Followers

Monday, October 31, 2011

Orkidku - Orkid Februari

by Google
Seronok pulak aku tengok pelepah kelapa dijadikan tempat mengisi orkid. Ke pelepah pinang?
by Google
Ni lagi kreativiti medium penanaman pokok orkid. Aku dapat gambar2 ni dari BlogGang .com Thailand. Anak2 orkid diikat pada kayu ini menggunakan tali rafia bersama sedikit sabut kelapa.
by Google
Jeles betui aku menengok ke pokok orang ini...
by Google
Akar2 pokok ni melekat pada blok kayu...
by Google
Ini gambar kuntum bunga orkid Februari.... Di bulan februari, daun2 gugur dan putik bunga akan muncul.
by Google
melekat pada bahantara medium kayu pun, bunga dah merenduh..
by Google
yang ni lagi tak boleh tahan, berapa lama lah nak dapatkan orkid serimbun lagu ni...
Anak orkid aku ni sama la dengan jenis yang aku tunjukkan gambar2nya kat atas tadi. Cuma yang ni warnanya ungu bercampur dengan kuning. Aku kutip anak2 benih yang lama tak terjaga ke satu tempat. Waktu tu ada yang sebesar satu inci dan setengah inci. Tiba2 saja tergerak hati nak siramkannya. Ada masa, ada rasa putus asa. Tapi sekarang ni dah ada yang panjangnya lebih sejengkal. Mudah2an aku tak bosan dan buang pula pokok2 orkid ini.
Gambar2 yang aku letak kat atas tu hanya untuk memotivasikan diri aku sahaja. He he.

Friday, October 28, 2011

Pulut dakap

Bahan2
1 cawan beras hitam
1/2 cawan beras pulut
santan. garam
buah pisang
daun pisang

Bersih dan toskan beras hitam. Masak bersama 2 cawan air. Bila sudah agak lembut, masukkan santan. Bila santan mendidih, masukkan beras pulut (putih). Masukkan garam.
Masak sehingga santan kering, tutup api.


by google

Di atas ini ialah langkah2 untuk membuat pulut dakap. Lepas siap dibungkus, bolehlah dikukus.

by google

Ini gambar pulut dakap yang comel. Aku punya pulut dakap tak serupa dengan yang orang lain punya. Hehe.

Aku ni sebenarnya taklah minat sangat dengan pulut dakap ni. Aku lebih berminat dengan pulut sambal. Tapi dah ada daun pisang, buah pisang dan beras hitam yang baru dibeli kat Wang Kelian hari tu, tak taulah nak dimasak apa lagi dengan beras hitam ni selain dari dibuat bubur. Bubur dan makanan manis aku kurang gemar.

Beberapa minggu lepas seorang rakan sekerja aku yang jadi peminat tegar pulut dakap telah membahagi2kan kuih kegemarannya tu pada aku dan kawan2 yang lain. Terpegun jugalah aku menengok ke pulut dakap yang dia beli tu. Kecik comey nya lah pulut dakap tu. Yang aku buat tu kalau nak dijual, berapa kupanglah selayaknya ya? Ha ha.

Lepas masak pulut dakap pada hari tu, (tak ingat dah hari apa) aku suruh anak aku bawa ke tempat kerjanya. Esok paginya anak aku cerita kawan sekerja dia tu cakap kat pulut aku tu apa, tau tak? Dia cakap, 'Dakap sungguh aih...'
Haha. Mak-mak misi ni dah kerja shif malam tu duk buat lawak pulak dah... aku ni dah la baru nak belajar. Ha ha.

Wednesday, October 26, 2011

Lepat bunga cicar dari blog Che Ros
















Alhamdulillah.
Hari ini aku terjumpa resepi lepat cicar dari blog Che Ros. Mak Ngah tak kenal siapa Che Ros ni. Tapi terima kasih yang tak terhingga Mak Ngah ucapkan pada beliau sebab dah lama Mak Ngah nak tahu pasal lepat bunga cicar ini.

Minta izin Mak Ngah letakkan gambar2nya kat sini. Keterangannya yang lebih menarik bolehlah dapatkan DARI SINI.

Tuesday, October 18, 2011

Pulut lopes, pulut dakap dan beras hitam



Salam
Rasanya akan ada yang tertanya-tanya apalah agaknya yang nampak hitam2 segala kat gambar yang aku letak kat atas nun...

Yang belakang kiri dililit daun pisang tu asalnya aku nak buat ketupat, tapi dah tak ada daun palas, aku balutkannya guna daun pisang. Jadilah bentuknya serupa dengan kuih lopes.

Kuih lopes by Google


Cara-cara nak buat ketupat, ada N3 aku KAT SINI. Tapi untuk kali ini aku masakkan dahulu beras hitam a.k.a. beras pulut hitam tu biar kembang sebelum ditambah santan kemudiannya.

Yang sebelah kanan ada warna putih kat tengah tu pulut dakap. Pulut dakap ada pisang kat dalamnya. Dek kerana kesemuanya ni dah aku hidangkan bersama dalam satu pinggan, jadi aku makan saja ketupat pulut dan pulut dakap tu cicah dengan serondeng ikan. Hehe. Sedap saja. Layan.

Serondeng ikan tu aku beli yang dah siap. Aku pikir kat Kedah ja yang orang kenai pulut dakap. Rupanya tidak. Tapi kat Kedah ni ada nama lain yang orang panggei kat pulut dakap ni.


Ni lah cara aku bentukkan daun pisang gunakan botol sebelum kelonsong ni dimasukkan dengan beras yang sudah dimasak bersama santan. Ada orang bagi petua kat aku begini caranya nak buat ketupat, ala2 kuih lopes gitu... Tapi susah juga rupanya sebab daun pisang aku tu tak cukup besar. Sebelum ni tak pernah2 lah pulak aku buat kuih lopes...


by Google

Bila anak aku tengok gambar ni, dia kata, awat padi ni dia asai mai dah warna hitam ka?

Rasanya aku sendiri ada kenangan dengan padi pulut hitam ni. Rumah aku masa kecik dulu bersempadan dengan petak bendang. Suatu hari aku ternampak dalam barisan anak2 padi yang sedang membesar, ada tempat yang kelihatan lompong. Jelaslah nampaknya. Mungkin anak2 pokoknya telah dimakan ketam atau apa-apa tak tau lah aku. Aku turun ke dalam petak (bendang) dan mencabut anak2 semai yang ada dan aku sulamkan anak2 pokok tu pada ruang yang nampak kosong.

Selepas itu banyak kali aku terdengar arwah tok aku tu bercerita pada rakan dan jirannya. Dia sangat2 hairan siapalah punya angkara yang dah alihkan anak2 benih padi pulut hitamnya tu. Aku diam saja. Takut nak mengaku, sebab beliau ni boleh tahan garang orangnya. Tapi dah lama-lama sangat tu aku mengakulah. Hehe. Bukan apa. Masa tu aku dah tak ada kerja nak buat, bosan tahap tak patut kot.

Yang sebenarnya kat sini tadi asalnya aku nak bercerita mengenai khasiat beras hitam. Selama ni aku google beras pulut hitam sebab tu lah tak berjumpa. Rupanya ia dikenali sebagai beras hitam. Mungkin kerana sifatnya yang tak ada glutinos tu.

1. Pada masa Cina kuno, beras ini diklasifikasikan sebagai beras terlarang. Tabu bagi rakyat jelata. Ia hanya beredar dikalangan istana sahaja. Pada ketika ini, ia berfungsi sebagai ubat.

2. Di Korea, ia menjadi bahan penting dalam pemeliharaan kesihatan kerana ia kaya dengan vitamin, mineral dan antioksida.

3. Kandungan kalium dan magnesium yang tinggi padanya dapat mengontrol tekanan darah yang berisiko menyerang penyakit pembuluh darah, otak dan jantung.

4. Pigmen hitamnya paling baik dan berperanan besar mencegah pengerasan pembuluh nadi.

Sumber yang didapati dari berbagai-bagai sumber, bolehlah klik kat sini.

Monday, October 17, 2011

Lesung kayu dari Wang Kelian

Sekarang koleksi lesung aku dah ada tiga. Bukan ada minat kumpul koleksi pun.
Dengan tak semena-mena aku tiba2 teringat nak jalan2 pi ke pasar Ahad Wang Kelian. Dah nama pun berjalan tanpa tujuan, aku shopping benda yang bukan2 jua rasanya. hehe...

Lesung kayu tu rasanya nak aku gunakan untuk tumbuk beras jadikan tepung atau nak tumbuk kacang untuk buat kueh putu. He he. Aku beli saiz 11, tingginya lebihkurang 11 inci. Projek untuk taun bila tak tau lagi lah.....

Lesung macam ni besanya depa gunakan untuk hancurkan sayur untuk dibuat somtam. Kecik dari 9 inci ia dibuat dari bahan macam porcelain. Yang lebih besar ia dibuat dari kayu. Lupa lak nak tanya apa nama kayu.

Yang ni coffee table. Garispusatnya 26 1/2 inci, tingginya 9 1/2 inci. Yang saiz besaq lagi pun ada. Wang kertas RM 10.00 tu sebagai penanda aras untuk membezakan saiznya. Hehe.


Dua lagi benda yang aku nak kongsikan kat sini ialah ikan bilis dan beras pulut. Ikan bilis yang putih jernih tu harganya 1 kilo RM15.00. Yang lebih kecik dari tu pun kalau kat pasar besar Alor Setar sekilo RM40.00.
Beras pulut susu 1 kilo RM4.00, kat A. Setar 1 kilo RM5.50. Beras hitam 1 kilo RM6.00, kat A Setar, sekilo RM10.00.


Pada yang nak tau mana letaknya Wang Kelian, aku letak al petanya lah kat sini. Anak aku yang lama duk mengaji kat Perlis pun tak berapa nak cam arah mana duduknya. Pekan Padang Besar sebelah kanan, Wang Kelian sebelah kiri ya?....

Rasa aku ada 4 ke 5 selekoh tajam macam 45 darjah waktu mendaki. Dahlah selekoh daki bukit pun rasa macam 30 darjah ja curamnya. Berbanding dengan mendaki puncak genting tu pun rasanya jalan rayanya masih lagi landai.
Aku pun pertama kalilah menjejak kaki ke situ. Padahal sedari kecik orang2 kampung aku duk sebut nama Wang Kelian tu dah macam depa duk jalan2 selalu kat pekan nat kat kampong depa. saja. Aku sorang ni sajalah yang jakun tak patut!

11.4.2012.
Aku tambah kemudian gambar2 di bawah ni kat sini untuk  tatapan pengunjung blog aku yang belum pernah berkesempatan pergi ke sana lagi. :). Aku mulakan dengan gambar ini. Ini surau agaknya....


Saturday, October 15, 2011

Nasi Lemuni (legundi)

Bahan2
2 pot beras
3 pot santan
seikat daun lemuni(ambil bahagian pucuknya sahaja)
sedikit halba
2 ulas bawang merah
sedikit halia
daun pandan
garam

Mesin dan tapis daun lemuni untuk mendapatkan air daun lemuni. Masak bersama beras dan santan yang dicampurkan dengan bawang, halia, garam, daun pandan dan halba seperti memasak nasi lemak biasa.

Lauk dan sambal untuk dimakan dengan nasi lemuni bolehlah dengan sambal sotong, bilis, udang atau serunding seperti memakan nasi lemak.

Aku sudah terdedah dengan nasi lemuni sejak sekolah menengah. Mak sedara aku selalu kaitkannya dengan awet muda. Kalau tak mau tua, makanlah nasi lemuni katanya. Hehe. Ia elok untuk perempuan yang baru lepas bersalin, dimasak bersama dengan daun inai dan lada hitam. Bagus untuk peredaran darah.

Lagi satu orang selalu berpesan supaya ranting atau dahan pokok lemuni diambil untuk buat senduk mengacau/menggembur nasi. Dulu2 mak aku selalu cakap ayah aku akan marah kalau makan nasi yang tidak digemburkan.

Pokok lemuni kat rumah aku. Cara penanamannya dengan keratan batang pokok. Dah tepi longkang sangat tu aku tanam. Kat lorong jalan belakang rumah.


Ada dua jenis. Satu lemuni hitam, satu lagi lemuni hijau. Sebenarnya bukan hitam pun. Kalernya ungu kat bahagian bawah daun. Ranting pokok tu dah lama aku simpan untuk nak dibuat senduknya.


Sentuhan pertama aku dengan menggunakan kapak. Hehe.


Sentuhan terakhir menggunakan pisau tajam dan penghabisannya aku gunakan kertas pasir.

Aku keliru

Pada kelompok yang bersara pilihan pada usia 56 tahun macam aku ni, dengar ceritanya akan dibayar wang pencen bila umur meningkat pada 58 tahun. Ini belanjawan pada 2008.



Bila aku baca forum ni, aku tak tau nak komen apa. Apa nak komen. Nak komen apa?

La ni pun pokok anggur depan rumah aku dah menjalar sampai menutup jalan keluar pintu pagar rumah aku.



Ada lagi forum dan komen kat sini.

Semak samun betui taman mini kat rumah aku ni.... walaupun tanahnya hanya sekangkang kanggaroo.


Ada sorang kawan lelaki yang dulu pernah bertugas setempat kerja dengan aku, dia gheja duk mesej aku, tanya aku, nak pencen pada umur 60 ka? Dia ni seorang lelaki yang berperut paling ramping. Hu hu. Maksud aku kat sini ialah pada yang ada masalah obese tu, ayat mudahnya ialah secara auto akan mudah menderita penyakit 3 serangkai yang melibatkan buah pinggang, hati atau jantung. Dia ni yang tak dak masalah obese pun duk kata kat aku, aku dah gila ni. Berfikir sampai gila. Dia dah dekat nak 58 tahun, dah dekat2 nak pencen sangatlah tu.

Manalah aku rajin nak bersih laman selalu. Balik gheja dah penat, badan pun kena lah cukup rehat kan?

Semua orang yang dekat nak pencen atau jauh lagi nak pencen akan cakap, lepas ni nak dekat2 dengan surau dan masjid sahaja.

Ada jiran aku tegur aku dulu. Katanya syok duk lepak2 kat rumah aku ni. Rasa macam duk kat dusunn ja. Hah, banyak lah kau punya dusun... haha...

Sorang cikgu yang hari2 duk sembang ngan aku cakap, kakak dia yang jadi seorang pegawai tinggi di suatu jabatan kerajaan berkata, dengar2 ja perlanjutan tempuh umur persaraan pada 60 tahun, dia jadi letih, lebih baik dia tidur dulu lah, bangun pagi esok pikir lain lah pulak mcamana nak buat ni....

He he he
Apa motif aku ni sebenarnya. Tak ada apa. Aku hanya nak cakap aku pun keliru. Macam orang2 lain yang dah dekat nak pencen.
La ni aku duk berjinak2 nak belajar makan oat. He he.

Lempeang pisang a.k.a. lempeng pisang

Bahan2
5 biji pisang awak
6 biji pisang berangan
4 sudu tepung
sedikit garam

Lenyekkan pisang. Campur sedikit garam. Sebatikan dengan tepung. Letak dalam daun pisang dan bolehlah dibakar gunakan api yang kecil.

Aku cukup suka makan lempeng pisang daripada pisang goreng. Dulu2 arwah tok aku buatkan tapi zaman tu masih gunakan dapur kayu api. Masak dengan bara api. Jika kurangkan tepung, lempeng ni rupanya agak mengecut tapi rasanya lebih sedap sebab lebih rasa pisangnya.

Laksa mangga muda

Bahan2
Laksa yang sudah di masak atau dicelur

Kuahnya
Isi ikan kembung segar yang direbus dan dimasak bersama cili kering, bawang merah, bawang besar, asam keping, kunyit, daun kesum dan belacan. Ketuk serai dan lengkuas masukkan sekali. Cara masaknya bolehlah klik kat sini.

Sayurnya ialah bawang besar, telur rebus, cili api, daun pudina dan nenas. Aku gantikan sayuran laksa aku ini daripada nenas ke mangga muda. Hasilnya , tidaklah sedap. Mangga muda ni bukan rodong dia wei!... Lebih baik gantikan mangga muda dengan limau nipis.


Walau bagaimanapun kuah laksa ni dah nak kering! Pada sapa-sapa yang tak ada kat dalam rumah ni, tengok saja lah noh..! Hehe

Anak aku yang perempuan tu makan juga. Dia masih berpantang, beranak kecik ni lambat nak boleh makan laksa lagi. Aku suruh dia makan kuah laksa dengan nasi, dia makan kuah laksa ni dengan bihun goreng. Puas rasanya kata dia.

Monday, October 10, 2011

Lagi Agar2 gula merah bersantan


Bahan2
1 mangkuk agar2 kering yang sudah dibersih dan ditoskan
1 cawan gula merah larut jadikan 1 mangkuk
1 mangkuk santan
2 mangkuk air
garam

panduan;
~1 mangkuk agar2 kering yang sudah dibersih dan ditoskan dimasak bersama dengan 4 mangkuk air.
~(masukkan agar2 yang sudah dibersih dan ditoskan ke dalam mangkuk agak penuh, tidak perlu tepat atau menekannya sehingga padat.)
~4 mangkuk air tadi bolehlah diubahsuai dengan santan atau sebarang bahan lain.
~Gunakan sukatan mangkuk yang sama untuk menyukat agar2 dan air.


Cara2
Masak 1 cawan gula merah menjadi 1 mangkuk air gula merah. Ketepikan.
Masak agar2 menggunakan 2 mangkuk air.
Bila agar2 larut, tapis air gula merah ke dalam periuk yang berisi agar2. Tambahkan 1 mangkuk santan, garam dan masak lagi semua campuran ini hingga mendidih . Tutup api, sejukkan agar2 ke dalam bekas yang dikehendaki.

Aku dapat petua mudah membuat agar2 menggunakan agar2 kering. Maksud aku sukatan air yang patut digunakan agar aga-agar membeku dengan betul. Hehe. Sebelum ini mengingat sukatan atau menggunakan penimbang adalah kerja yang leceh atau agar2 yang aku buat akan menjadi terlalu cair atau terlalu keras.

Petua ini aku dapat dari seorang kakak. Aku sebenarnya tak ada kakak kandung. Jadi mana-mana kakak yang rapat dengan aku, semuanya kakak aku.

Kakak yang bagi petua buat agar2 ni rasanya dah lebih 5 tahun pencen. Lama2 sekali dia talipon aku. Ajak aku pi makan angin ke Mekah, Bali, Beijing. Tapi aku belum ada masa yang sesuai. Rasanya aku tak akan rasa bahagia kalau pergi jalan2 nak pulak yang jauh2 kalau tak heret sekali anak2 dan cucu aku. Dia juga kerap mengajak aku pergi menuntut ilmu akhirat. Dia sendiri solat lima waktu pun sering berjemaah ke masjid.
Tapi aku ni yang selalu tak ingat nak talipon dia. Hehe. Bila dia tanya, aku cakap aku lupa. He he he.

Sepatutnya sebelum pencen kakak ni dah pun menjawat jawatan pengetua. Pegawai perkhidmatan pendidikan DG48. Tapi dia kata dia tak minat dengan bahagian pengurusan dan pentadbiran.
Sepanjang pergaulan aku dengan dia dulu, rasanya aku hanya menyarankan pada dia hal2 yang mengarut dan nakal. Nakal ke jahat? Hehe. Kalau nakal dan 'jahat' takkanlah dia sampai boleh ketawa hingga mengekek-ngekek. He he. Waktu tu aku banyak bergurau hanya untuk hiburkan hatinya yang sedang menangis siang malam kerana dia sedang berada dipersimpangan dilema.

Sunday, October 9, 2011

Sambal belacan asam papan

Bahan2
5 biji buah asam muda
5 biji cili api
garam, belacan,
1 biji lada besar
1 ekor ikan kembung rebus

Buah asam muda hendaklah dikikis kulit luarnya dan biji asam dikeluarkan untuk menghindarkan rasa pahit.
Tumbuk garam, belacan, cili api dan lada besar agak sedikit hancur. Masukkan buah asam muda. Tumbuk lagi jangan sampai terlalu hancur. Akhir sekali gaulkan dengan isi ikan rebus. Siap untuk dihidangkan.

Aku sebenarnya dah lupa pasal sambal campur buah asam muda ni. Abang aku mai ke rumah aku bawakan buah asam muda. Dia nak aku tumbuk sambal macam yang pernah arwah tok kita dulu buat, katanya. Barulah aku ni ingat balik. Tapi dulu2 ni, sebenarnya sambal ni dicampurkan dengan isi ikan puyu yang sudah dibakar. Sedap ni, pada selera kampung aku ni lah... hehe

Ini buah asam masak. Aku beli asam ni sebab ingatkan mulanya ia adalah produk orang kampong. Tapi rupanya penjual tu cakap asam ni mai dari Thailand.

Teringat aku pada petikan yang menyebut dalam pelayaran Munsyi Abdullah ke negeri2 sebelah pantai barat di bahagian utara Semenanjung Tanah Melayu, yang banyak kelihatan ialah pokok2 kelapa, mangga dan asam jawa. Ini tulisan semula orang lain dari petikan beliaulah.

Banyak rupanya khasiat asam jawa seperti dalam perawatan selsema dan batuk gatal keronkong. Lagi khasiatnya boleh klik kat sini.