Salam
Sebelum ini aku pernah buat entri pasal aku menanam pokok anggur. Peristiwa dah lama, jadi aku pun dah lupa. Aku selalu hairan macamanalah pada suatu masa dulu tu pokok anggur aku tu rajin berbuah. Agak lebat juga buahnya tu. Silap bajakah? Silap airnyakah. Atau kemalasan aku menggembur perdu pokoknya kah?
Aku macam dah nak berputus asa. Rasa macam dah hilang mood aku nak melayan pokok anggur ni. Memanglah buahnya tidaklah semanis mana. Tak bolehlah nak disamakan dengan yang dibeli kat pasaraya tu. Tapi bolehlah kalau setakat nak melayan hobi rajin berkebun sambil mengeluarkan peluh tu.
Dapat tengok hasilnya seperti yang kat atas ni pun dah rasa seronok. Bukan apa. Seronok tengok sahaja. Jamu mata! He he.
Awal November lepas terlintas dihati aku nak memangkas ranting anggur lagi. Walaupun aku yakin tak akan ada hasilnya sebab yang pernah aku terbaca panduannya, pemangkasan pada bulan Disember tak akan menghasilkan apa2.
Kali ni aku tinggalkan ranting yang sedang muda remaja seperti yang kat atas ni. Logiknya pada aku ranting yang sedang muda boleh menghasilkan bunga. Sebelum2 ni aku main pangkas habis semuanya meninggalkan ranting yang matang berwarna gelap. Dogol habis selepas kena pangkas. Kudung sia-sia saja jadinya. Bunga pun tak timbul2.
Nilah antara rupa semak rumpun anggur kat rumah aku. Pada aku anggur ni sejenis tanaman yang mudah hidup dan amat cepat membiak. Macam cerita pokok kacang Awang Kenit yang pernah aku baca bukunya zaman aku kecik2 dulu. Siang tanam, malam sat lagi pokok kacang pun naik tinggi menjulang ke langit angkasa. Malam itu Awang kenit pun memanjat melalui pokok kacangnya menemui dunia impiannya. Ha ha. Aku merapu lagi... Tapi kecik2 dulu memang aku konfius yang amat sangat dengan siri kisah2 dongeng yang macam ni!
Tak. Kisah Awang Kenit bukan ending entri aku kali ini. Rasa aku anggur ni tanaman yang boleh berbuah sepanjang tahun. Sebab itulah anggur kat Ladang Tasik Beris Sik boleh dilawati dan dapat kita tengok buahnya sentiasa banyak bergugus2 sentiasa ada. Geram tengok!!.
assalam mak ngah..punya lah lama tak ziarah mak ngah..blog pun dah berubah wajah..
ReplyDeleteWsalam Ana.. welcomeback Ana.. :) baru minggu ni makngah nak cuba berwajah baru... hehe
Deleteklu berbuah 2, bawa la mai convent setangkai mak ngah...
ReplyDeleteBoleh2... lebih setangkai pun boleh kalau hayatnya masih panjang tak kena kidnap dgn dak2 nakal... :)
Deleteamboi blog mkngahpun dah wajah baru,....isyh bestnya pokok anggot depa....
ReplyDeletecuba berwajah baru, dulu kelam gelemat, lani da putih begheseh... hehe...syok jgak tengok anggot yg masih putik, hijau lagi..
DeleteOrang lain tanam anggur hidup segan mati tak mau tapi yang mak ngah punya bukan main subur lagi.
ReplyDeletesama ja ... yg ni pun subur kdg2 ja tu...
ReplyDeleteSama lah mak ngah. Saya tanam tak pernah berbuah. Tapi pokok mak ngah cantik boleh lah bertedoh sementara menanti buahnya
ReplyDeletemnsidek@gmail.com