Hurmm...
Apa agaknya yang sudah berlaku pada pokok epal yang pernah aku ceritakan kat blog aku ni suatu ketika dulu? Masih sihatkah atau apa yang sudah terjadi di ketika dan saat ini?
Hemm. Inilah rupanya ia. Sejak kebelakangan ini, kesihatannya memuaskan. Beberapa minggu yang lepas aku boring juga dengan tumbuhan ini. Tiap2 hari lepas balik kerja aku kena melawatnya. Melurut pucuk daunnya yang masih muda untuk membuang entah parasit apa yang hari2 duk bertepek kat pucuk daunnya yang masih muda dan lembut. Lama2 pucuk itu pun menjadi kematu. Bila dah teruk kematunya aku pulas buang atau potongnya menggunakan guntng. Dah kerap kena potong, inilah yang tinggal. Aku dah ukur ketinggiannya petang semalam. Tingginya baru setengah meter atau lebihkurang 20 inci. Aku rasa umurnya pun dalam lingkungan satu tahun.
by google |
Yang macam ni pun aku dah selalu kena. Siram dengan racun sudah. Dengan air basuh beras pun. Dengan air bercampur bawang putih yang dilumatkan pun sudah. Menanam pokok bunga tahi ayam berhampiran dengan pokok cabai pun sudah. Sudahnya pokok cabai aku tetap punah jua!
Buat masa la ni aku tukarkan sahaja kedudukan pokok epal dalam polibeg ini berpindah randah. Dikatakan cara ini dapat mengelirukan serangga perosak sebelum ia dapat mencari dan mengecam kedudukan mangsanya di tempat yang baru. Pokok ini masih kecil. Tak tahu lah kalau dah semakin membesar nanti janganlah pulak aku kena pasang roda untuk melarikannya dari terus digangu gugat oleh pemangsa yang tak diundang ini.
Wah, Mak Ngah, 9 tahun lagi boleh boleh jual buahnya kat pasar malam nih :))
ReplyDeletehehehe... kalo dapat dibuat cicah garam belacan pun dah kira bertuah lah ni..
ReplyDelete