Followers

Sunday, April 29, 2012

Timun betik cicah kelapa


Assalamualaikum

Aku baru lepas makan buah timun betik. Timun betik cicah dengan gula merah dan kelapa. Rasanya  ? Mak aii.. Sedapnya. Kalo sedap putu mayung cicah kelapa, sedap lagi timun betik cicah kelapa. Kalau sedap keledek rebus cicah kelapa, sedap lagi timun betik cicah kelapa. Haha. Dah melebih lebih dah aku ni.

Tapi ya memag betul pada selera tekak aku. Nak jadi pelopor buah  timun betik dah aku ni. Nak buat master dalam bab pemakanan timun betik. :)

 Inilah buahnya hasil yang aku tanam dalam pasu. Akar pokoknya tak cukup menjalar dalam tanah kot.. Kontot buncit rupanya. Bagai seekor ayam sedang bertenggek. Masa kecik rupa buahnya macam ini.

 Bila dah cukup merekah barulah ia layak dimakan. Kalau belum cukup masak lagu ni, isinya masih belum cukup lembut dan rasanya kurang manis. Tapi buahnya bukanlah sangat manis rasanya. Rasa manis2 buah sahajalah.. Yang aku makan sebelum ini rupanya lagilah mengerikan dari yang ini. Kulitnya merekah sehingga lekang keluar berkeping!

Ni bahagian bumper belakang yang dah aku cabut !. Tengok tu isinya nampak gebus menganjal kan..


Ni gambar dari jarak lebih dekat. Timun betik, kelapa dan gula merah.
Aku tanyakan rakan sebelah depan meja aku tu kenal tak dengan buah timun betik. Sebab dia orang Kelantan.  Ya. Orang yang sama yang aku tanyakan pasal kuih asam gumpal sebelum ini. Dia cakap tok dia kat Kelantan dulu rajin tanam  pokok timun betik. Dia suka makan timun betik cicah dengan kelapa dan gula. Ooh. Ini yang aku dapat idea dari dia macamana cara nak pelbagaikan makanan ini. Dia cakap lagi tok dia rajin buat sarung dari daun kelapa untuk elakkan buah timunnya dari dimakan atau diganggu oleh lain2 makhluk perosak. Aku tak tau sunguh la macamana rupanya sarung buah timun dia tu.Tapi aku duk terbayang agaknya rupanya tentu serupa dengan sarung buah nangka yang kami orang Kedah panggil geruk nangka.

 
Ni gambar geruk nangka atau sarung buah cempedak. Boleh jadi ada yang tak pernah tengok ini. Nak tau cara macamana  nak  buatnya bolehlah dapatkannya dari blog Teratak Senja.

Tang penghabisannya aku kena letakkan gambar ini. Macam entri timun betik aku yang lepas. Nama dia ni Olen. Pokok bunga kembang sepuluh aku ni dah lunyai dibuat tempat lepaknya. Dengan muka tak bersalahnya tuh!

4 comments:

  1. aslm,kami 1st time tgk ni timunbetik ni,laguni ka makan dia..hmm mcm sedap ja...hebatla mngah ni,tanam dlm pasu pun menjadi nooo...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkslm, lagu ni pun boleh jg nak makannya..hehe..sedap jg kalu d makan mentah spt kita memakan cendul atau makan mentah dgn kuah serawa... nak cuba tanam ke? bg alamatnya boleh mngah poskan biji benihnya..

      Delete
  2. mak ngah..ni 1st time tgok rupa timun betik.boleh makan mcm tu rupanya,.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ana..timun betik ni baunya wangi,mngah suka ambik baunya... hehe... bagi alamat mngah nak poskan benihnya kalu ana nak cuba tanam pulak.

      Delete