Followers

Saturday, May 25, 2013

Bagaimana mengukur dan menjahit sarung kusyen

Mungkin suatu hari anda pernah terfikir untuk menukar corak dan warna sarung kusyen anda. Sarung kusyen yang siap dibeli dari kedai biasanya akan mempunyai corak yang hampir serupa dan sekata semuanya.

Begini saja caranya. Ambil sarung kusyen anda yang lama. Buka dan tetaskan jahitannya. Hati2 ya. Tapi kalau dah terkoyak siket semasa kerja2 tu janganlah risau. Anda dah hampir nak dapatkan sarung kusyen yang baru dan cantik untuk raya yang bakal tiba tak lama lagi. He he. Tak jaminlah jika ini adalah pengalaman pertama anda nak cuba belajar menjahit...!

Selepas siap dibongkarkan sarung kusyen yang lama tu, gosokkan dengan seterika jika ia agak berkedut. Kemudian bentangkannya di atas kain yang baru anda beli dari kedai. :). Semat dengan peniti. Jika sudah berpuas hati, bolehlah mula mengguntingnya. Inilah cara paling mudah untuk mendapatkan pola dan ukuran yang hampir tepat. Guntingkan kain mengikut contoh sarung kusyen di atasnya. Jika anda masih ragu2 bolehlah mencubanya pada kain basahan dahulu. (kain batik atau selimut lama yang sudah tidak digunakan lagi). Kalau rosak, taklah rugi sangat kan...?

Macamana cara nak menjahit dan langkah2 seterusnya?. Tak dapek lah den nak nolong nyer melalui blog ni... Tanya sajalah pada rakan, sahabat, mak, nenek, mak sedare atau sapa2 yang pernah ada pengalaman menjahit!.
Basi untuk kelim di bucunya atau cara untuk memasang zip boleh saja mengikut pada contoh sarung kusyen yang sudah ditetaskan itu. Ia mudah saja pada yang pernah ada pengalaman menjahitlah.

Thursday, May 23, 2013

Bingka Ambon baru menjadi!

Pertamakali aku buat kuih bingka ambon, rasanya lembut dan sedap. Yang ni rupanya baru betul2 menjadi.
Sengaja mencuba lagi sebab ada lebihan santan pekat dalam peti ais. Menggunakan setengah sukatan adunan beserta 3 biji telur ayam.

Selalunya kalau aku memasak dengan berhati2 dan penuh harapan, hasilnya kurang menjadi. Petang itu lepas balik kerja, badan dah penat dengan  cuaca yang panas melekit, preparation aku jadi lintang pukang. Langkah awal aku dah  buat silap. Aku perap yis bersama gula dan air suam tanpa masukkan tepun gandum. Silap kali ke dua aku campurkan tepung ubi terus bersama gula. Macamana nak pukul gula bersama telur ayam supaya telur ayam naik menjadi kembang. Itu yang buat aku fed up!

Last sekali aku pukul adunan dengan penimbuk teluq tanpa gunakan blender. Lepas tu aku tertidur. Jadi rasanya aku perap adunan ni hampir tiga jam. Aku dah pasrah dan tidak lagi peduli samaada ia akan menjadi atau tidak. Cuma nyaris aku tak buang sahaja tanpa cuba membakarnya. Jadi aku panaskan terus saja periuk bengkang berisi adunan perap ni di atas dapur gas tanpa gunakan oven seperti dulu.

Wah. Tak sangka pulak ia betul2 menjadi!. Kawan aku kata macam sarang anai2. Macam sarang semut pun ada. Liang2 rongganya meletus keluar hingga ke permukaan atas bingka. Cuma tergaring sedikit tu sebab aku biarkannya sahaja di atas dapur tanpa cepat2 memadam apinya walau dah ada terbau sedikit hangus....:)

Untuk panduan aku di masa hadapan untuk membuat bingka ini betul2 sedap, gunakan santan betul2 pekat beserta  ibu roti atau yis jenama Mauripan.

Saturday, May 18, 2013

Bingka Ambon

Bahan-Bahan
Bahan A
1 sudu besar yis segera
1 sudu besar gula pasir
125ml air suam
150 gm tepung gandum

Bahan B
150gm tepung ubi
300gm gula pasir
5 biji telur ayam
1/2 sudu teh garam halus
1 sudu teh esen pandan/vanila
50ml air pandan
1/4 sudu teh pewarna hijau
mentega cair untuk melenser loyang

Bahan C
450ml santan pekat dimasak hingga mendidih. Sejukkan.
Bijan sebagai hiasan

Cara-cara
Bancuh bahan A dalam mangkuk besar hingga rata. Perap selama 1 jam hingga kembang.
Pukul telur, gula , esen pandan dan garam hingga kembang. Masukkan dalam bahan A.
Gaul perlahan-lahan sambil masukkan tepung ubi sedikit2.
Kemudian tuang Bahan C iaitu santan pekat yang telah disejukkan tadi. Kacau rata, masukkan air daun pandan dan pewarna hijau. Kisar sekejap dengan blender.
Perap selama 2-3 jam.
Lenser acuan dengan marjerin.
Panaskan oven selama 10 min.
Masukkan 3/4 adunan dalam acuan kecil2. Tabur bijan atau kepingan badam dan bakar pada suhu 160C api atas bawah selama 40 min atau permukaan adunan menggerutu dan kekuningan.
Cucuk dengan lidi.
Jika adunan tidak lagi melekat bolehlah diangkat.
Kuih ini melekit waktu diangkat ketika masih panas tapi akan bertambah lembut jika dibiar sejuk (4-5jam) pada suhu bilik.
Aku taipkan resepi ni ikut yang asal. Aku masak ikut  agak2 aku sahaja. Guna air pandan sahaja tanpa esen pandan atau pewarna hijau. Tambah sedikit esen vanila. Perap pun ikut agak adunan dah elok kembang. 

Letihnya aku taip resepi ni. Tapi aku taip juga.
Minat aku nak cuba buat kuih ni sebab aku hanya tertarik pada rupanya. Orang Kedah kata 'bersarang elok'. Dulu pernah aku cuba buat kuih apam yang bersarang lagu ni jugak. Tapi tak menjadi. Bahan untuk buat kuih ni taklah renyah sangat. Sebab tu aku gagahkan diri mencuba jugak.

Aku bawa kuih ni ke tempat kerja nak bagi kawan aku komen. Dia kata sedap. Aku pun suka. Ini kuih perisa lidah orang Melayu.

Anak perempuan aku tak minat. Rela lagi dia makan cupkek coklat yang pada lidah aku selalunya terlebih dan terasa 'kapur' pada soda bikarbonat tu.

Monday, May 6, 2013

Mee bandung yang cepat dimasak dan sedap dimakan

Ini hobi baru aku.  Bila perut terasa lapar, malas nak makan nasi, makan aje lah mee bandung ni.
Sapa nak cuba bolehlah dapatkan uncang pes adabi ni. Ada resepinya tertulis kat bahagian belakangnya. Satu pek gunakan 2 cawan air untuk merebus kuahnya. Tambahkan sebiji telur ayam. Kalau suka boleh tambah sawi dan  daging ayam. Perahkan asam limau. Tambah cili api potong.

Jadi kalau anda ada rasa malas yang sedang2 macam aku ni tapi terasa nak makan mee bandung, bolehlah cuba dengan pek ini. Cuma leceh siket aku tak guna mee kuning sebab nak rebus sphageti ni ambik masa lebih siket lah ....  

Sayur cekur manis campur udang kepai

Ada sesapa ke yang tak tahu apa tu udang kepai? Rasanya anak pempuan aku tu pun tak tau apa tu udang kepai.

Aku agak la udang kepai tu ialah udang geragau. Kat Melaka ianya dijadikan cincaluk. Kat Kedah ia diproses menjadi udang kering lalu disebut udang kepai. Kepai tu pulak? Kepai tu ialah mengepal penumbuk! Ha ha. Aku pun tak tau. Agak agak ja. Agaknya udang ni juga yang ditumbuk dalam proses untuk buat belacan.
  
Aku nampak ada dua jenis udang kepai yang dijual kat pasar. Yang satu warna kekuningan. Yang satu lagi warna oren kemerahan. Nyonya kat gerai tu cakap yang warna oren tu lebih sedap. Aku beli untuk buat cucur udang kepai. Tapi aku tak pandai buat cucur. Cucuq udang kepai aku tak sedap!

Yang selebihnya ni aku masak buat rampai dengan sayur daun asin-asin a.k.a daun cekur manis. Tambah lagi dengan buah terung pipit yang kecik2 tu. Emm.. sedap jugak rupanya. Tak perlu tambah garam ke dalam sayur ni lagi. Udang kepai dah cukup masin. Kecik2 dulu memang aku hairan tengok arwah tok aku rajin buat sayur ceroi macam ni. Waktu tu aku hairan apalah yang sedap sangat makan daun hijau macam tu. Dah tua ni baru aku tahu nikmati rasa dan faham khasiatnya.  

Kerabu rumpai laut

250gm rumpai laut kering (rendam lebih kurang 6 jam)
sebiji mangga muda - sagat seperti buat kerabu mangga
1 labu bawang besar - potong nipis
limau nipis - perah
sedikit cuka
udang kering (goreng tanpa minyak - ditumbuk)
cili api - potong
garam

Bersihkan dan potong rumpai laut. Campurkan rumpai laut bersama semua bahan yang sudah dihiris dan dipotong. Gaulkan biar sebati.  Sesuaikan rasanya. Siap untuk dihidangkan.

 
Aku baru2 ni sempat buat kerabu rumpai laut. Setelah dah tersibar rumus mengatakan tak ada pun kandungan kolegen dalam rumpai laut. Apa apa ajer lah.....

Aku teringat nak cuba buat kerabu rumpai laut sebab pernah menjamahnya di rumah kawan aku lebihkurang 30 tahun lepas. Masa tu aku remaja lagi. Rasanya macam mak kawan aku tu  bangga jugak la dapat memperkenalkan pada aku sejenis makanan yang  boleh buat aku rasa pelik dengan budaya depa. Tapi besa la. Zaman budak2 aku pun bukan jenis yang ambik acuh. Tak tau la apa yang mak kawan aku tu buat. Aku ingat macam kerabu dia tu keruh aje tak ada apa apa pun. Macam letak rumpai laut segar tu dalam kuah budu jer. Yang aku perasan ada cili api yang dipotong potong.

Ouh jadinya kerabu rumpai laut yang aku buat kat atas nun adalah resepi yang aku ciluk2 dari orang lain punya resepi di alam maya ini. Terima kasihlah pada yang sudi berkongsi resepinya tu.