Friday, July 8, 2011

Kerabu Pucuk Putat campur udang



Bahan2nya
Pucuk putat, udang, cuka, bawang besar, bawang merah, cili besar, cili api, garam, belacan, gula, ajinomoto.

Cara2nya
Udang dicincang halus2. Perap dalam cuka. Tambahkan belacan, gula, garam, ajinomoto. Gaulkan semua biar sebati. Masukkan daun putat yang dihiris halus. Sebatikan dan tambah apa rasa yang kurang.

by google
Ini gambar 'udang padang'. Udang ni boleh didapati dari dalam petak sawah padi. Kena sauk dengan kain kasa atau tangkul dari dalam sungai.

*Padang = sawahbendang :)
by google
Ada lak yang cakap tak kenal tangkul tu apadia? Ni dia gambar dia noh? Gunakan umpan melukut hancur yang digaul dengan tanahliat kut. Baling masuk dalam tangkul tu selepas tangkul di landingkan ke dasar sungai. Nanti udang mai kerumun dok enjoy makan2, bolehlah diangkat tangkul tu. Hehe. Begitulah adanya.

Resepi menggunakan udang mentah yang bercampur cuka. Orang Jepun pun selalu aja menunya gunakan ikan mentah dalam cuka kan? Makin cerdik ja depa tu semua. Hehe.

Ini resepi orang dulu2. Tapi nampaknya orang muda kat rumah ni kata rasanya sedap. :).
Aku pun agak2 sahaja membuatnya sebab pernah makan dah lama dahulu.
Susah nak dapatkan udang seperti gambar di atas, jadi aku gunakan udang yang dibeli dari pasar sahaja.

Daun putat ni yang selalu orang buat kerabu.

by google
Ini putat spesis yang satu lagi. Buahnya yang masih muda di rebus buat ulam atau sambal tumis campur dengan ikan bilis. Daun putat ni juga dijadikan antara bahan utama letak dalam Laksa Teluk Kecai.

5 comments:

  1. timah..
    teringat masa aku anak dara sunti dulu.. tangkap ikan atau udang guna alat yang kat gambar awak ni.. kami panggil benda ni "ANCOR" tapi besar sikit dan lebih melengkung..

    ReplyDelete
  2. ancor tu ckp jawa ya? betullah tu sbb mmg ia dh mcm 'sauh' kt dasar sungai. Bdk2 skrg mana tau dh benda2 mcm ni smua..

    ReplyDelete
  3. Sayalah tu..hehe!!!

    Baru hr ni tau benda ni leh sauk udg sekali pandang mcm kelambu lak.

    ReplyDelete
  4. kelambu? haha... yalah mmg kalo kita xnah tgok benda yg ptamakali kita tengok, tntu rsa nk bandingkn dgn sesuatu. Tangkul besar yg Eda ckp tu MNgah penah la tgok, tp belum pnah guna. Besarnya! byklah anak cucu suku sakat ikan2 yg boleh masuk lam kelambu tu... hehe

    ReplyDelete
  5. Arwah mak pun pandai buat. Anak cucu pun suka makan..kdg2 guna pucuk janggus

    ReplyDelete