Followers

Monday, April 2, 2012

Cara mengait baby booties

Salam
Siapa kata baby booties ni tak cantik? Ehehe... Hati aku dah ditawan dan amat tergoda dengan kecomelan kasut2 baby ni semua.



Oleh sebab ke cute tan kasut2 comel ni tergerak jua hati aku nak mencuba mengaitnya. Aku tergoda nak tahu asas mengait kasut bayi. Sebelum2 ni tak pernah perasan nak mencubanya. Cari2 kat google akhirnya aku terjumpa dengan blog ini. SENI SARAH. Dari blog ini aku dapat lain2 info yang sangat bermanfaat. Pada  sesiapa yang berhajat nak mencubanya. Mana tahu kot ada adik2 dan anak2 yang masih berminat untuk cuba belajar mengait. Terima kasih banyak2 pada tuan blog ini sebab sudi share ilmu yang sangat berguna ini.


Video ini sangat menarik pada aku. Lepas dapat video ni akan ada banyak lagi related video baby booties kat youtube.  Mudah juga rupanya nak buat kasut bayi. Sekejaaap jer...dah boleh siap.    :)...Mulanya aku sangka dengan tengok video aku boleh save aje memorinya kat ingatan aku. Tapi tak boleh jugak. Nak tengok videonya lama2 aku rasa macam nak malas lah pulak..

Jadi pada sesiapa yang pernah belajar mengait dengan melihat gambarajah yang dilukis pada buku atau kertas macam aku sebelum ini, tentulah rasa lebih mudah mengait mengikut buku. Pada aku jika duk ulang2 tengok pada buku itu lebih mudah sebab kita boleh shortcut mengulang tengok berapa  kali pun yang kita suka. Pada aku nak playback video nak ulang balik ke belakang tu leceh siket lah.

Jadi tengoklah pada blog ini. Magia do Crochet. Huhu. Ni pun gambar benang yang sedang dikait juga. Tak terjumpa lagi dengan gambarajah macam dalam buku. Tapi bolehlah sebagai panduan sambil aku belajarnya teraba-raba. hehe. Terima kasih Cik Magia..:)

Beginilah hasil kerjatangan aku mengait kasut bayi tu. Tapi nak buat lagu mana, ada sebelah sahaja, tak cukup sepasang. Aku dah tak berminat nak kait lagi. Dah bukan saiz kaki cucu aku lagi dah! Baby booties ni saiznya sesuai pada bayi berusia 3 ke 6 bulan sahaja. Aku simpan sahajalah sebelah kasut ni kut2 lain kali ada sapa2 berhajat nak ambilnya sebagai contoh asas mengait kasut bayi. Lagi pun aku tipu saja, aku belum dapat ikut betul2 macam yang kat video tu. Nantilah. Lain kali ada masa aku belajar buatnya betul2.


by google
Antara contoh benang bulu, jenama apa pun boleh.

20 comments:

  1. assalam mak ngah..comeynya kasut tu..memang comey

    ReplyDelete
  2. Wasalam Ana...buat lah ana....boleh wt side income tu....:)

    ReplyDelete
  3. comel la...
    benang ape yer digunakan untuk mengait baby booties ?

    terima kasih :)

    ReplyDelete
  4. TQ....:)...gunakan benang bulu.. boleh tengok gambar contoh benangnya kat sini :

    http://makngahpora.blogspot.com/2012/05/cross-stitch-menggunakan-benang-bulu.html

    ReplyDelete
  5. Salam....
    MakNgah sy nak belajar mengait kasut baby tu? mcm mane ek?....terima kasih...
    hawa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Hawa boleh belajar melalui video dari you-tube yg MNgah letak tu: Crochet Mary Jane Booties. 1 jam 15minit tu langkah dari awal hingga akhir. InsyaAllah belajar perlahan2, nanti lama2 akan pandailah.

      Delete
  6. Salam...MakNgah guna benang apa ye saya tengok benang tu cantik sangat.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Mngah guna benang kait biasa saja. Cantik2 makngah tengok hasil mengait yang Safina buat. Teruskan berusaha dan jangan mudah merasa jemu.

      Delete
  7. salam mak ngah.. nk tanya.. semua kasut bayi ni guna satu jarum ke dua jarum ya?? saya bermnat sgt nk blajar... guna jarum dan benang apa ya??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Ina. Guna satu jarum saiz no. 3 pun ok. Ina boleh belajar dari video youtube tu.

      Delete
    2. benang nya guna benang yg macam mana?? yang medium thick boleh ke??

      Delete
  8. boleh aje, tapi kalo nak kasut tu lebih tebal dan gebu bolehlah guna yg urat benang lebih besar.

    ReplyDelete
  9. Makngah..nk tnya..kasut yg makngah buat tu jual x?nk beli...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sempat nak siapkan kasut tu... ada sebelah ajer... sekarang ni dah tak tau pi mana dah... :)

      Delete
  10. Berminatlah boleh tlg ajar tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba aje ikuti nya dari video yang makngah letak tu. step dari awal sampai siap...

      Delete
  11. slm mak ngah, kasut baby lelaki yg ada tali (lambang nike )tu cth video or link ada x? sbb nak try buat yang tu la..skrg saya buat kasut baby perempuan ja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wksalam... tak adalah sayang... makngah pun dh xigt dpt dr blog sapa dulu.... Tp boleh agaknya cuba dan ejaskan yang ini... Crochet Baby Booty Sneakers (VIB) Very Important Baby

      Delete
  12. http://modeles-bebe-crochet.overblog.com/basket-rouge-pour-bebe-pas-a-pas-en-images-7...............kat sini ada gambar dan rajah yang lengkap

    ReplyDelete
  13. salam perkenalan
    , saya juga suka mengait, saya mengadakan gerai jualan kait, bertempat di AJCC, Puncak alam, selangor pada 21-22 hb Jun 2014 keterangan lanjut boleh lihat http://dalilayusof.blogspot.com/2014/06/crochet-booth-di-pusat-perdagangan-alam.html

    ReplyDelete