Followers

Monday, February 3, 2014

Orkidku - Beranak di udara

Pokok orkid ni rupanya seakan pokok buluh. Ruas dahannya tumbuh memanjang.
Punya la lama benih orkid ni ada dalam simpanan aku. 20 tahun lebih. Tak pernah habis2. Hidup mati, hidup mati. Tapi bila aku google tak dapat pula nak cari rupa bunganya. Bunganya yang pernah kembang sebelum ni tak ada pulak dalam simpanan aku. Warnanya kuning bercampur ungu. Berbau sedikit wangi.
Masih belum berbunga. Tentu pokoknya masih belum matang.
Anak pokok yang baru selalunya tumbuh pada hujung dahan yang selalunya  mengeluarkan bunga.
Apa lagi yang aku nak  buat kecuali simpan saja la anak2 pokok ni biar ia terus membesar.

No comments:

Post a Comment