Friday, May 25, 2012

Lagi kain tudung sulam bermanik

Assalamualaikum...
Aku masih lagi nak tunjukkan hasil sulaman pada kain tudung yang aku dah siapkan. Gambar patung baby cute kat atas tu aku letakkan kat sini sebab ia comey sangat... Macam tak logik pulak kalau aku sendiri yang pakai kain tudung sulam rambu ramba macam yang baby ni pakai kan....
Ni nak tunjukkan potongan kain tudung yang selalu aku buat. Kawan aku kata dia pun berkenan sebab potongannya yang labuh. Tapi aku pun belum bersedia nak tolong sulamkan untuk dia sebab?.. Entah. Untuk pakai sendiri2 tu bolehlah... 
Nak tunjukkan potongan kain tudung bahagian hadapannya. Tak ada cantuman potongan kain pada bahagian hadapan seperti biasa. Cantuman potongan kain ialah di bahagian belakang.
Ada 3 helai kain tudung kat sini. Banyak helai juga yang aku beli hari tu. Tak ingat berapa helai. Sulam dan jahitkan manik perlahan2.
Banyak masa juga diambil untuk nak siapkan ini semua.
Yang benang kuning bawah sekali tu aku gunakan benang jahit biasa. Sengaja nak mencuba sebab aku rasa gunakan dua jenis benang kat atas tu rasa macam keras sedikit. Rupanya benang lembut buat ia meleding.

Sunday, May 20, 2012

Cross stitch menggunakan benang bulu kambing

Assalamualaikum semua....
Semua pada yang masih sudi lagi menjenguk blog aku ni....:)
Kali ni aku nak publish satu lagi hasil kerjatangan aku yang berusia dah sepuluh tahun lebih dah kut.....


Inilah dia hasil menjahit crostitch dengan menggunakan benang DMC. Aku dah biasa gunakan istilah 'benang lipat'. Lukisan bahagian bakul tu lah permulaannya aku gunakan benang bulu kambing.. .

Yang ni sepenuhnya aku gunakan benang bulu. Mulanya aku buat dengan lukisan buah anggur ni dulu. Gambar anggur ni aku dapat dari seorang kawan.


Lepas tu aku mereka reka lah pula sendiri dengan lukisan ciptaan aku sendiri. Huduh piang juga la kan...

Sebab apa aku gunakan benang bulu kambing? .
Sebab utamanya ialah aku lebih suka menjahit ikut suka aku sendiri. Tak mampu rasanya aku nak menjahit cross stitch yang sedia ada tu dengan menelek2 berulangkali mengikut contoh warna dan bilangan benang yang datang dalam bentuk package tu.

Yang ni agak senonoh lah sikit sebab gambar bunga ni aku salin semula dari gambar yang aku dapat dari mana tak tau lah... Dah lupa pun... Yang ni sepenuhnya hasil dari jahitan benang  bulu.

by google
Ini gambar benang cross stitch yang sebenar. Dah lama aku tak beli benang ni. Seikat tak tau lah berapa harganya  dah la la ni... Baru tahu juga yang benang ni orang panggil benang DMC..

by google
Inilah gambar benang bulu kambing yang aku gunakan untuk buat cross stitch gila gila aku tu... Dulu2 aku ingat harganya dalam seringgit dua kupang ke seringgit enam kupang sahaja waktu aku mula2 belajar mengait dulu. Lani aku beli dengan harga seketul RM2.00. Tak ingatlah pula jenama apa..

Friday, May 11, 2012

Aku dah tengok filem Bunohan!


Awal Mac lepas, bekas engineer muda kat depan aku tu tanya aku pasal filem Bunohan. Haha. Ingat aku ni tokey wayang ke...?
Balik rumah aku tanya anak aku. Dia pun tak tau apa tu Bunohan. Aku buka blog ni. Lepas baca blog  Hikayat Sinaganaga ni, hati aku makin digamit gamit. Aku makin teruja nak tengok filem bunohan.


Anak aku titipkan pada aku cerita Bunohan. Dia kata siap dengan sarikatanya sekali. Dengan sarikata Bahasa Malaysia ke? Ha ha ha. Sangatlah lawak bagi aku. Tengok filem melayu tapi nak kena ada sarikata bahasa melayu .. Dia kata kalau ada  masa dia nak ulang tengok lagi kut2 dia boleh faham filem ni.


 Aku pun dah view2 filem ni banyak kali barulah boleh faham siket2. Itu pun sebab dah selepas baca ulasan dari blog en sinaganaga... Tapi itu pun tak tahu lah pulak kot2 aku ni  ada yang dah tersilap faham. Keh3.


Ini gambar Tengku Azura. Bukan senang aku nak dapatkan gambar beliau nih. Mulanya aku sangka banyaklah sangat adengan Mek Yah dalam filem ni. Mek Yah rupanya timbul hanya sekejap sekejap sahaja. Cerita epik dengan banyak peran peran ni ada masanya buat aku konfius. .

Saturday, May 5, 2012

Kerabu gajus bersama nenas

Bahan2
buah gajus (dihiris dan diperah buang airnya)
buah nenas (potong kecil2)\
sedikit daun gajus (dihiris nipis)
sambal belacan ( sambal belacan biasa ~ lada besar+cili api+belacan bakar+garam+gula+ bawang hiris)

Selepas sediakan semua bahan di atas, akhir sekali gaulkan semua bahan hiris bersama sambal belacan. Siap untuk dihidangkan.

Kerabu ini aku buat pada hari ni. Lama dah seorang senior bagi tau kat aku pasal resepi ini masa kat cafe waktu sedang mengambil makanan. Aku sangat terliur nak mencubanya tetapi terpaksa ditangguhkan sebab kesukarn nak dapatkan buah janggus. Hari ini adalah hari bertuah aku. Ada buah gajus dijual kat pasar dengan tak disangka2. 

Amacam? Sedap ke? Hehe. Sedap ler bagi aku yang selalu minat dengan makanan yang berbeza sedikit dari selalunya. Pada yang belum biasa makan buah gajus tentu rasanya agak berbeza sedikit kot. Senior aku tu cakap ini adalah makanan orang dulu2. Owhh..! Macam tu ke? Aku tak tahu pun selama ini. Mungkin ini adalah disebabkan oleh dia yang datang dari daerah yang berbeza. Kat kampung asalnya daerah Kuala Muda (kalau tak silap aku) mungkin dulu2 banyak  pokok janggus. Aku pernah tengok dekat kawasan pantai di negeri2 bahagian pantai timur dulu selalu banyak tumbuh pokok jambu golok ini. Tapi  kampung aku yang berhampiran dengan sawah bendang di bahagian pantai barat semenanjung pun ada juga ditumbuhi dengan pokok janggus ini.

Jadi yang aku ingat hanyalah ini. Arwah tok aku pernah buat ini untuk dimakan bersama dengan nasi putih. Jadi aku pun cuba buat ini juga. Simple sahaja. Hiris dan perah buang sedikit air buah janggus. Masukkan sedikit air ke dalam mangkuk. Tambahkan belacan bersama garam, lada besar hiris dan bawang merah hiris. Gaulkan semuanya sekali bersama isi gajus yang diperah airnya tadi.

Sedap ke? Hehe. Sedap jika makanan yang dimakan itu adalah semasa perut kita benar2 sedang lapar. Jika perut dah kenyang apa yang kita makan pun dah rasa tak sedap lagi dah. Sebab itu lah Nabi sarankan umatnya supaya makan apabila  lapar dan berhentilah makan sebelum kenyang..!

Hari ini organ dalaman aku bekerja keras. Usus kecil, usus besar, pundi hempedu, pankreas, perut, hati dan buah pinggang aku disiksa..:) Teruknya nak mencerna makanan. Aku makan ayam goreng, ikan keli, telur goreng, udang, lemak,  daun gajus, nenas, buah gajus, buah setul, tu tak termasuk lagi dengan rencah bahan makanan. Mujur aku tak ikut rasa hati aku sebab tadi tu dah dekat2 nak terasuk terasa nak juga buat laksa  pudina dan nenas.....

Friday, May 4, 2012

Masak buah setul bersama udang

Assalamualaikum
Ini adalah percubaan aku kali kedua mencuba resepi memasak buah setul bercampur udang. Kali pertama dulu aku gunakan buah setul yang dah masak. Tapi kali ni aku gunakan buah setul yang masih agak muda tapi dah  nak mengkal hampir masak.

Suatu hari dulu seorang jiran menegur aku semasa aku sedang mengait buah setul kat depan rumah aku. Dia cakap tak cuba masak dengan udang ka? Ada orang dari Baling ke Sik ke tak ingat dah aku dia cakap masak buah setul ni dengan udang. Sedap katanya. Aku nak tanya dia masak lagu mana tu? Tapi aku urungkan niat aku tu sebab dia ni adalah seorang lelaki. Aku agak dia ni makan saja kot,  tentu tak tau nak jawap soalan aku dengan panjang lebar nanti.

Jadi aku buat masak lemak biasa sahajalah. Santan, bawang besar, bawang merah, bawang putih, lada besar dan garam. Aku bimbang lain2 rencah yang aku tak pasti tu akan mengganggu rasa asal buah setul dan udang. Udang pun aku tak kopek kulitnya. Kata ayah aku rasa manis udang akan kekal jika kulit udang tidak dibuang. Otak atas kepala udang tu aku bersihkanlah...Ok. Sedap. Sedap bila buah setul dimasak campur dengan udang..:)

Aiskrim soda perisa timun betik

Assalamualaikum...
Hari ini aku ada tambahan lagi cerita mengenai buah timun betik. Mulanya aku sangka tiga entri aku pasal buah timun betik dah selesai.
Entri aku pasal timun betik tu ialah Cendul Timun betik, Timun Betikku Sudah Menjadi dan Timun Betik Cicah Kelapa.
Tapi anak perempuan aku dah menambah satu cerita baru. Kata dia masa dia kat Sabak Bernam dulu dia rajin minum air bergas yang dicampur dengan isi buah timun yang dicincang halus. Kalau mak gantikan buah  timun dengan timun betik mak ni agaknya tentu rasa dia lebih sedap kut. Haah. Teracun juga aku ni dengan cadangan anak perempuan aku tu.

Anak aku tu pun konfius juga air apakah yang sebenarnya dicampurkan dengan buah timun tu. Mulanya dia cakap gunakan Sprite. Aku beli sprite. Rupanya air tu pahit.
Lepas tu aku gantikan sprite dengan air aiskrim soda. Macam gambar kat atas tu. Aku jarang minum air bergas jadi aku kurang arif sangat mengenai jenama air minuman ni. Rasa aku air aiskrim soda zaman aku kecik2 dulu orang kampung aku sebut ayaq menet. Haha. Air lemonade la tu kott..

Apakah rasa air timun betik ber air menet tu?. Hemm. Ok. Aku cuba juga dengan buah timun biasa bercincang dicampur dengan air aiskrim soda. Emm. Rasanya sedap lagi kot yang dicampur dengan buah timun betik...:)