Saturday, September 7, 2013

Pokok epal yang malang...!


Aku sambung bercerita lagi mengenai anak pokok epal yang aku semai setahun lepas. Ada sambungan kisahnya lagi KAT SINI.
Inilah khabar rupanya pokok itu kebelakangan ini. Nampaknya ia sedang berposing dalam keadaan yang kurang bermaya. Aku tengok keseluruhan pokoknya macam dah makin nak layu. Lani aku kian culas. Sedar2 banir pokoknya sedang mereput. Ini kes terlebih siram air. Baru terperasan aku sudah tersilap menempatkannya di bawah rimbunan tanaman orkid. Air siraman orkid telah banyak dan lama  terbabas kepada pokok epal ini!....
Agaknya selama mana lagilah ia dapat bertahan. Wahai pokok janganlah hidup segan hendaknya!

Kalau dah layu, dari sudut mana berposing pun, kau tetap kelihatan kurang bermaya..!
Lapisan kulit reput pada banir pokok dah aku buangkan. Bila lapisan kulit luar dah tak ada, macamanalah nak angkut air, garam dan mineral untuk pertumbuhan selanjutnya? ...
Ini adalah misi menyelamat... Hu hu hu... Masih awal lagi untuk buat sebarang komentar...

Wednesday, September 4, 2013

Bila nak masak sayur ranti? hu hu..


Dua tahun lepas aku buat entri pasal pokok ranti. Yang aku selalu nampak ialah pokok litup kelambu. Pokok sayur ranti tak perasan pulak samaada aku pernah nampak atau tidak. Tapi selama aku menetap di bahagia utara semenenjung ni tak pernah pulak aku ternampak daun meranti atau ranti dijual kat mana mana pasar atau pekan sehari.

Sehinggalah semasa bulan ramadan lepas. Bila ternampak anak pokok yang seakan ranti atau litup kelambu ni tumbuh, aku dah mula terasa nak buangnya. Cuma  ada sedikit kuasa ghaib yang meminta aku bersabar. Mana tau jika yang datang tu betul2 sayur ranti..??
Betul. Tumbuhan sayur ranti ni tumbuh bersekali dengan anak pokok binjal aku..
Ajaib kan? Misteri kan..? Pelik. DidatangkanNya dua anak pokok sekali tetapi di tempatkannya ke dalam dua bekas yang berbeza. Duduknya pun berjauhan.
Cuma buah2 ni saja yang menguatkan keazaman aku untuk menerima pokok ini sebagai sayur yang boleh dimakan. Takut juga aku jika tumbuhan ini beracun dan boleh membawa maut. Hu hu hu.
Jadi inilah pertamakali aku cuba merasa sayur ranti. Sayur bening aje. Ok. Sedap. Ada rasa pahit2 siket. Tapi pada aku lagi pahit daun peria pantai.!

Tuesday, September 3, 2013

Binjal Oh Binjal

Assalamualaikum...

Binjal oh Binjal. Bila aku google  binjai, yang aku jumpa ialah Kampung Binjal Kat Kedah. Binjal ke binjai? Orang Kedah tempat aku selalu sebut binjai. Binjai. Tak ade "l".
Kalau tak salah aku buah asam yang nak sama dengan spesis buah ni dipanggil kemang. Betul ke ni..?
Minat pula aku nak buat entri pasal tanaman yang dah hampir nak pupus ni.
Biji buah binjal yang aku makan tempohari sudah bercambah. Bukan hajat nak bertanam sangat. Cuma semasa mengupas buahnya terfikir pula aku daripada aku buang bijinya ke dalam tong sampah, apa kata jika aku letakkannya kat dalam periuk tanah yang dah retak ni? Tak sangka pula ia akan tumbuh dan bercambah begini.
Ahaa. Petang tadi aku ambik lagi gambar anak pokok ni. Daunnya dah mula kembang. Tengok pada rupa bentuk daunnya nampak dah nak serupa dengan daun macang. Bacang tu orang kampung aku panggil  macang. Aku tahu lah bab2 ni pasal aku orang kampung. Ha ha.
Jika anak pokok binjal aku tu tak kojol, aku akan bawa balik dan tanamkannya kat kampung halaman aku. Aku cadang dah pencen nanti jika umur panjang aku nak balik diam kat sini pulak. Yang tengah melawat kawasan tu ialah cucu aku. Kat belakang tu padi dah mula nak boleh dituai. Tapi bendang tu jiran aku punya. Damai tak kampung aku bila kiri dan kanannya berlatarbelakangkan bukit bukau yang berbalam balam...
By google
Gambar ni aku pinjam letak kat sini. Seronok tengok buah binjal kat pokok ni. Nampak buahnya nak serupa dengan buah lai import cuma bentuk buahnya lebih lonjong.
Aku dapat tau pokok ni sesuai tumbuh di tanah lempab dan berhampiran sungai. Buahnya yang muda kalau tak silap boleh dibuat bahan untuk berperang dengan musuh. Kalau tak silap getahnya boleh sebabkan iritasi. Iritasi = keradangan kulit (merah, gatal, kekeringan dan berkudis).  
Hemm patutlah sekali tu aku termakan buah yang rasanya pahit semacam. Agak aku buahnya belum cukup masak.

Wednesday, August 28, 2013

Tanamlah Ros!

Maksud aku tanamlah pokok bunga ros. Bukannya tanamkan si Ros....
Pokok ros ni aku tanam dengan cara tak sengaja. Aku cuba tanamkan keratan ranting yang bunganya sudah layu kat sini. Nak tengok adakah ia akan tumbuh berbunga atau tidak. Sebab aku dengar budak yang jual anak2 pokok kat pasar tu cakap, tanaman ros ni hendaklah selalu dipangkas barulah ia akan berbunga lagi.
Tapi pokok cekur yang bersekali tumbuh dalam loyang ni memang aku tanam. Ia terbantut mungkin sebab daunnya aku tak kutip jadi ia tidaklah mengeluarkan daun2 baru yang lebih besar saiznya.
Seronok pulak melihat bunga ros berkembang. Kat tepi longkang pun ada pokok bunga ros. He he. Anak semaian pokok ros yang dijual kat nursery sekarang ni agaknya dah tak serupa lagi dengan pokok ros yang ditanam oleh jiran2 kat kampung aku dulu. Ros kampung agak susah nak disemai dan dibiakkan. Kecik2 dulu aku minat gila tengok bunga ros yang ditanam oleh jiran kat kampung aku. Boleh aku duk pi tunggu renung terpegun menikmati keindahan bunga ros yang sedang mekar dan mewangi kat orang lain punya pokok.! 
He he he. Tak percaya? Tengok tu.. Yang ni pun boleh juga kalau orang nak panggail dia mat bunga kot... Menyebuk jer aku ambil gambar bunga dia pun nak menyelit sekali!
Nilah antara lain kerja2 sipenyibuk yang kat atas tadi tu... Sedar2 aku dah terbalik lagi pasu bunga orkid aku ni...Hai... rajin sangat nak menolong!
Haaa.... kat bawah ni ada lagi muka sidia nih... Gagah nak terjengoi juga nak tumpang popular!

Monday, July 29, 2013

Ketupat Chang

Saiz sebiji ketupat ni memang besar. Aku makan sebiji saja dah macam makan nasi sepinggan. Terduduk kekenyanganlah jawabnya....
Bahan
2 cawan beras pulut susu direndam (3-4jam)
200gm isi ayam (potong kecil2 dimasak kering~bawang merah, bawang putih, lada hitam,garam)
10 biji buah berangan rebus
5 kuntum cendawan kering direndam ~dipotong
3 biji kuning telur (telur masin belum rebus-gunting untuk memotongnya)
2 sudu udang kering (goreng dan ditumbuk)

Ada berbagai cara untuk memasak inti ketupat chang. Ada juga yang semua bahan  untuk intinya dimasak bersekali dengan isi ayam bercampur kicap dan sos tiram. Tapi pada aku rasanya aku lebih berahi pada yang tiada warna kicap! he he

Aku juga tak tahu mana nak cari daun buluh kering. Katanya ada jual kat kedai runcit. Dah pertengahan puasa ni sudah ada dijual daun palas, aku guna saja daun palas untuk membungkusnya.

Buat kelonsong guna daun palas. Masukkan beras pulut yang direndam. Masukkan segala inti kedalamnya. Penuhkan kelonsong dengan beras. Tutup kelonsong biar kemas. Ikat dengan tali supaya ia tidak terbarai waktu merebusnya. Bila siap rebus anggaran 2 jam atau hingga air rebusannya kering.
Tak sistematik langsung aku punya stail membungkus.
Bagus juga mempelbagaikan rasa ketupat ni. Unik juga kombinasi kesepaduan rasa bersama pulut, cendawan, berangan, ayam, udang kering dan telur masin. Tiada santan macam selalu! Cuma anak aku cakap kalau mak boh cabai banyak2 lagi sedap! Ha ha.

Sunday, July 28, 2013

Kolagen rumpai laut paling sedap!

Macamana  cara nak olah supaya rumpai laut sedap dimakan?
Sebelum  ni aku pernah buat post cerita pasal kerabu rumpai laut.Tapi hari ni aku nak cerita kat sini cara yang paling mudah dan sedap untuk menikmati rumpai laut ialah hidangkannya ke dalam sos ikan. Sos ikan? Sos ikan tu ialah budu. Siapa yang minat budu tentu tahu menikmatinya!
Aku pernah cuba makan rumpai laut yang dimasak menjadi  cair serupa agar-agar kemudian  dicampur dengan lain2 perisa. Tapi rasanya tak termakan aku....

Rumpai laut aku ni asalnya berwarna ungu. Dah lama disimpan aku pun dah hampir terlupa akan  kewujudannya. Bercampur pula dengan kuah budu ni, nak jadi ala2 masak kicap la pulak.

Macamana cara nak buatnya. Senang ja.
Rendam rumpai laut kering lebihkurang 6 jam. Cuci bersih hingga hilang baunya. Potong. Campurkannya dalam budu. Gaul lagi bersama bawang hiris dan cili api potong. Perahkan asam limau. Gaul sebati. Siap.

Friday, July 19, 2013

Nasi rēndang menggamit sahur

Dah aku google rēndang. Sebutannya e tanda. Bukannya e pepet  seperti pokok yang 'rendang'. Yang aku terjumpa ialah nasi yang dimakan bersama dengan rēndang ayam atau rendang daging. Betullah tu.

Saja nak tambah~ dari Kamus Dewan aku dapat satu perumpamaan lama: Termakan chirit rēndang. Ertinya termakan ubat guna2 maka dikuasai orang.
Lain-lain : rendang bērteh, rendang kacang.

Zaman kecik2 kat kampung aku dulu kalau cakap pagi2 menyorok nasi rēndang semua orang boleh faham. Teringat aku meruap wanginya bau bawang merah goreng nasi rendang  yang sedang digoreng oleh arwah nenek aku memenuhi ruang dapur rumah kami. Biasanya ia adalah nasi sejuk yang dipanaskan semula. Tumiskan beberapa ulas bawang merah kecil india bersama sedikit minyak. Masukkan nasi. Taburkan sedikit garam halus. Kacau. Siap sudah boleh dihidangkan.
Sekarang ni bulan puasa. Di mana2 pun rasanya bila kaum wanita rancak bersembang akan timbul satu tajuk paling popular. Apa nak masak untuk bersahur?. Dah tak lalu.. Dah tak tau nak masak apa.... Cuma makan roti dan minum air. Atau langsung tak makan apa2 kecuali makan kurma dan minum air. Bagus tu! Ikut sunnah nabi...
Tahun  ni rakan2 aku nak bersembang pasal masak memasak ni dah berkurang. Maka sering teringatlah aku pada sorang rakan semeja aku di tempat lama dulu. Kerap sungguh dia kempen aku buat nasi rendang. Kata dia simple saja. Dia juga yang kempen aku buat puding telur gula hangus. juga lidah cicah air asam.
Dia selalu gunakan planta/margerin untuk menumis bawang. Tapi nasi goreng aku yang kat atas tu pagi tu aku dah tersauk ambil minyak masak untuk menggoreng.
Dia kata walau simple tapi tidak pernah mengecewakan. Memang betul. Tak la terasa tawar serupa makan nasi air yang biasa tu. Macam ada lemak2 sikit. Ha ha. Tahun ni aku dah betul2 tersampuk. Tiap2 pagi buat nasi rendang!
Kawan aku tu cakap suami dan anak2 dia suka makan nasi rendang ni bersama air asam. Atau masak lauk tumis asam. Lain2 lauk boleh ubahsuai seperti telur goreng/ikan gelama masam  goreng/ daging goreng/ pekasam goreng/udang kunyit goreng/ayam goreng/nugget goreng/sardin goreng.... and so on... 
Aku pun tak pernah tengok ler macamana rupa sebenar nasi rendang kawan aku tu. Nasi aku tu pun togel jer rupanya sebab time2 sahur ni bukannya masa yang sesuai untuk bergambar bagai...:) :)  :)