Sunday, December 25, 2011

Puding telur gula hangus

Bahan2
1 tin susu cap junjung
5 biji telur ayam (jika saiz kecil gunakan 7 biji)
1/2 cawan gula pasir(untuk dijadikan gula hangus)
1/2 sudu teh esen vanila
1 tin air sejuk (tin susu cap junjung)

1   Masak gula pasir hingga ia menjadi warna kuning coklat. Separuh hangus. Campur sedikit air untuk mencairkannya.
2    Pukul telur hingga kembang. Kemudian tambahkan susu. Tambah esen. Tambah air sejuk. Blender lagi hingga campuran sebati. *(2)
3    Sementara menunggu telur kembang, sediakan kukus.
4    Masukkan gula hangus ke dalam dulang pengukus. Masukkan dulang pengukus (boleh gunakan bekas kecil ikut kesukaan masing2) ke dalam periuk pengukus.
5  Tapis kemudian masukkan *(2) ke dalam dulang pengukus. (campuran telur /susu/esen/air sejuk)
6  Kukus selama 15-20 minit.

Hehe...
Adunan sebenar aku buat kat atas ni  aku buat separuh sahaja. Aku gunakan 3 biji telur ayam, 1/2 tin susu dan 1 cawan air. Bukan apa. Senang siket nak menghabiskannya... itu saja...hehe. Dah banyak kali buat guna resepi yang kawan aku bagi ni sebelum2 ini.

Sebenarnya aku dapat resepi ni dari sorang kawan aku. Dia kempen aku suruh buat jugak2. Dia kata puding ni sangat sedap dan simple sahaja cara nak membuatnya. Tertulis kat catitan aku tu 1 tin susu cap junjung tu dia beli dulu dengan harga RM1.75 lagi... Kat esen vanila tu dia pesan beli yang cap bintang atau crown, yang lain pada tu, tak sedap, kata dia lagi. He he. Dia ni memang lah betul2 ada bakat memasak dari cara dan gayanya tu. Kalau tak jadi cikgu aku mesti dah buat bisnes dalam bidang masakan, kata dia lagi.... Aku ni?.... He he. Tak pandailah masak2 ni. Suka suka hati main main belog ada lah. Ha ha.  

Ini gula pasir. Bukan apa. Anak aku yang perempuan tu duk tanya aku. Nak buat mcamana mak? Lepas tu dia kata, ulang lagi mak, nak buat macamana mak?
Cara nak buat gula hangus tu, ialah panaskan gula pasir sahaja tanpa dicampur air. Lepas gula larut, masak lagi hingga ia betul2 perang. Tambahkan sikit air untuk mencairkan gula perang tu. Betul cakap kawan aku tu, bila ada rasa pahit2 siket, baru rasanya lebih ummphh... Tapi jangan terlebih hanguslah..!

Ini susu cap junjung. Dulu aku keliru dan selalu terlupa samada nak buat dengan susu cap junjung atau susu cap teko. Rupa2nya memang betullah lagi sedap guna susu cap junjung nih..
 
Patutlah dulu2 ni aku tak jumpa cari susu cap junjung kat kedai. Aku duk terbayang susu cap junjung tu yang macam gambar kat atas ni... Ha ha.

6 comments:

  1. timah..
    macam tau2 je aku tengah teringin nak makan puding ni.. tapi ya ampunnn.. malasnya nak buat..
    kjap lagi aku masuk dapur.. nak buat jugak.. semangat aku tengok puding ko ni..

    ReplyDelete
  2. Eda
    Hehe... apalagi.... dh lepas suka makan yang pedas2 tu, dia mailah rasa nak makan yang manis lemak berkerim pula... hehe...
    jom2... makan puding teloq lak...

    ReplyDelete
  3. slalu kalu ana buat ana guna susu sejat tu.so tak de la manis pun, harap manis gula yg hangus tu jek..

    ReplyDelete
  4. Ana, bagila resepinya atau masaklah buat posting kat blog ana,... boleh Mngah cuba pula...

    ReplyDelete
  5. manis sangat tak kalau pakai susu pekat macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh kurangkan sukatan susu pekat jika nak kurang manis

      Delete