Suatu ketika dulu tatkala aku masih muda, aku telah diterserempakkan secara tak sengaja dengan seorang nenek yang minat sangat dengan tanaman orkid. Hari ini aku rasa sangat terhutang budi dan jasa di atas segala ilmu yang telah aku pelajari dari dia dulu itu. Dia memang layak dipanggil nenek, tapi aku panggil dia mak cik. Makcik ni walaupun dah berusia, tapi rupanya masih cantik menawan. Pada akulah. Wajahnya ceria, selalu bertutur dengan nada yang lembut dan manis.
Adakah antara salah satu penyebab aura segar di wajahnya datang dari harapan dan keceriaan yang ada untuk melihat kudup dan kelopak orkid yang mekar berkembang dari bebagai corak dan warna sepanjang tahun?
Setahu aku juga pada masa tu belum ada lagi antara anak2 dia yang menunjukkan minat yang bersungguh2 serupa dia untuk bertanam orkid.
Jadi bila berjumpa dengan aku jer, dia terus buka topik sembang dengan aku pasal pokok orkid. Agaknya boleh jadi aku ni jenis makan diajar dan ada gaya nak jadi makcik kebun. He he. Tak putus2 dia bercerita menasihat dan mengajarkan aku secara teori dan praktikal macaman cara dia buat sehingga pokok orkid dia menjadi subur, gemuk dan rajin berbunga. Perdu pokok orkid dia aku tengok dah macam tombak rebung anak pokok buluh.
Gambar di atas ni aku punya pokok orkidlah. Aku terpaksa pindahkan lagi pokok orkid aku ni sebab batas orkid yang lama dulu tu dah dipenuhi dengan sarang semut. Selamatkan pokok ini dahulu dari serangan serangga perosak. Tunggu sehingga ia pulih kembali untuk dipindahkan ke tempat yang lebih sesuai.
Gambar ni aku nak tunjukkan bagaimana caranya nak hindarkan kulat atau serangga dan kutu2 kecil yang hidup dan membiak sehingga membantutkan pertumbuhan akar anak pokok orkid. Rendamkan pasu orkid ke dalam bekas yang mengandungi larutan anti kulat/kutu/serangga. Rendam sehingga keseluruhan daunnya tenggelam lagi baik. Seketika selepas direndam. anda akan dapat melihat entah apa2 segala jenis semut dan kutu2 kecil akan merayap atau berenang2 mabuk dan mati.
Antara yang aku ingat petua diberi oleh makcik yang sangat baik hati itu ialah:
1. Pecahkan arang atau pecahan bata merah yang akan dijadikan medium tanaman dalam pasu orkid.
2. Rendamkan pecahan arang di dalam air semalaman.
3. Celup atau rendamkan terlebih dahulu keratan ranting orkid atau benih anak orkid yang akan ditanam ke dalam bancuhan racun kulat. (Hati2:ikut sukatan yang diberi)
4.Gantungkan pasu yang sudah disemai anak orkid jauh dari sinaran tepat cahaya matahari. Haba panas boleh membantutkan pertumbuhan pokok orkid. Pokok orkid perlukan cahaya waktu pagi supaya ia dapat berbunga.
5. Pada hari yang panas lakukan penyiraman sekurang2nya 3 kali sehari.
6. Selepas 2 minggu ditanam dan mendapat siraman air yang cukup, akar2 pokok orkid yang baru akan kelihatan tumbuh.
7. Bagaimana menggunakan baja tahi ayam:
(a) Jemur tahi ayam sehingga cukup kering.
(b)Gaul tahi ayam yang sudah dikeringkan dengan serbuk anti kulat (racun semut@racun kelas1V)
8. Gunakan baja organik najis ayam buatan sendiri ini sebulan sekali atau bila2 masa diperlukan.
Inilah salah satu rahsia yang diberitahu dan diajarkan oleh makcik tu kat aku.
Tahi ayam. Tahi ayam. Itulah yang selalu disebut oleh nenek ni kat aku.
Aku pun dah pernah amalkannya. Memang ia betul2 menjadi!
Sekali sekala ia rendamkan kesemua pasu2 orkidnya ke dalam baldi yang dibancuh `malathion`.
Sekali sekala dia juga menggunakan baja semburan kimia untuk menggalakkan lagi pokok orkidnya berbunga lebat.