalah yang menggamit hati aku untuk usha-usha tiap kali aku pi.

Tapi sejak akhir-akhir ni kakak tu dah tak berapa nak semawa kat aku lagi. Agaknya sebab sambil ronda-ronda shopping-shopping tu aku kerap menyebut, 'tak larat...tak larat... penat...penat'. Aku kurang suka jalan-jalan tanpa tujuan.

2 comments:

  1. Mak ngah..rasanya "si kakak" tu sesuai jln2 dgn saya sebab sy takkan cakap penat lagi suka jln2 mcm tu....hehe!!

    ReplyDelete
  2. hehe.. betul tu, semua org pun suka jln-jln... kena tukarlah kut, sbb anak pun salu ckp, 'mak ni semua tak larat'.... huhu

    ReplyDelete