Followers

Thursday, January 16, 2014

Pokok epal yang ramah

Ini adalah lanjutan dari kisah aku mula menanam anak pokok epal KAT SINI.

Mulai disember, angin kering dari monsun timur-laut menyebabkan pantai barat mengalami musim kering. Minggu lepas sedikit hujan turun. Lepas hujan aku nampak pokok epal aku sedikit segar. Ada tunas baru mula tumbuh.
Tunas baru mula kelihatan pada minggu lepas.
Nampaknya pokok epal ini mulai pulih dari masalah terlebih siraman air. Oleh sebab ia dah mula ramah mengeluarkan pucuk dan rantingnya yang baru, maka aku berpendapat epal ini tahan lasak juga dengan cuaca di Malaysia. Oleh itu pada sesiapa yang berminat nak cuba menanam pokok epal, bolehlah mula mencubanya dari sekarang!

Bunga sulung durian belanda

Siapa pernah tengok bagaimana rupanya bunga buah durian belanda. Aku pernah tengok tapi kadang2 aku terlupa bagaimanalah rupanya.. Hu hu
Ini gambar buah durian belanda yang aku maksudkan. Buah ini tengah hangat di pasaran sekarang. Abang aku banyak juga menanam pokok ini dan  dah pun jenuh mengutip hasilnya. Dipercayai khasiatnya adalah 10 ribu kali dapat melambatkan pertumbuhan sel kenser berbanding dengan terapi kimia yang biasa.
Anak pokok durian belanda aku baru mengeluarkan bunganya buat pertama kali. Sedang menyiram pokok, aku baru terperasan akan kewujudannya.
by google
Bila ternampak bunga durian belanda, lantas aku pun teringat pada rupa bunga ini. Bunga ini selalu aku nampak waktu aku kecik2 dulu kat kampung aku. Bunga ini sangat wangi baunya. Boleh jadi ia dijadikan campuran bersama bunga2 lain untuk dijadikan  bunga rampai. Namanya bunga pisang.



Inilah rupanya pokok durian belanda aku yang aku maksudkan. Masih kecik lagi kan? Haa.. Walau kecik tapi ia dah pun mula mengeluarkan  bunga. Rupanya benarlah dakwaan abang aku bahawa pokok durian belanda mula berbunga selepas dua tahun usianya.

Friday, January 10, 2014

Cabaran mengait baby booties

Assalamualaikum. Muncul lagi rupanya gambar baby booties ni kat sini. Kenapa ya?


Aku cuba mengait lagi kasut baby serupa yang gambar kat atas tu. Aku sedar baby booties hijau yang ni masih belum menepati seperti arahan yang ditunjukkan. 

Nak tahu cerita selanjutnya sila KLIK KAT SINI.


Kedua gambar kat atas ni aku dah cuba buatnya sebetul yang boleh. :). Tapi ianya masih belum sesuai dengan saiz betis sipemakainya. Sedang bertimbang2  sama ada...