Monday, July 29, 2013

Ketupat Chang

Saiz sebiji ketupat ni memang besar. Aku makan sebiji saja dah macam makan nasi sepinggan. Terduduk kekenyanganlah jawabnya....
Bahan
2 cawan beras pulut susu direndam (3-4jam)
200gm isi ayam (potong kecil2 dimasak kering~bawang merah, bawang putih, lada hitam,garam)
10 biji buah berangan rebus
5 kuntum cendawan kering direndam ~dipotong
3 biji kuning telur (telur masin belum rebus-gunting untuk memotongnya)
2 sudu udang kering (goreng dan ditumbuk)

Ada berbagai cara untuk memasak inti ketupat chang. Ada juga yang semua bahan  untuk intinya dimasak bersekali dengan isi ayam bercampur kicap dan sos tiram. Tapi pada aku rasanya aku lebih berahi pada yang tiada warna kicap! he he

Aku juga tak tahu mana nak cari daun buluh kering. Katanya ada jual kat kedai runcit. Dah pertengahan puasa ni sudah ada dijual daun palas, aku guna saja daun palas untuk membungkusnya.

Buat kelonsong guna daun palas. Masukkan beras pulut yang direndam. Masukkan segala inti kedalamnya. Penuhkan kelonsong dengan beras. Tutup kelonsong biar kemas. Ikat dengan tali supaya ia tidak terbarai waktu merebusnya. Bila siap rebus anggaran 2 jam atau hingga air rebusannya kering.
Tak sistematik langsung aku punya stail membungkus.
Bagus juga mempelbagaikan rasa ketupat ni. Unik juga kombinasi kesepaduan rasa bersama pulut, cendawan, berangan, ayam, udang kering dan telur masin. Tiada santan macam selalu! Cuma anak aku cakap kalau mak boh cabai banyak2 lagi sedap! Ha ha.

Sunday, July 28, 2013

Kolagen rumpai laut paling sedap!

Macamana  cara nak olah supaya rumpai laut sedap dimakan?
Sebelum  ni aku pernah buat post cerita pasal kerabu rumpai laut.Tapi hari ni aku nak cerita kat sini cara yang paling mudah dan sedap untuk menikmati rumpai laut ialah hidangkannya ke dalam sos ikan. Sos ikan? Sos ikan tu ialah budu. Siapa yang minat budu tentu tahu menikmatinya!
Aku pernah cuba makan rumpai laut yang dimasak menjadi  cair serupa agar-agar kemudian  dicampur dengan lain2 perisa. Tapi rasanya tak termakan aku....

Rumpai laut aku ni asalnya berwarna ungu. Dah lama disimpan aku pun dah hampir terlupa akan  kewujudannya. Bercampur pula dengan kuah budu ni, nak jadi ala2 masak kicap la pulak.

Macamana cara nak buatnya. Senang ja.
Rendam rumpai laut kering lebihkurang 6 jam. Cuci bersih hingga hilang baunya. Potong. Campurkannya dalam budu. Gaul lagi bersama bawang hiris dan cili api potong. Perahkan asam limau. Gaul sebati. Siap.

Friday, July 19, 2013

Nasi rēndang menggamit sahur

Dah aku google rēndang. Sebutannya e tanda. Bukannya e pepet  seperti pokok yang 'rendang'. Yang aku terjumpa ialah nasi yang dimakan bersama dengan rēndang ayam atau rendang daging. Betullah tu.

Saja nak tambah~ dari Kamus Dewan aku dapat satu perumpamaan lama: Termakan chirit rēndang. Ertinya termakan ubat guna2 maka dikuasai orang.
Lain-lain : rendang bērteh, rendang kacang.

Zaman kecik2 kat kampung aku dulu kalau cakap pagi2 menyorok nasi rēndang semua orang boleh faham. Teringat aku meruap wanginya bau bawang merah goreng nasi rendang  yang sedang digoreng oleh arwah nenek aku memenuhi ruang dapur rumah kami. Biasanya ia adalah nasi sejuk yang dipanaskan semula. Tumiskan beberapa ulas bawang merah kecil india bersama sedikit minyak. Masukkan nasi. Taburkan sedikit garam halus. Kacau. Siap sudah boleh dihidangkan.
Sekarang ni bulan puasa. Di mana2 pun rasanya bila kaum wanita rancak bersembang akan timbul satu tajuk paling popular. Apa nak masak untuk bersahur?. Dah tak lalu.. Dah tak tau nak masak apa.... Cuma makan roti dan minum air. Atau langsung tak makan apa2 kecuali makan kurma dan minum air. Bagus tu! Ikut sunnah nabi...
Tahun  ni rakan2 aku nak bersembang pasal masak memasak ni dah berkurang. Maka sering teringatlah aku pada sorang rakan semeja aku di tempat lama dulu. Kerap sungguh dia kempen aku buat nasi rendang. Kata dia simple saja. Dia juga yang kempen aku buat puding telur gula hangus. juga lidah cicah air asam.
Dia selalu gunakan planta/margerin untuk menumis bawang. Tapi nasi goreng aku yang kat atas tu pagi tu aku dah tersauk ambil minyak masak untuk menggoreng.
Dia kata walau simple tapi tidak pernah mengecewakan. Memang betul. Tak la terasa tawar serupa makan nasi air yang biasa tu. Macam ada lemak2 sikit. Ha ha. Tahun ni aku dah betul2 tersampuk. Tiap2 pagi buat nasi rendang!
Kawan aku tu cakap suami dan anak2 dia suka makan nasi rendang ni bersama air asam. Atau masak lauk tumis asam. Lain2 lauk boleh ubahsuai seperti telur goreng/ikan gelama masam  goreng/ daging goreng/ pekasam goreng/udang kunyit goreng/ayam goreng/nugget goreng/sardin goreng.... and so on... 
Aku pun tak pernah tengok ler macamana rupa sebenar nasi rendang kawan aku tu. Nasi aku tu pun togel jer rupanya sebab time2 sahur ni bukannya masa yang sesuai untuk bergambar bagai...:) :)  :)

Tuesday, July 16, 2013

Homemade jeruk anggur

Terjeruklah sudah anggur Malaysia dalam balang plastik ni. Di bulan2 puasa ni mana dan nak rilex2 mencicip menikmati buahan jeruk. Dapat tayang2 kat dalam blog ni pun jadilah... Hehe. Air gulanya memang rasa dah manis melecas dah...
Hasil tuaian anggur dari anjung depan rumah aku. Adalah seberat setengah kilo. Masamnya yuk!. Malas aku nak bungkus2 buah ni dan tunggu sehingga ianya masak di pokok. Ia selalu  hilang sebiji demi sebiji. Aku syak ni tentu angkara burung2 yang rajin mai duk bersiar2 makan  angin di sekitar kawasan rumah aku.

Aku buat jeruk simple mengikut yang selalu dibuat oleh seorang rakan di tempat kerja aku dahulu.
Biasanya lepas buah dikupas dan dibersihkan, dia celur sekejap dengan air panas. (Curahkan terus sekali lalu air panas ke dalam penapis loyang yang berisi buah yang sudah dibersihkan). Proses basmi kuman le tu. Balang tempat isi jeruk pun kena siram air panas untuk basmi kuman juga. Lepas dicelur, sejat dengan penapis. Kemudian masukkan buahan tadi ke dalam air gula pekat yang sudah dimasak dan kemudian disejukkan. Simpan dalam peti ais. Jika balang jeruk tidak disimpan dalam peti ais hati2 semasa mengambil buah untuk dimakan. Hendaklah menggunakan sudu yang betul2 kering dan bersih. Jeruk ini tiada bahan pengawet!

Kala malas nak masak air gula dia  gaulkan terus cepat2 buah2 yang baru dicelur dengan gula pasir biasa. Letak sedikit garam agaknya. Simpan dalam peti ais barang sejam dua, lepas tu cerah! Apa yang cerah? Dah ada yang rajin menjeruk, terhidang depan mata, ramailah yang mengidam nak makan pulak kan...Sedap bila aku teringatkan jeruk mempelam dan jeruk buah pala segar dari Penang yang dia buat.
Jeruk anggur aku kat atas tu cedera siket laa.. Sepatutnya aku belah dulu buah anggur tu. Tula pasai agaknya  air gula  tak boleh nak serap masuk melalui kulitnya yang agak tebal tu.

Sekarang ni mendiang dah tak ada lagi. Ada masa aku terkenangkan perilaku beliau yang peramah, rajin, sentiasa bersedia berkhidmat, baikhati dan paling tak suka buang masa menceritakan kekurangan orang lain!
Ehsan google
Ada sesiapa tak yang kenal dengan buah ini? Haa nilah buah yang selalu aku ingat nak serupa dengan buah anggur. Namanya buah lakum. Kecik2 dulu ada banyak kat keliling kawasan rumah aku di kampung. Misteri buah ni samaada ianya boleh dimakan ke tak, tu yang aku teringin nak terjah jika berkesempatan...

Saturday, July 6, 2013

Sambal buah binjal

Pada sesiapa yang belum pernah merasai keenakan sambal belacan berasamkan buah binjai, tak payah cerita lah... Pagi tadi aku terserempak dengan buah ni dijial kat pasar. Penjual tu cakap buah ni baru ja sampai, kemarin tak dak lagi. Memang buahnya nampak baru dan segar. Belum rasa masam. Kira manis sebagai buah binjailah. Hehe. Aku memang jarang bertandang ke pekan sari atau nat. Mungkin di sana ia banyak dijual orang..

Sedang aku memilih2 tu ada seorang kakak bersama suaminya menunjukkan minatnya yang amat sangat kat buah ni. Katanya anak dia tengah mengidamkan buah ini. Bagi pihak dia sendiri tak tau satu apa pun katanya. Anak dia tu sebab pernah makan  buah ni  dijamu orang lain. Aku minat sangat lah sebab nak dapatkan buah ni cuma ada kat dalam hutan rimba sahaja. Aku pernah sebut mengenai buah binjai kat entri aku DI SINI.

Tak susah nak buat sambalnya. Hanya tumbuk cili api bersama sedikit garam dan sedikit belacan bakar. Kalau suka boleh campurkan dengan cili besar. Bila ciliapi semua dah lumat dengan biji2nya sekali, gaulkan bersama dengan isi buah binjal ini. Lumatkan sedikit supaya semuanya bergaul rata. Bolehlah dihidangkan dan makan bersama dengan nasi panas. Memang biul aku makan nasi pada tengahari ini. Ada pulak gulai masam tempoyak dan ikan pekasam. Sambal ni aku cuba makan dengan berulamkan petai mentah bersama2 kulitnya sekali. Mudah2an kelat kulit petai ni dapat mengelakkan aku dari sakit perut dipagi  hari esok.  Perut aku selalunya tak tahan dengan kepedasan sambal tumbuk cabai melaka.

Tuesday, July 2, 2013

The Good Old Days Ep.30 (01/04)

Sekarang  tengah layan drama ni. Dulu gila betul tiap2 petang  mesti tak boleh lepas peluang.

Tengok kat you-tube. by Okime. Yang ni siap ada subtitle. Yang aku jumpa ni stat siri 30-53. Dah mula faham dan ingat balik watak dan jalan cerita aku sambung tengok yang tadak subtitle bahasa melayu.