Followers

Friday, March 30, 2012

Kerabu nipah

Assalamualaikum pada semuanya...

Hari ni mak ngah nak publish satu lagi makanan yang pelik2. Pelik bagi mak ngah lah. Boleh jadi tak pelik pada sesetengah orang yang dah biasa. Boleh jadi ada sesetengah penempatan di negeri Kelantan dah biasa dengan kerabu nipah ni. Dari petikan kat KOSMO, makan produk nipah macam gini dapat melambatkaan proses penuaan   hehe..

Macamana cara nak sediakan kerabu bolehlah KLIK KAT SINI  Penyediaan kerabu lebih kurang sama sahaja. Cuma kerabu nipah yang pertamakali pernah aku  makan dulu tu, kawan aku cakap mak dia masukkan sekali beras goreng yang telah dimesin. Beras goreng yang diblender tu dimasukkan bersama ramuan kerabu untuk buatnya lebih wangi kut..:).

Langkah yang patut aku tulis kat sini ialah penyediaannya pada peringkata awal sahajalah. Selepas di bersihkan, ia dipotong dan direbus. Air rebusannya? Kelat yang amat!. Aku ganti air rebusannya rasanya sampai 3 kali. Selepas direbus isinya ditumbuk. Lepas ditumbuk, perah buang airnya yang kelat itu.  

Demi sesungguhnya kerabu nipah aku ni telah diproses dalam keadaan yang tergesa-gesa. Hari dah makin malam time tu. Aku tak letak santan. Kalau letak santan, kerabu tak dapat disimpan lama. Jadi aku cuma letak kerisik dan yang lain2 lagi tu sahajalah,...

Sedap. Wokeh. Anak lelaki aku memakannya sehingga bertambah nasi berpinggan... hehe.
Terima kasih yang tak terhingga mak ngah ucapkan pada rakan sekerja anak perempuan mak ngah yang sudi bekalkan kuntuman bunga nipah ni kat mak ngah. Kalau tak alamat kempunanlah mak ngah nak merasa kerabu nipah ;P. Anak perempuan mak ngah tu kata rasanya macam ubi siket2.


Inilah dia bunga nipah yang belum berkopek. Yang sebenarnya aku ni pun, nilah pertamakali melihat kuntum bunga nipah. Tak pandailah pula aku macamana gaya nak membuatnya. Mana bahagian yang boleh diambil dan mana bahagian yang patut dibuang? Aku main belasah saja lah akhirnya. Belum pernah lagi aku tengok sendiri bagaimana cara sebenarnya ia dibuat orang!


Ada yang dah nampak bakat2 kuntum2 bunganya selepas dikopek bahagian dalamnya. Ada yang lepas dikopek, aku terus kopek lagi sampai tak tau nak kopek mana lagi.... hehehe. Bila tanya kat kawan aku yang kata mak dia duk buat kerabu ni selalu pun, dia pun kata tak perasan jugak... alahai...tu yang kerabu aku tu nampak macam ada keping2 daun nipah, daun mengkuang dan tikar mengkuang tu! Kwang3...... 

by google
Kalau ada yang nak mengenali pokok nipah. Jangan tersilap cek noh... Pokok rembia dan nipah kedua2nya diambil orang  daunnya untuk dibuat atap. Tapi pokok rumbia tak tumbuh dalam kawasan air bertakung macam ni. 

by google
Yang ni aku kenal sangat. Daun nipah yang telah dikeringkan dipotong untuk dibuat rokok daun. Rokok daun pembalut tembakau. Aku pernah juga cuba ni masa kecik2 dulu. Rasanya? Tak sedap langsung. Kelat!.

Berkaitan dengan orang yang hisap rokok daun. Anak aku ada bawa balik satu cerita. Dia kata dia ada tengok satu orang tu hisap rokok. Tapi orang yang dia tengok tu tak balut  tembakaunya dengan rokok daun. Dia gulung tembakaunya gunakan pembalut yang diambil dari exercise book adik dia kut. Siap ada tulisan budak sekolah lagi kat kertas yang dikoyak dari buku latihan tu. Hish! Mengarut betullah. Tak pernah dibuat orang rasanya. Tembakau dia ada secret resepi kot!  Borak sembang dia pun macam dah tak berjejak di bumi nyata dahh....
 

Friday, March 23, 2012

Manik ala crochet yarn!

Assalamualaikum...
Baru2 ini aku sangat teruja. Pertamakali  temui benda baru ni buat aku bersemangat. Aku jumpa ni kat Facebook album igne oyalarim EMINE. Jadi berfikirlah aku. Kat manalah agaknya aku nak abadikan hasil karya aku ni.... hehe...  akhirnya aku tepeklah bunga manik ni kat... mana lagi... kat jubah ler... boleh gak diarak ke hulu ke hilir...hahaha...

Jubah yang dah siap. Herot petot jugalah hasil kerja aku yang baru bermula ni...

Bunga manik yang aku dah ciplak. Terima kasih  tak terhingga yang dapat aku  luahkan pada depa2 ni semua sebab sudi nak share hasil2 seni dari negara timur tu. Benda2 ni semua betul2 buat aku crazy. Crazy like fool!

by google
Pada yang biasa mengait tentu teruja tengok gambar ni. Aku pun tak fasal2 letak aja gambar ni kat sini. Seronok punya fasal... 
by google

by google
Nasib lah Malaysia ni bukan negara beriklim sejuk. Kalau tak, tentu aku duk pulun dah nak belajar macamana cara nak kait benda alah ni semua..... 

Halwa maskat

Salam
Ini gambar kuih halwa maskat. Asal mulanya kecik2 dulu aku selalu tengok warnanya kuning. Tapi la ni dah bertukar jadi kaler oren!.Mungkin ramai yang tak tahu ini kuih  apa. Ini kuih sedara sesuku sakat dengan kuih dodol. Bila dijual, ia selalu diletak berkembar dengan dodol.

Kali ni post pasal halwa maskat ni tak ada resepi. Aku cuma boleh bagi link ni saja sebagai rujukan. http://ms.wikipedia.org/wiki/Halwa_maskat  Ada rangkaian resepinya yang aku jumpa dari  google. Tapi aku tak berani jamin sebab aku sendiri pun tak arif sangat dengan kuih ini. Orang sebelah utara tahu kuih ini. Rasanya ia popular juga time aku kecik2 dulu. Sebab tu kat kampung aku bila time raya dulu2 jarang orang kampung aku sediakan kuih dodol. Kalau halwa maskat ni, selalu aku nampak ada.

Yang selalu aku dengar orang cakap pasal kuih ni ialah ia ada proses 'basuh' tepung serupa nak buat kuih khasidah. Dah tu ia gunakan minyak sapi. Dulu2 ada dicampur sedikit2 dengan biji gajus seulas2 ke dalamnya. Sekarang ni dah tak ada.
.
Aku tayang2 saja la gambar2nya kat sini. Serious aku frust bila google halwa maskat kat internet aku hanya terjumpa gambarnya saja tanpa resepi. 
Jadi aku nak umumkan secara rasminya kat sini, untuk selesaikan masalah ni semua, pi lah  cari kuih ni kat Pekan Rabu Alor Setar. InsyaAllah ada. Kuih bunga pudak ada. Candy kelapa ada. Macam2 ada. Mai cek oi cek mai...!

Sedap pula pada tekak aku kuih ni kali ni. Tapi bila disuap kat anak aku yang lelaki tu dia minta dibuang semula!. Dah 20 tahun kut aku tak makan kuih ni sebab yang last aku makan dulu rasanya entah apa2. Aku tak berapa ingat. Agaknya kurang sedap kot.

Seorang suku sakat dari Pahang yang datang ke rumah mengajak aku singgah ke Pekan Rabu.  Teringat ke entri aku yang lepas pasal  kuih khasidah tergerak hati aku nak  merasa halwa maskat pula. Kuih dodol yang ada bersebelahan dengan halwa maskat aku tak jadi beli. Sebabnya pada piawaian lidah aku ni dodol tu belum menepati citarasa aku sendiri. Aku tak boleh lupa kuih dodol yang dimasak oleh kakak ipar aku kat Pahang nun. Sedapnya hingga tak terkata. Dengar kata dia bleder beras untuk dijadikan tepung! Kalau gunakan segantang beras, gunalah lebih kurang 30 biji kelapa. Banyak santan lebih  senang nak mengacaunya. Tak terbayanglah aku nak melepasi hal2 ni semua....

Monday, March 19, 2012

Nasi sejuk dan urat lemah

Salam sejahtera
Minggu lepas aku pergi lagi berjumpa dengan nenek tukang urut dekat dengan rumah aku. 
Kali ini aku sendiri yang nak kena diurut. Sebabnya? Lasak sangat sebab banyak kerja nak kena buat dalam masa yang singkat. Kelam kabut telah datang dengan tak semena-mena... Hu u hu..

Sambil kena urut, nek urut tu tegur2 kat aku. Tulang dah renggang... umur pun dah berapa....hehehe....

Aku nak blog in apa2 yang nek urut tu sound kat aku sebab selalunya aku akan lupa perkara2 yang dah lepas. Lain kali kalau teringat, aku boleh ulang baca kat sini kalau problem datang lagi. 

Nek Teh (nek situkang urut tulah) cakap dia tak makan nasi yang dah dipanaskan semula. Apa2 jenis panas semula termasuklah nasi goreng. Mula dengar aku pun pelik!
Sebab dah dimasak dua kali ke aku tanya dia. Soalan ni aku kemukakan pada dia sebab biasanya mi, meehon dan laksa adalah menjadi kepantangan pada perempuan2 yang baru lepas melahirkan anak.
Nek Teh cuma cakap nasi panas semula tu buatkan kita jadi 'lemah urat'. 
Sekali dulu aku pernah dengar dia cakap yang dia pagi2 makan nasi sejuk sebagai sarapan. 
Nek ni umurnya dah pun melebihi usia 70 tahun. Badannya sihat dan kemas. Wajahnya pun tak nampak seperti usianya yang sebenar. Mudah dia keluar mencari rezeki.
Mata dia pun sangat terang boleh mencukur rambut bayi tanpa menggunakan cermin mata.

Ramah dia dengan aku. Dia tanya kenal tak aku dengan iron lady? Waktu dia tanya aku dulu2 tu, aku tak kenal pun siapa iron lady tu. Dia tak sebut iron lady la, tapi dia sebut nama datok iron lady of Malaysia tu. Datuk Iron lady pun dapatkan khidmat dia juga rupanya. 

Aku kena urut bahagian lutut. Sambil mengurut dia sarankan pada aku jika ada masa urutlah bahagian paha hingga ke bahagian lutut perlahan-lahan. Gunakan bahagian bawah tapak tangan untuk 'menolak' urat besar dan utama di bahagian paha itu.

by google

 by google

Anggota kedua yang dia nasihatkan pada aku ialah bahagian hujung jari kaki. Maksudnya selepas diurut dengan minyak bahagian paha dan betis, urutlah turun ke bahagian jari kaki. Pada bahagian hujung jari kaki, urut setiap satu batang jari dari pangkal hinga ke hujung jari kaki satu persatu. Bahagian utama ini sensitif. Urat di bahagian hujung jari kaki ini mudah menjadi keras dan urutlah sekali kala untuk melembutkannya.

Thursday, March 15, 2012

Kacang potong

Bahan2
1 cawan gula
1 cawan kacang tanah
1 /2  cawan bijan/lenga ~ lebihkan sedikit
daun pisang 
tepung ubi

Cara2nya
Goreng kacang, buang kulitnya
Goreng bijan
Masak gula hingga cair
Gaulkan kacang goreng bersama bijan. Bila gula yang dimasak sudah cair, masukkan kacang goreng dan bijan tadi ke dalam air gula yang tengah di masak.
Gaulkan adunan ini hingga sebati.
Taburkan sedikit tepung ubi di atas papan yang rata.
Letakkan adunan kacang yang masih panas ini di atas taburan tepung ubi.
(tepung ubi dan daun pisang bertindak supaya adunan tidak melekat pada papan canai dan penggelek)
Letakkan pula daun  pisang ke atas adunan kacang. Tekan dan gelek adunan kacang perlahan2 hingga ia menjadi rata seperti di bawah.
Bila sejuk, potong mengikut saiz yang dikehendaki.

Aku belajar buat kacang potong ni dari kakak angkat aku yang mengajar aku buat kuih koci dan masak tempoyak campur kangkung tu lah.

Pada petang  hari aku buat kacang potong ni hujan turun. Sedap dan kena lah pulak bila ada jajan ni untuk dibuat kunyah2 pada petang hari yang berhujan!.Rangup dan ringan jer rasa bijan goreng.
Anak2 aku kata sedap juga kuih ni mak. Lepas tu esoknya depa tanya ada lagi ka mak?

He he. Boleh ka yang ni dipanggil jajan? Tak ke jajan tu ialah makanan ringan yang dibeli dari kedai?. Aku tak arif dengan istilah jajan ni. Tapi bila disebut ja perkataan jajan, aku akan segera teringat kat bijan jer!... Mungkin ni adalah disebabkan dari kecik aku mengenali bijan tu dengan nama lenga! 

Makanan ringan yang dibuat berasaskan kacang aku minatlah juga. Antaranya ialah kacang potong, kacang botak dan kacang tumbuk.

Yang ni kereta potong!. Hu hu. Tak ada kaitan dengan kacang potong.....

Kacang botak

Yang ni kacang tumbuk. Dulu kini dan selamanya aku suka kacang tumbuk. Tapi rasanya kaum bumiputera belum keluarkan produk ni lagi. Aku pun duk terpikir2 mcamanalah agaknya dibuat lapisan luar yang boleh membalut kacang tumbuk yang ada kat bahagian tengah tu.  Cerita mengenai kacang tumbuk ada kat sini.

Saturday, March 10, 2012

Mengait yang dilupakan...

Assalamualaikum...
Suatu hari aku terjumpa khazanah lama. Hasil benang dan jarum kait ku....

20 tahun yang lalu aku  ada rakan yang meminati bidang yang sama. Kami bersama saling bertukar corak memilih gambar2 yang kami suka. Lani mana pi photostat gambar2 ni semua? Yup, aku dah buang! 

Chairback antara saiz yang paling kecil. Dah tak der makna semua ni.. Oleh sebab ruang rumah yang sempit, tak sempat nak letak chairback, kain baju seluar sejadah selalunya yang tersidai kat atas sofa atau kerusi dah....

Heran pulak aku tengok yang ni apasal bentuknya melengkung? agaknya saiz benang yang aku gunakan main hentam2 saja atau chain atau taliar (kami orang Kedah sebut tali ayaq) dia dibentukkan secara ketat dan ada pula yang longgar...


Macam lawa lah pulak. Hu hu hu. Aku tengok orang lain letak benda2 ni semua kat blog depa nampak lawa lah pulak. Ni aku pun mengikut-ikut lah...

Satu  lagi yang berbentuk bulat.


Kawan aku cakap yang ini cantik! A'ah ya lah. Bila aku perhatikan betul2 baru aku ternampak, baru aku terperasan. Cantik. Ya cantik. Tapi kalau disuruh lagi aku buat benda2 ni semua pada masa ni, eeh tak kuasa aku rasanya. Macam tak larat ja nak membilang-bilang dan mengingat berapa tali ayaq yang nak kena bilang dan kait..

Ni spoilt. Kalaulah masa sekarang aku  buat kerja2 ni semua, tentu takkan aku biarkan saja ianya jadi macam ni. Rasanya aku akan buka dan buat semula hingga menjadi..

Ni macam kerja tak sudah. Apa kes tak tau... Misteri nusantara ke hapa?

Monday, March 5, 2012

Khasidah kuih tradisi

Bahan2
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula (boleh kurangkan jika tak suka manis)
3 cawan air
2 ulas bawang merah - digoreng

Bancuh tepung dan jadikannya seketul doh.
Gunakan air (menggunakan 3 cawan air tadi) dan 'basuh' doh tepung ini. Air basuhan tepung ditapis masuk ke dalam satu bekas. Ulangi langkah ini sehingga habis semua air tepung yang pekat dikeluarkan . Baki yang tinggal ialah 'getah' tepung yang tidak akan digunakan lagi.
(Teknik ini juga digunakan untuk memasak halwa maskat. Tapi macamana nak masak halwa maskat aku belum belajar  lagi. Hu hu)

Masukkan air tepung dan gula kedalam periuk. Masak dengan api perlahan selama 45 minit. Bila masak, tuangkannya ke dalam bekas, sejukkan dan tabur bawang goreng ke atas kuih  ini. Boleh dipotong dan sedia untuk dimakan.

Ini apa ya?  Ini bukannya  tomfok tomfok tahik unta noh.. Inilah dia getah tepung yang berbaki selepas air tepung sudah dikeluarkan.

Khasidah ialah kuih lama orang2 Kedah. Sejak kecik aku dah selalu tengok kuih ini terutama di bulan puasa. Cuma aku belum minat lagi kat kuih ini.Tapi aku suka pada baunya. Ada wangi2 bau bawang goreng. Amat sesuailah kalau ada yang rasa nak kurangkan kolesterol tu sebab resepi ini kurang lemak. Sesuai untuk aku ler tuu... hehe

Aku berminat nak cuba masak kuih ini sebab kawan aku cerita mak dia buat jual kuih ni selalu habis laris dijual. Aku nak linkkan kawan aku tu tapi dia masih belum ada blog lagi. Sebenarnya ada lagi resepi2 dan masakan aku sebelum2 ni kat blog aku ni aku dapat dari dia.

Oh ya. Dia kata mak dia pesan kuih ni mesti kena kacau kat atas api selama 45 minit. Kalau kurang, kuih tak cukup masak dan air yang masih berbaki akan timbul di bahagian atas permukaan kuih.
Tapi baguslah bila ada lagi yang sudi  menambah petua supaya didihkan air dahulu kemudian baru masukkan bancuhan tepung dan kacaulah sehingga masak. Teknik ini akan menambah cantikkan kuih sebab ia akan jadi lebih jernih seperti memasak gam/kanji.
Sebelum menggoreng bawang, keluarkan pucuk daun bawang di bahagian tengah bawang supaya bawang goreng perui dan tidak melekat.

Pada aku ni pulak, tiap2 kali bila ternampak saja pada kuih khasidah ni, automatik aku akan teringat pada filem Tiga Abdul. Hamidah, Rafidah, Ghasidah. Boleh jalan dahh...!