Saturday, September 28, 2013

Bilai dan ikan puyu

Lepas perkataan kelemboi aku tambah lagi perkataan bilai. Aku pun tak tau ejaannya bilai atau pun bilal. Tapi ini  bukan bilal yang kat surau atau pun yang kat masjid tu.




Ya betul. Yang kat sebelah kiri tu memang sejenis bilal juga... Tapi malulah nak pos gambarnya biar jelas kat sini....hehe
Ini ialah bilal dan ikan puyu. Bilal adalah sejenis  alat untuk menangkap ikan air tawar. Entahlah. Orang kampung aku menyebutnya macam tu. Ikan puyu kat sebelah tu telah terperangkap masuk ke dalam bilal ni. Sekali angkat dan cek, dapatlah dalam 7 ke 8 ekor! Lumayan juga kan....?
Ikan2 ni sengaja dipelihara kat dalam kolam lama ni. Masih ada peminat yang nak membela ikan puyu kan..?
Tenang juga tengok ikan puyu ni berlegar2 kat dalam kolam permainannya ni.... Aku abaikanlah nak bercerita mengenai ikan puyu mistik yang sering dikaitkan dengan pontianak dan toyol di malam2 hari macam ni...  
by google
Ni salah satu contoh gambar bilal yang aku google dan pinjam letak kat sini. Terima kasih tak terhingga pada yang upload gambar ni. Jenuh juga aku nak mencari gambarnya. Ni semua akan jadi bahan sejarah belaka.
by google
Gambar yang ni best. Buatnya kalau sekali angkat ja dapat ikannya sebanyak macam ni, tak ke seronok? Jenuh pulaklah nak siang ikan2 ni. Buat pekasam sedap ni... 4  ekor maunya RM4.00 kot....?

Kelemboi

by google
Tak tau pasaipa malam ni aku nak tambah perbendaharaan kata kat blog aku ni.
Orang Kedah generasi  lama mungkin faham. Orang kampung aku panggil molaska ni dengan nama kelemboi. Dulu2 banyak kat dalam parit dan sawah bendang kat kampung aku. Bendang dan parit adalah antara laluan aku berjalan kaki di waktu pagi atau petang pergi mengaji al Quran. Ada juga masanya meranduk dalam selut. Orang Kedah cakap selut tu benda apa tau tak...?
by google
Boleh jadi yang ni pun sama dengan spesis  yang di atas. Tapi yang ni warnanya seakan keemasan sedikit. Agaknya yang ni kut orang panggil siput gondang mas. Tak ada pulak istilah gondang mas yang pernah aku dengar disebut orang kampung aku zaman aku kecik2 dulu.

Yang pernah aku teringat sekali ialah bila abang aku marahkan aku. Dia marahkan stereng kereta aku. Stereng sport!. Susah nak pulas kot... Dia kata stereng tu besaq kelemboi!!

Haaa.. tulah agaknya kelemboi selalu digunakan sebagai perumpamaan untuk menunjukkan kecilnya saiz yang tak sepatutnya pada sesuatu yang normal.
Aku rasa kalau buah kelapa yang sangat kecil pun bolehlah disifatkan sebagai 'besar kelemboi' kot. Betul ke ni....? hu hu hu.
Tapi yang pastinya kelemboi ialah kelemboi. Mungkin ia juga dikenali sebagai siput keong. Tapi ia bukan kelembai atau sang kelembai.

Saturday, September 7, 2013

Sulam Kamal Kadai (6)

Assalamualaikum..
Agak aku, aku rasa macam aku dah khatam belajar sulaman kamal kadai. Dah agak puas aku bermain dengan benang dan jarum melayan seni  sulaman dari India ini.
Sulaman pada bahagian bawah baju kurung ini pun dah lama siap, cuma hari ni saja aku rasa terdaya untuk letak gambarnya kat sini. Macam tak ada pun sesiapa yang sudi berminat dengan bunga sulam ini. Hu hu hu... Pada aku enjoy dan cantik juga bunga sulam ini...
Gambar ini menunjukkan peringkat awal bagaimana cara aku menyulam.
Gunakan jarum yang bersaiz agak besar sesuai dengan saiz benang yang digunakan. Untuk melilit benang seperti di atas, halakan bahagian kepala jarum untuk memudahkan kerja2 menyulam.
Ulangi sehingga menjadi satu kelopak bunga. Biasanya sekuntum bunga ada 4 kelopak bunga.

Pokok epal yang malang...!


Aku sambung bercerita lagi mengenai anak pokok epal yang aku semai setahun lepas. Ada sambungan kisahnya lagi KAT SINI.
Inilah khabar rupanya pokok itu kebelakangan ini. Nampaknya ia sedang berposing dalam keadaan yang kurang bermaya. Aku tengok keseluruhan pokoknya macam dah makin nak layu. Lani aku kian culas. Sedar2 banir pokoknya sedang mereput. Ini kes terlebih siram air. Baru terperasan aku sudah tersilap menempatkannya di bawah rimbunan tanaman orkid. Air siraman orkid telah banyak dan lama  terbabas kepada pokok epal ini!....
Agaknya selama mana lagilah ia dapat bertahan. Wahai pokok janganlah hidup segan hendaknya!

Kalau dah layu, dari sudut mana berposing pun, kau tetap kelihatan kurang bermaya..!
Lapisan kulit reput pada banir pokok dah aku buangkan. Bila lapisan kulit luar dah tak ada, macamanalah nak angkut air, garam dan mineral untuk pertumbuhan selanjutnya? ...
Ini adalah misi menyelamat... Hu hu hu... Masih awal lagi untuk buat sebarang komentar...

Wednesday, September 4, 2013

Bila nak masak sayur ranti? hu hu..


Dua tahun lepas aku buat entri pasal pokok ranti. Yang aku selalu nampak ialah pokok litup kelambu. Pokok sayur ranti tak perasan pulak samaada aku pernah nampak atau tidak. Tapi selama aku menetap di bahagia utara semenenjung ni tak pernah pulak aku ternampak daun meranti atau ranti dijual kat mana mana pasar atau pekan sehari.

Sehinggalah semasa bulan ramadan lepas. Bila ternampak anak pokok yang seakan ranti atau litup kelambu ni tumbuh, aku dah mula terasa nak buangnya. Cuma  ada sedikit kuasa ghaib yang meminta aku bersabar. Mana tau jika yang datang tu betul2 sayur ranti..??
Betul. Tumbuhan sayur ranti ni tumbuh bersekali dengan anak pokok binjal aku..
Ajaib kan? Misteri kan..? Pelik. DidatangkanNya dua anak pokok sekali tetapi di tempatkannya ke dalam dua bekas yang berbeza. Duduknya pun berjauhan.
Cuma buah2 ni saja yang menguatkan keazaman aku untuk menerima pokok ini sebagai sayur yang boleh dimakan. Takut juga aku jika tumbuhan ini beracun dan boleh membawa maut. Hu hu hu.
Jadi inilah pertamakali aku cuba merasa sayur ranti. Sayur bening aje. Ok. Sedap. Ada rasa pahit2 siket. Tapi pada aku lagi pahit daun peria pantai.!

Tuesday, September 3, 2013

Binjal Oh Binjal

Assalamualaikum...

Binjal oh Binjal. Bila aku google  binjai, yang aku jumpa ialah Kampung Binjal Kat Kedah. Binjal ke binjai? Orang Kedah tempat aku selalu sebut binjai. Binjai. Tak ade "l".
Kalau tak salah aku buah asam yang nak sama dengan spesis buah ni dipanggil kemang. Betul ke ni..?
Minat pula aku nak buat entri pasal tanaman yang dah hampir nak pupus ni.
Biji buah binjal yang aku makan tempohari sudah bercambah. Bukan hajat nak bertanam sangat. Cuma semasa mengupas buahnya terfikir pula aku daripada aku buang bijinya ke dalam tong sampah, apa kata jika aku letakkannya kat dalam periuk tanah yang dah retak ni? Tak sangka pula ia akan tumbuh dan bercambah begini.
Ahaa. Petang tadi aku ambik lagi gambar anak pokok ni. Daunnya dah mula kembang. Tengok pada rupa bentuk daunnya nampak dah nak serupa dengan daun macang. Bacang tu orang kampung aku panggil  macang. Aku tahu lah bab2 ni pasal aku orang kampung. Ha ha.
Jika anak pokok binjal aku tu tak kojol, aku akan bawa balik dan tanamkannya kat kampung halaman aku. Aku cadang dah pencen nanti jika umur panjang aku nak balik diam kat sini pulak. Yang tengah melawat kawasan tu ialah cucu aku. Kat belakang tu padi dah mula nak boleh dituai. Tapi bendang tu jiran aku punya. Damai tak kampung aku bila kiri dan kanannya berlatarbelakangkan bukit bukau yang berbalam balam...
By google
Gambar ni aku pinjam letak kat sini. Seronok tengok buah binjal kat pokok ni. Nampak buahnya nak serupa dengan buah lai import cuma bentuk buahnya lebih lonjong.
Aku dapat tau pokok ni sesuai tumbuh di tanah lempab dan berhampiran sungai. Buahnya yang muda kalau tak silap boleh dibuat bahan untuk berperang dengan musuh. Kalau tak silap getahnya boleh sebabkan iritasi. Iritasi = keradangan kulit (merah, gatal, kekeringan dan berkudis).  
Hemm patutlah sekali tu aku termakan buah yang rasanya pahit semacam. Agak aku buahnya belum cukup masak.