Saturday, July 9, 2011

LOP dari Pla Ra (Pekasam)

Waktu masih panas2, aku renjis2kan serbuk lada hitam ajishio..... Hemmm... Bestnya. :)

Bahan2nya
5 keping plara (pekasam)
2 batang serai
3 potong halia
segengam bawang goreng
Lada hidup
Nasi tumbuk

Cara2nya
Cincang plara halus2
Masukkan serai, halia atas plara tadi
Teruskan cincang, masukkan bawang goreng, lada dan tambah nasi tumbuk
Cincang dan terbalikkan 2-3 kali
Masukkan adunan ke dalam daun pisang segar dan bakar atas api.

Aku tepek2 atas daun pisang. Dah jadi macam lempeng. Lempeng ni lah agaknya yang dipanggil lop. Aku agak saja lah. Aku dapat resepi dan panduan membuat lempeng ini dari sebuah novel yang aku pernah baca.
Cerita berkenaan plara a.k.a. pekasam ada kat sini.

Adalah menjadi satu kesalahan yang agak berat bila anda menyimpan stok pekasam kat rumah anda. Bila makan nasi berlaukkan pekasam goreng, anda akan mendapat masalah besar. Masalahnya ialah anda tak boleh nak berhenti makan. Selepas itu anda akan berterusan menjadi gemuk. Haha.

No comments:

Post a Comment