Bahan2
Daun juar (juaQ a.k.a. juaK)
Udang
Santan, kerisik dan serbuk kari rempah daging.
Bawang merah, bawang putih, sedikit bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis untuk menumis.
Cara2nya
Rebus pucuk daun juar
Tumis bahan2 tumis hingga wangi dan masukkan serbuk rempah kari daging.
Masukkan santan. Masukkan udang. Masukkan daun juar.
Panduan penting untuk masakan ini ialah rebus daun ini 4-5 kali untuk kurangkan rasa pahit. Kalau direbus setakat dua kali menukar air, rasa pahitnya berdengung2 santak hingga ke otak!
Dulu pernah aku tengok ada daun ini dijual kat pasar. Mak cik yang menjual daun ni siap berpesan pada sapa2 yang nak beli daun ini supaya merebus daunnya banyak kali. Dia bimbang agaknya takut kena hamun. Hehe.
Agaknya ini lah resepi masakan dari blog aku yang paling pelik. Pelik level tertinggi. Jenuh aku cari kat google. Belum terjumpa lagi daun ini dimakan orang! Ada disebut namanya daun johar. Cassia siamea lamk. Digunakan dalam rawatan demam malaria. Orang India dan Sri Lanka makan sebagai sayuran.
Aku pernah makan sebab mak saudara aku rajin memasaknya. Rasanya orang lain kat kampung aku pun kurang berminat dengan daun ini untuk dijadikan makanan. Tempias dari masakan Siam kut. Nantilah kalau jumpa mak saudara aku tu aku akan tanya dari mana dia dapat makanan pelik2 serupa ini. Aku suka pada rasanya yang pahit2.
Ini gambar bunga juar sedang kembang aku dapat dari google, tumpang tepek kat sini.
Ini pucuk dan daun juar. Kuntum bunganya yang masih belum kembang dimasukkan sekali dalam masakan. Bunga yang kembang tak ada pula aku nampak mak sedara aku buat gulai. Hehe.
Ini cerita tambahan. Daun ini serupa dengan daun juar. Aku pun hampir keliru. Abang aku saja bawakan sekali daun ini sebagai perbandingan. Tapi daun ini agak tebal dan berbulu. Ini daun pokok kote. Ada juga pernah aku nampak pokok besar yang dijadikan hiasan kat tepi2 jalan nampak hampir serupa dengan pokok, bunga dan daun juar ini.
Ini gambar buah kote. Ehsan dari google.
Ni pun tambah juga lagi. Makcik tuan rumah pokok juar ni unjukkan buah ni. Kenai buah ni dak? Tanya dia. Manakan tak kenai. Budak2 kampung zaman dulu boleh kata makan segalanya. Aci tak mabuk depa tibai. Bukannya ada banyak sangat makanan pada masa itu !
daun juar ni sama dengan pucuk geti tu ke..?
ReplyDeletedalam bahasa jawa turi..
geti @ turi tu yg ada bunga wana putih n kuning tu kan? ada kelopak bunganya yang mcm perahu tu kan?
ReplyDeleteYg ni bukan lah Eda... yg ni pahitnya mmg xda ampun punya!
haha... silap lagi.. mna ada bunga geti wrna kuning, mksud sy, warna merah lah... hehe
ReplyDeleteDaun juar @ juak mmng special recipe..sdp & unik...hanya dimkn org2 dkt dgn sempadan thailand....
ReplyDeleteGulai pucuk juaq sedapp.. Daun dia pahit2 lemak. Kami di utara slalu mkn ni. Pengaruh dr family hat belah siam
ReplyDeleteyg last tu buah goncar kn...masa kecil dulu selalu amik kt belukar belakang rumah, lurut buah dia yg muda dan yg dh masak, masuk dlm balang buat jeruk, masa mkn bubuh dlm mangkuk ceduk dgn sudu mcm mkn bubur kcg..
ReplyDelete