Bahan2nya
Ayam, sos tiram, tepung kanji(tepung ubi)
Bunga kantan, bawang besar, cili api, gula, garam dan cuka. Hiriskan bunga kantan, bawang besar dan cili api.(Untuk digaul pada ayam goreng)
Perap ayam dengan sos tiram. Tabur tepung kanji dan gaul biar rata pada ayam tadi.
Goreng ayam hingga masak. Ketuk ayam yang sudah digoreng. (Kawan aku cakap ketuk dengan parang, tapi aku ketuk gunakan alu lesung batu :))
Selepas diketuk gaulkan ayam tadi dengan bahan2 yang dihiris tadi.
Ini pertamakali aku cuba resepi ini dan buat entri pasal masakan ayam. :) Kawan aku yang dua orang lagi dah banyak kali membuatnya.
Ramai orang yang minat dengan ayam goreng ini. Cafe kat tempat aku makan hari2 tu berebut orang untuk mendapatkannya jika ada ayam penyet. Aku pernah cuba sekali.
Yang aku masak ni pun aku tak makan sebab aku 'ondiet' dan aku kurang minat dengan masakan ayam.:) Jadi tak taulah aku nak cerita macamana rasanya. Hehe.
No comments:
Post a Comment