Assalamualaikum
Ini gambar lidah lembu rebus yang sudah disiram dengan air asam. Biasa la orang utara ni gemar sangat dengan air asam. Air asam tu ialah sambal belacan cair. Bahan asas ialah garam, asam jawa, dan cili api yang dipatah2kan dengan jari. Larutkan kesemuanya dengan air. Picit sikit air asam limau sebagai pembangkit selera. Belacan yang aku gunakan tentulah belacan Alor Ibus.
Kawan aku duk cerita kat aku lama sangat dah pasal keenakan lidah lembu cicah air asam. Dek kerana ada bekalan lidah lembu segar yang dijual kat pasar sebelum aidilfitri, dapatlah aku mencubanya. Sebenarnya aku pusing balik setelah berfikir dua kali. Mulanya nak jalan terus balik ke rumah aja dah.Aku belum biasa lagi makan lidah lembu.
Inilah dia rupa lidah lembu segar sebelum direbus. Aku tanya penjual tu macamana carakerja nak buat masak lidah lembu. Dia cakap lepas rebus bahagian lidah yang hitam tu lekang, kikis buanglah. Bahagian lain semuanya boleh dimakan. Rakan sebelah penjual tu geleng kepala. Kata dia semua benda nak tanya.
Tentulah geli tengok gambar lidah yang dah bertahun mengunyah rumput hijau ni kan.. Ha ha ha.
Bila tunjuk gambar ni kat anak lelaki aku dia cakap eeeeeeii. Tapi dia dah pun makan lidah ni baru tengok gambarnya. Masa makan dia kata bahagian lidah ni paling sedap. Teksturnya amat lembut. Penjual daging tu pun cakap lidah lah paling sedap. Kawan aku yang kempen kat aku tu pun cakap lidah lembu sangat sedap. Sedap tak tau nak habaq! Kawan aku ni yang duk kempen aku masak puding telur gula hangus tu lah.
by google
Lagi satu dulu2 pernah kawan aku yang sama ni kempen kat aku makan buah pinggang lembu. Dia cakap orang panggil ginjal ni sebagai geli geli. Dia ajarkan sekali cara nak hilangkan bau hancing pada buah pinggang ini. Cara masak lebih kurang macam masak hati. Lebihkan jintan dan lada hitam. Hati masak putih. Tapi buah pinggang ni lagi sedap dari hati lembu atau hati ayam. Tapi sampai la ni kalau nampak buah pinggang lembu aku jeling jeling saja. Teringat ke kenangan lalu.Tak kuasa betul aku. Bukannya mudah nak hilangkan bau hancingnya walaupun dah aku cucinya banyak kali.
Apa khabar MakNgah?
ReplyDeleteDua2 benda ni saya belum pernah makan lagi.
Khabar baik Shah, alhamdulillah.
ReplyDeleteElok jg klau nak cuba... organ dalaman katanya kurg elok dimakan selalu... agaknya makan lidah lembu tak apalah kut...:)
Sesekali makan Mak Ngah, bukannya selalu. Kalau selalu harus bawa mudarat.
ReplyDeleteMak Ngah pernah makan Gulai Banak (gulai otak kambing)? Masakkan ini kalau tak silap saya berasal dari Padang, Indonesia. Yang istimewanya masakkan ini juga menggunakan daun pokok puding jenis yang daun bulat2. Selalunya pokok puding begini orang Melayu tanam buat hiasan saja. Sepupu saya pernah makan kat rumah kawannya. Katanya sedap... yang otak tu kenyal macam tofu :D
ooo... baru mkngah tau yg tu d pggil gulai Banak.Otak lembu biasa, tp otak kambing belum biasa mkn lg.Dh google daun pkk puding bulat tu, rasa mcm nk try, tp was2 lah.. hehe
ReplyDeleteyup betul, otak lembu pn kenyal lembut mcm tofu.