Saturday, June 30, 2012

Menanam pokok epal


He he. Macam lawak lah pulak entri aku pada kali ini. Dah kian pupus stail masak memasak, aku main belasah cacamarba ajalah kat blog aku ni. Alang kepalang dah lama aku tak update blog aku ni kann...He he.. But this is a true story. Aku nak buat pengkisahan pengalaman aku menanam pokok epal.


Ini gambar pokok epal yang aku semai. Ia sedang membesar. Umur berapa aku tak ingat. Tapi agak lama juga nak dapatkan saiz yang macam ni. Biar aja. Aku siram ia sambil2 aku menyiram pokok2 aku yang lainlain lagi... Tak adalah aku nak letak harapan yang tinggi tinggi. What will be it will be...
Sila abaikan background tuan punya betis dan paha yang putih gebu kat belakang tu ya? He hee..

 by google
Lebih kurang 19 tahun yang silam aku pernah tanam pokok epal. Rupa pokoknya lebih kurang sama macam pokok dalam gambar di atas inilah. Tapi rantingnya tak lah selebat ini. Mungkin pokok mulberi dalam gambar ini selalu dipangkas sebab tulah ia jadi merimbun ranting dan daunnya.

Pokok epal aku yang silam tu tingginya dah mencapai lebih kurang sama dengan bumbung rumah aku. Rumah setingkat ajer lah. He he.
Rupanya ada orang yang boleh kenal pokok yang aku bela itu ialah pokok epal. Pada kiraan aku tentulah depa ni semua yang bertanya tu dah pernah keluar negara dan melihat sendiri rupanya pokok epal tu.
Rumah  aku boleh dikatakan berada agak dilaluan utama orang yang lalu lalang. Tertinjau tinjau depa tu mendongak tengok pokok epal aku tu. Tapi bila ada orang yang bertanya, aku  buat buat bodoh aja. Bila depa tanya pokok epal ka ni? Aku jawap tak tau. Pokok apa tak tau. Ha ha ha.

Tapi la ni pokok tu dah tak ada lagi. Agaknya oleh mood aku yang hilang, aku dah tak peduli lagi dengan pokok epal aku tu. Tempat tumbuhnya tu dulu la ni dah diganti dengan binaan simen tangki septik! Tapi yang aku ingat sebelum pokok tu mati ia dah pun mula mengeluarkan beberapa kuntum bunga yang berwarna keputihan. Aku nampak dari bawah pokoknya saja lah.


Ni lah gambar anak pokok epal aku yang kat atas tu masa ia kecik kecik dulu. Saja saja aku semai benihnya tatkala aku terserempak dengan biji epal yang sudah mula kelihatan mula bercambah semasa ia masih berada di dalam  buah yang sedang aku makan.


26 comments:

  1. Sayangnya Mak Ngah dah tebang pokok epal yang sudah berbunga pula tu. Sayang tak tut. Kalau tak boleh juga boleh kita tahu samaada akan menghasilkan buah dan adakah rasanya masam atau manis. Selalunya kalau semai dari biji ambil masa hampir 10 tahun baru berbunga.

    Saya tengah rancak semai biji avocado dalam air :P

    ReplyDelete
  2. Shah, pokok epal mak ngah tu mati meragan, mati kering menderita sendiri sbb mngah dh tak siram dan jaga spt selalu... lani baru tingat awatla tak cuba selamatkannya dulu...
    jiran dekat rumah makngah ada tanam avocado, merenduh gak buah dia, napa kena semai bijinya dlm air?

    ReplyDelete
  3. Duduk rumah tingkat2 Mak Ngah.. kena semai dalam air, nanti bawa balik Malaysia baru ubah ke tanah.

    Saya ada impian nak ada dusun buah2 tropika kat tanahair. Kalau ada izin Allah nanti bolehlah kita sama2 ghagaih pokok avocado kat dusun saya tu ha ha.

    ReplyDelete
  4. Bunyinya macam best ada dusun buah2an tropika... nenek2 ghagaih pokok avokado ... haha.. bagus tu... vitamin pd avocado bagus untuk masker, ia boleh membuatkan kulit kenyal, segar dan muda... :)

    ReplyDelete
  5. Salam mak ngah, nak tanya, macam mana cara untuk semai dan cara penjagaan pokok epal tu ye. Saya suka sangat Epal!

    ReplyDelete
  6. Salam. Makngah semai dgn memilih biji benih yg sudah bcambah dr dlm buah epal lg, letak dlm bekas dilapisi kapas lembab-jgn tlebih air- (ltk tepi tingkap)kemudian alihkn ke dlm medium tanah perui, masih tmpt teduh, bila agak besar siket baru pindahkan kedlm bekas sesuai bwh cahaya matahari- ambik masa agak lama utk prkt ni semua membesar.

    ReplyDelete
  7. ooo, ada orang kata biji yang disemai tu kena letak dalam peti ais selama sebulan atau 2 bulan, betul ke?

    ReplyDelete
  8. boleh jadi betul, bolehlah kalau nak cuba tu...

    ReplyDelete
  9. mmg saya dah cuba buat, dah dekat sebulan letak dalam peti ais dan lembabkan selalu kapas tu. Cumanya mmg lambat sikit ye untuk dia bercambah.

    ReplyDelete
  10. owh dah cuba rupanya... mungkin akan bercambah jika kena pada suhunya yg sesuai kot... kdg2 MNgah tjmpa dgn benih yg sudah bercambah (siap berdaun)dr dlm buahnya lagi, jenis epal merah brcampur kuning yg isinya bergambus n lembut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. * bergabus... :).. ada juga dr buah epal merah biasa, agaknya dr buah yg cukup matang masaknya... lebih kebarangkaliannya utk cepat tumbuh.

      Delete
    2. Saya dh try cambahkan biji epal. Yg berjaya 2 pokok je. Tp kecik lg. Setakat ni alhamdulillah ok la nampak tu. Kiwi pon ada tp lmbt sikit membesar pokok x nampak sihat

      Delete
  11. salam makngah..hehe..best btol cte epal nie..bsemagat sy nk semai bnyk2 bji epal..manela tau hidup pulak jd anak pokok..insyaallah..ape pn xmustahil dgn izin Allah kn..saje tanam..isi mase smbil ujikaji..hehe..
    sy da semai satu pasu..nt nk semai lg 5-6 pasu tgk hasil mcmana..time kasih ats info dr mak ngah..muah..!hehe..

    ReplyDelete
  12. salam makngah..wah best dengar crita makngah..saya nak tya ckit..huhu..saya ada tanam epal dah 1 jengkal tingginya..tapi daunnya selalu jadi bertukar warna coklat(macam daun kering) dan terus luruh kenapa erk?? dan satu lagi tanah peroi yang makngah gunakan tu macammana ye nak dapatkannya

    ReplyDelete
  13. Wksalam. tak dapatlah makngah nak jwp secara tepat, mungkin terlebih air, baja, atau kepanasan. Boleh ikuti blog ini sbg panduan tanahsejuk.blogspot.my/2013/07/update-anak-pokok-epal-dn-pokok-lai.html

    ReplyDelete
  14. Mulberry ke bidara. Daun mulberry tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambar dari google yang pokoknya dah besar tu pokok mulberi
      anak pokok yang masih kecil itu disemai dari biji buah epal
      pokok bidara masih belum cuba menanam lagi

      Delete
  15. Mulberry ke bidara. Daun mulberry tu

    ReplyDelete
  16. Boleh bbuah ke kt msia pokok epal

    ReplyDelete
  17. As salam....sekarang sya ada semai pokok epal fuji...sya abk je biji dari buah yg di mkn tu....tanam terus ke tanah. Dalam 3..4 hari dh tumbuh...byk juga la dlm 10 pokok...semua yg di semai tumbuh...cuma skrg nk mbela la smpai besar...

    ReplyDelete
  18. As salam....sekarang sya ada semai pokok epal fuji...sya abk je biji dari buah yg di mkn tu....tanam terus ke tanah. Dalam 3..4 hari dh tumbuh...byk juga la dlm 10 pokok...semua yg di semai tumbuh...cuma skrg nk mbela la smpai besar...

    ReplyDelete
  19. Boleh bbuah ke kt msia pokok epal

    ReplyDelete
  20. Boleh tanam dan tumbuh.. Bila sampai usia matang ..ia perlukan tempoh kesejukan ( bawah 7 Celcius) yang bergantung pada varietynya...saya tanam lemon Lisbon 8 tahun baru dapat buah sulung...

    ReplyDelete
  21. Saya ada jual bareroot pokok apple,kiwi,mulberry,peach,apple hitam dan pelbagai lagi buahan tropika yang susah nak jumpa kat malaysia..saya jual bareroot bukan ank pokok pokok kahwin kalau tanam dari biji lambt berbuah ...

    Yang berminat boleh wasap 0179310175

    ReplyDelete