Followers

Monday, September 21, 2015

kuih apam tepung beras sukatan cawan

Bahan:
1 cawan nasi (100gm)
1 1/2 cawan tepung beras (125gm)
1/4 cawan gula (50gm)
1 cawan air - ceduk keluarkan 2 sudu
1 sudu kecil yis Mauripan
1/2 sudu kecil Eno
                                                               
1. Kisar nasi guna 1 cawan air, masukkan gula. Kisar lagi biar sebati.
2. Gaulkan tepung beras bersama yis.
3. Masukkan campuran nasi kisar tadi kedalam adunan tepung beras bercampur yis.
4. Perap 3-4 jam. (aku perap 1 jam lebih sahaja)
5. Gaul sebati dengan Eno sebelum dimasukkan ke dalam kukusan.
5. Kukus selama 15 minit guna api besar. 
nota: Sapu sedikit minyak pada acuan kuih dan panaskan kukusan terlebih dahulu.
Adunan ini nampak pekat. Aku pun tak yakin. Rupanya selepas diperap ia bertukar menjadi sedikit cair.
Aku gunakan sudip plastik. Tak berani guna sudu atau sudip yang dibuat daripada bahan logam. Pasalnya sebelum ini aku perap adunan apam dalam bekas logam, adunannya terencat, tidak mengembang. Bila dialihkan ke dalam bekas kaca,  ia kembang serupa bangun perlahan-lahan dari lena yang panjang.. he he..

3 comments:

  1. cantik apamnya mak ngah, ana tak pernah lagi buat resepi apam ni.:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak kali juga makngah cuba resepi apam sebelum ini.. yg ni lembut n tahan lama, betul spt yg dberitahu oleh sipemberi resepinya..

      Delete