Thursday, May 5, 2011

Anggur oh anggur


by google


Aku ada 15 tahun pengalaman menanam anggur. Haha. Pengalaman la sangat!
Waktu anak2 aku sekolah rendah, kawan2 depa mai tengok anggur di rumah aku. Tapi gugusan buahnya berjurai panjang serupa dengan buah rambai. Macamana buat aku dah tak berapa ingat. Rasanya time tu keciwi duduk rumah yang baru dibeli, semua pokok rasa nak tanam. Jadi rasanya time tu rajinlah aku pasang air paip ke pokok anggur menitis secara perlahan-lahan siang dan malam.

Budak2 selalu mengendap dan buah2 anggur aku kerap hilang. Kesian kat depa sebab kena tipu, anggur aku tu rasanya masam!. Kesian kat aku. Nak menayang kat orang ada pokok anggur dengan buah2nya sekali tapi selalu lak buahnya hilang.

Baru2 ni aku baca pasal menanam anggur kat internet. Ranting dan daun anggur patut dipangkas 3 kali dalam setahun. Bulan 11-12, bulan 3-4 dan bulan 7-8. (90-110 hari). Aku sendiri pun tak berapa nak faham. Yang selalu aku alami ialah tunas bunga tak akan tumbuh pada mana-mana ranting yang daunnya sudah besar dan melebar. Putik bunga hanya akan keluar bersama-sama tunas pucuk daun yang baru tumbuh selepas dipangkas.

Jadi selepas ni kalau ada masa aku kena buangkan sahaja pucuk2 muda yang tumbuh tanpa ada tunas untuk berbunga. Simpan yang mana ada tunas bunga sahaja.

Tapi beberapa hari lepas semasa aku sedang tekun membuang daun pada pokok anggur aku, jiran yang paling hampir dengan rumah aku menegur aku. 'Ini pokok kacang ka?' tanya dia.
Adess penat. Selama ni dia ingat aku ni duk tanam pokok kacang apakah?

2 comments:

  1. Mungkin jiran tu x fikir anggur pun leh tanam kat malaysia ni....huhu!!

    ReplyDelete
  2. ngeee... jiran saya tu berbangsa cina, bila keluar rumah ambil daun limau purut ke, pandan ke yang ditanam oleh suaminya, dia cakap kat saya, 'saya ni apa satu pun tak tau tanam, kutip saya tau la..'

    ReplyDelete