Thursday, June 30, 2011

hilangpunca: Surat dari Adik STPM

hilangpunca: Surat dari Adik STPM: "Surat ini gua terima beberapa hari lepas. Entah kutu mana yang hantar. Surat macam ni memang gua seronok nak balas. Tak tahu kenapa. Kah kah..."

Tuesday, June 21, 2011

Pasembor Kodiang

Ini rupa pasembor Kodiang yang sebenar, aku ambil dari blog orang lain.
Perhatikan betul2, cucur ketam tu ya...?

Ini pasembor aku punya. Mak sedara aku bagi petua...
Timun, sengkuang, taugeh, tokua, cucur, daging rebus, telur rebus, kentang rebus, bawang goreng, daun salad.

Aku rasa yang spesialnya pasembor Kodiang ialah dok tang cucur ketamnya join sekali dengan kuah simbah atas ubi sengkuang. Yang lain2 tambah penyedap rasa lagilah.

Tentang kuahnya aku perasan sangat yang warnanya agak gelap bukan merah.

Suatu hari aku dapat resepi kuah popia dari seorang 'cikgu masak'. Cikgu ni asal mai kot belah Penang jugak lah.

Bila aku buat kuah dari resepi yang diberi ni, maka aku dapat rasa, inilah rasa yang paling hampir dengan rasa kuah pasembor Kodiang.

Cara buat kuah popia:
Tumis bawang putih. Masukkan serbuk cabai (cap kepala keretapi). Masukkan bawang goreng dan udang kering yang telah dimesin. Tambah kicap dan gula merah.

Inilah gambar kedai jual Pasembor Kodiang yang orang pakat dok cerita sedap sangat tu. Dok dalam kawasan masjid Kodiang, Aku tak pernah pi pun lagi. Hehe. Nak kena pi cuba lah lepas ni.

Ni kedai pasembor Kodiang yang aku pi itu hari. Yang ni masih dibangunan asalnya dahulu pada zaman kegemilangannya tahun 60an dan 70an. Zaman itu walau selalu aku dok lintas kawasan ni tapi aku taklah peduli sangat.

Bila anak aku mai balik tanya mak tau dak pasembor Kodiang, aku agak ia masih popular lagi lah. Tapi la ni kedai pasembor Kodiang tu dah banyak bercambah kut kawasan utara ni.
Patutlah blog DTS tu pun ada pasembor Kodiang. :). Dia ingat Kodiang tu benda apa. Sejenis makanan ke? Hehe.

Kodiang tu asalnya loghat dari bahasa Siam yang bermaksud Bukit Merah. Orang Siam sebut Kok Deng. Orang melayu sebut Kok Diang.
Bukit Merah yang dimaksudkan tu hari2 aku dok tengok masa aku kecik2 dulu. Cuma time tu aku tak tau lah pulak yang bukit2 lain taklah berwarna merah. Sekarang baru aku perasan kelainan warna tu. Memang ada warna merah. Malah rasanya sekarang bertambah merah kot. Hehe. Sebab ada orang koi dok tarah dia kot. :)

Saturday, June 18, 2011

Kerabu umbut tepus

Bahan-bahannya ialah
Umbut tepus, udang (direbus), kerisik, santan pekat, serai, halia, bawang merah, bawang besar, cili api, cili besar, belacan, air asam jawa, sedikit air limau nipis, garam, belacan, gula, ajinomoto.


Ulam tepus yang sudah di rebus, dipotong, ditumbuk, ramas keluar airnya ~ campur dengan udang yang telah direbus dan dipotong kecil2.


Campuran santan pekat, asam jawa, belacan, garam, gula, ajinomoto, kerisik, cili api yang sudah ditumbuk di panggil gelambiaq, ya puan-puan?.... :)


Dua minggu lepas aku balik kampung sebab ingat boleh dapatkan ulam ini yang sudah lama aku idamkan. Tapi tak ada. Hari ini aku jumpa kat pasar. Dah sampai mai musim dia dah kot?....:)


Ni lah dia rupa pokok tepus. Katanya keluarga pokok halia. Ada yang kata macam pokok kantan sebab tingginya ada yang mencapai hingga 7 kaki.

Aku teringat nak buat kerabu ni sebab ternampak kat facebook sapa tak tau dok cerita pasal kerabu ni la. Katanya asal Wang Tepus kat bandar Darulaman Jitra tu dapat nama dari pokok ni lah. Aku pernah makan sekali dulu dah lebih 30 tahun kut...

Dulu carian aku kat google, nama pokok ni lempuin. Ada juga kata ia keluarga lempoyang. Husin Lempoyang aku taulah. Watak kat filem Tiga Abdul tu.

Kata Husin Lempoyang : 'Dunia.. dunia... meniaga manusia lagi bagus dari meniaga unta..'
Beliau peroleh 4 ribu paun hasil urusniaga dengan saudagar Jamal Pak Tongkol...
Hehe...

Friday, June 17, 2011

Tiramisù - original Italian recipe

Aku buat tiramisu lagi.
Mula asalnya belajar dari 'topping blog' kawan baik aku punya ni ler.... Dari dapur maklong Hehe..

Yang mula dulu aku guna biskut digestive (lady finger). Kali ni aku gunakan cake coklat kukus lembap.
Nak simpan kek lam peti ais leceh. Simpan tiramisu lagi senang kot. Simpan supa simpan aiskrim. Bila2 rasa nak makan, lain kali boleh makan.

Kawan2 aku kat tempat kerja? Hehe... Depa pun kata terasa nak rasa. Tapi aku kata yang ni mana boleh? Tak dan nak bawa pi gerenti dia dah chayaq kot tengah jalan. Haha... aku save kot..

Resepinya aku masih gunakan simple resepi dia tu

250 gm cheese, 200gm wipping cream, 150gm gula icing, 1 biji telor, 1 peket biskut digestive, 1 sudu serbuk nescafe dan sedikit serbuk coklat.

#(Aku abaikan biskut digestive dan nescafe~gantikan dengan kek coklat)

Cara-cara nak buatnya, jom layan kat sini :-

Tuesday, June 14, 2011

Buah Ibus

Letak kiub ais, lagilah nyamann rasanya. Sedap dimakan pada petang2 hari yang panas.....
Resepi aku ni aku tambah sedikit susu tepung dan secubit garam.


Mai duduk Alor Setar baru aku tau adanya kuih bernama buah Ibus. Buah ibus betul aku tau lah.

Resepinya mudah sangat.

Bahannya cuma tepung pulut dan susu creamer pekat manis.
Bancuh tepung pulut, bentukkan sebesar jari manis. Leperkan ia. Masak serupa memasak buah melaka. Bila adunan masak, ia akan timbul.
Susu pekat manis dicampur dengan air dan masak sehingga pekat.
Bila hendak makan, masukkan buah ibus ke dalam susu pekat yang sudah dimasak tadi.

Aku tak dapat bayangkan pekat sampai mana. Sebab aku cuma dengar cerita dari kawan aku sahaja. Dia kata kalau mak dia buat kuih ini satu kampit tepung pulut boleh habis sekali hadap sahaja sebab cucu mak dia ramai.


Inilah buah ibus yang sebenar. Aku dapat gambar ni dari blog teratak senja. Katanya buah ibus ni burung enggang cukup suka. Budak2 ambil buahnya dengan lastik (terbey). Bijinya yang masih lembut boleh dimakan. Aku dulu tak sempat pulak nak rasa buah ini.


Ini pulak pokok ibus.
Aku nak bagi taklimat siket pasal pokok ibus. This is a true story. Bukan merapu2 tau... hehe

Aku rasa pada kiri kanan pelepah daunnya ada duri. Daunnya boleh dibuat tikar untuk menjemur padi tapi tak boleh tidur baring sebab gatal. Ia digunakan untuk menjemur padi. Tapi waktu kecik2 dulu aku rasa orang kampung aku menjemur padi di atas plastik yang diambil dari bekas kampit baja. Bekas plastik baja itu dijahit dan dicantum menjadi besar untuk menjemur padi.

Daun ibus juga dianyam untuk buat karung padi. Yang ni rasanya pernah aku tengok. Rasanya anak benih padi direndam gunakan karung yang dibuat dari daun ibus.

Bujam dari daun ibus rasanya pernah aku tengok. Bujam ialah kantung atau tas tangan untuk mengisi sirih pinang dan sentil tembakau kot...... hehe

Pedengung wau. Yang ni aku tau sangat. Abang aku dulu suka main wau. Aku selalu diarahkannya jadi tukang lambung wau. Kalu wau tu mencanak naik tapi tiba2 menjunam jatuh balik terpusing-pusing, mesti aku kena marah!

Sunday, June 12, 2011

Masak tempoyak pucuk ubikayu


Pucuk kaduk selepas 3 kali diramas.


Pucuk ubikayu selepas 3 kali diramas.


Meriahnya pucuk kaduk tepi pagar aku ni...

Masak tempoyak pucuk ubikayu aku pernah makan sewaktu bersama menyewa dengan kawan-kawan di tepi cawangan anak sungai Pahang. Tak tahu macamana kawan aku budak Negeri Sembilan tu masak. Sedapnya terbayang sampai ke hari ni.

Bahan-bahannya
Pucuk ubikayu, pucuk kaduk, daun kunyit, bawang merah, bawang putih, serai, ikan bilis, cili api, kunyit hidup, santan, asam keping, tempoyak, garam dan ajinomoto.

Tumbuk cili api, kunyit dan bawang. Ikan bilis jangan hancur semua. Masukkan dalam periuk, tambah santan, serai, daun2 dan tempoyak. Jerangkan atas api. Sebelum angkat masukkan asam keping, garam dan aji.

Aku tak ingat ambik resepi ni dari blog sapa, tak dapat nak undo balik dah. Tapi yang best pada aku ialah teknik meramas pucuk ubikayu dan pucuk kaduk. Ramas daun yang sudah dihiris sebanyak 3 kali. Selepas diramas, bilas dengan air panas.

Bila mengunyah semasa memakannya, rasa cam rangup ja.
Tapi bila perangat gulai ni semula, rasanya kian lah mengancam! Huhu.

Bengkang ubi kayu

Ist time in my life masak kuih bengkang a.k.a. bingka ubi kayu.

Ubikayu ni aku dapat dari kampong. Dua orang anak saudaraku yang baru 5 bulan piatu tu galikan ubikayu untuk aku. Nyaris nak berkecai ubi2 tu dikerjakannya. Seb bek aku pi tolong honggaq2 perdunya sebelum depa dua pi sambung membungkasnya hingga terbit dari muka bumi ini.

Haha sasterawan apakah aku ini? Cerita aku selalu melompat-lompat.
Target mula nak cerita lain. Tapi selalu terbabas macam silat tak menjadi. Huhu.

Aku dapat resepi mudah ini dari blog periuktanah.blogspot. Lenggok bahasa tuan blog ni bersopan orangnya. Aku terpaut. Hehe.

4 cawan ubikayu parut, 2 cawan santan dan 1 cawan gula. Sebatikan, boh dalam loyang, terus dibakar.

Aku bawa pi tempat kerja bagi kawan2 aku rasa. Nak test power. Semuanya kata adunannya betul dan rasanya sedap.
Maka resepi ini benar belaka!

Saturday, June 11, 2011

Jantung pisang goreng cuka


Aku tercari-cari resepi ini dari buku resepi pusaka aku. Hehe. Tapi tak ada. Rupanya aku tak catitkannya dalam simpanan. Boleh jadi aku dapatkannya dahulu dari suratkhabar atau majalah.

Potong dan rebus jantung pisang.
Aku perah airnya untuk buang rasa kelat.
Tumis bawang merah, bawang putih, cili api, belacan dan ikan bilis yang ditumbuk.
Masukkan jantung pisang.
Tambah gula, garam, cuka dan ajinomoto.

Yang bagi jantung pisang ni, kakak aku yang baikhati tu ler... Yang cerita Periuk kukus dari Padang Besar tu...

Jantung pisang yang boleh dimasak makan ialah dari pisang awak. Ini sebutan nama pisang sebelah utara. Sebutan untuk orang sebelah selatan, aku lupa buat masa ni. Daun pisang awak juga sesuai digunakan untuk membungkus nasi lemak sebab ia tidak hitam dan nasi lemak berbau wangi.

Thursday, June 9, 2011

Senaman tua gayung pusaka


1. TIDUR
Baring
Berselawat
Letak kedua-dua tangan di belakang kepala
Tekan jari kaki ke bawah
2. DUDUK
Sentuh hujung jari kaki dengan tangan
(menggunakan otot perut)
Lakukan selama 5 minit
3. KUCING
Bengkok kaki kanan, letak di bawah pelipat kaki kiri
Pegang lutut kanan dengan tangan kiri
Tangan kanan letak di atas
Tunduk hingga tangan kanan menyentuh hujung jari kaki kiri
Ulang sebanyak 30 kali
3. KUCING
Ulang pergerakan dia atas
Bengkok kaki kiri, letak di bawah pelipat kaki kanan.
Pegang lutut kiri dengan tangan kanan.
Tunduk hingga cecah jari kaki kanan
Ulang 30 kali
4. TEMBAK
Tarik kaki kanan sehingga ke pangkal paha kiri.
Buat gerakan seperti menembak.

Ulang dengan kaki kiri seperti gerakan tadi.

5. KIPAS KAKI
Rapat kedua-dua tapak kaki
Silang jari tangan dan letakkan di atas kaki
5. KIPAS
Gerakkan paha ke atas
5. KIPAS
Gerakkan paha ke bawah
Tarik dan tahan nafas.
(Lakukan sehingga anda rasa menggigil)

5. KIPAS
Dalam posisi yang sama, turunkan badan perlahan-lahan sehingga dahi mencecah ibujari kaki.


5. KIPAS
Buka kedua-dua belah kaki (setakat yang mampu)
Picit2 dari lutut hingga ke pangkal paha.


5. KIPAS
Ulang sebanyak 15 kali

6. HARIMAU
Syarat penting kedua-dua ibujari kaki terpacak di lantai.
Dalam posisi merangkak, junam kepala ke bawah seperti gerakan ombak tetapi tidak mencecah lantai.
Pusing kepala sehingga anda dapat melihat kaki belakang sebelah kanan.
6. HARIMAU.
Ulang gerakan. Junam kepala.
Pusing kepala sehingga anda dapat melihat kaki belakang sebelah kiri
6. HARIMAU
Ulang gerakan seperti di atas.
Kali ini dengan mendongakkkan kepala.
Pusing kepala ke belakang sehingga nampak kaki belakang sebelah kanan.
Tunduk kepala.

Dongak kepala, tunduk, pusing kepala hingga nampak kaki belakang sebelah kiri.
7. KUCING BERJALAN ANAK
Masih dalam posisi merangkak.
Gerak kaki ke hadapan (berjalan) sedikit demi sedikit.

7. KUCING BERJALAN ANAK
Gerak kaki berjalan sedikit demi sedikit sehingga berdiri.
8. ANGKAT BEBAN
Bengkok badan ke bawah.
Gengam tangan seolah-olah sedang mengangkat beban yang berat.

8.ANGKAT BEBAN
Bangun perlahan2. Tarik nafas. Hembus nafas sehingga rasa gegendang telinga berdengung.
Sambil bangun, tangan anda ikut berada di atas.

18/6/2013  P/S : Model yang dipamerkan dari majalah yang aku baca tu ialah seorang lelaki. Jadi aku fikir     mungkin senaman ni hanya sesuai untuk lelaki yang berusia 40an dan ke atas.

Wednesday, June 8, 2011

Sakit sana sakit sini...

Kata bidan, bila mengurut, tekan ibujari di bahagian ini..... bukannya hujung jari ya?...hehe

Kesinambungan memasak minyak serai wangi. (^____^)
Tambah air ke dalam minyak. Letak daun serai wangi. Kukuskan.

Bahagian air kukusan, letak serai wangi yang di ketuk2.

Mak Bidan datang ke rumah mengurut anak aku. Aku tanya dia macamana cara dia masak minyak herba urutnya. Dia kata campurkan air ke dalam minyak kelapa sawit dan tambah herba-herba kemudian.

Aku ubahsuai untuk buat minyak serai wangi. Aku gunakan minyak kelapa. Beli kat pasar. Minyak kelapa ini sangat busuk baunya. Agaknya semasa proses memasaknya dicampurkan sekali dengan santan dari kelapa mesin yang sudah masam. Bau minyaknya macam tinja!

Aku campurkan sekali daun pandan dan beberapa kuntum bunga melur. Dah kurang bau tinja. Hehe.

Khasiat minyak serai wangi dikatakan dapat mengurangkan masalah lemah otot, bisa sendi dan memecahkan gumpalan angin dalam urat saraf.

Kawan-kawan yang seangkatan dengan aku selalu mengadu sakit sana sakit sini. Terpeleot sana terseliuh sini. Panjat tangga ada yang dah kena sambil mengiring. Dah macam ketam katanya.
Boleh pencen sampai 58 ke tu? Hehehe....

Monday, June 6, 2011

Gulai lemak temenung budu campur pucuk daun mengkudu


Ini sebuk gulai lemak. Gulai lemak bukan kari. :)


Bila tengok buah mengkudu ni aku salu teringat pada dialog Allahyarham Tan Sri P Ramli dalam filem Laksamana Do Re Me.

'Tak cantik ke dayang-dayang ni Datuk Laksamana?' titah sultan
'Cantik tuanku, macam mengkudu masak...'

Rasanya kecik-kecik dulu pernah aku dengar orang sebut temenung budu. Aku konfius siket-siket tapi rasanya betullah kot sebab ikan kembung masin yang masih dijual sekarang ini masih disebut temenung budu.

Temenung budu yang aku duk ingat-ingat lupa dulu tu ialah ikan lengat. Orang utara sebut kukus tu lengat. Pada tahun 80an, aku ingat masih ada lagi orang berjualan ikan lengat ni.

Search kat google, dapatlah copy idea dari sorang blogger macamana cara nak buat ikan lengat. Katanya buat sendiri lebih terjamin sebab yang dijual tu agaknya dikukus terus dari pengkalan ikan tanpa dibersihkan isiperut ikan terlebih dahulu.

Cara membuat ikan kukus
Siang dan bersihkan ikan. Simpan dalam peti ais semalaman. Defros ikan. Lumurkan ikan dengan garam. Kukus ikan. Campurkan cuka kedalam air semasa mengukus ikan.

Cara membuat gulai lemak

1. Hiris pucuk mengkudu. Rebuskannya kedalam air yang dicampur sedikit garam.
2. Campurkan air pada serbuk gulai lemak. Jerangkan atas api.
3. Bila rempah masak, masukkan santan cair, bawang besar, bawang merah, pucuk mengkudu rebus, temenung lengat dan garam.
4. Masukkan santan pekat dan aji.

Tapai ubi kayu


Cerita-cerita bab tapai ni selalu ada kaitan dengan orang-orang lama sahaja. Budak-budak sekarang mana reti sangat dah makan tapai ni. Kalau tak silap aku, khasiatnya sama dengan susu yogurt. Aku dapat info tambahan dari kajian sebuah universiti yang mengatakan ia berkhasiat sebab protein yang dihasilkan dari penapaian ragi ini dapat menggalakkan pertumbuhan aktif sel anti kanser.

Aku dok di Kedah ni rasanya tak penah nampak pun orang berjual tapai ubi kayu. Bila sebut nak buat tapai pada kakak yang berjual ubi kayu tu, aku tengok dia kerut kening siket, dia ingat aku beli ubi kayu nak buat bengkang kot.
Yang ngetop sebelah utara ni, tapai pulut lah. Hehe.

Kat pantai timur seperti Kelantan dan Pahang jenuh orang berjual tapai ubi kayu. Aku belajar ni pun dari orang sebelah sanalah. Tak susah sangat cara membuatnya.

Kupas kulit ubi kayu. Bersihkan. Potong. Rebus atau kukus separuh masak. Sejukkan pada suhu bilik. Taburkan ragi pada ubi kayu biar sekata. Simpan dalam bekas bertutup yang bersih. Simpan 24 jam.

Makan layanlah aku makan tapai ni siket-siket sampai habis. Anak aku yang sorang tu suruh aku pi check dulu tengok berapa peratus alkohol yang ada kat dalam tapai tu. Kalau memabukkan nanti JAKIM tak lulus. Takut aku jadi Bob Marley pulak. Tak patut...!

Saturday, June 4, 2011

Kacau ubi kayu

Aku sebenarnya tak tahu apa nama masakan ini. Mak sedara aku rajin masaknya suatu ketika dulu. Kombinasi ubikayu, santan dan gula memang sedap!.... :-) Syaratnya kena dapatkan ubikayu yang muda dan mudah empuk.

Potong ubi kayu kecil2. Rebus bersama daun pandan. Bila empuk masukkan secubit garam. Masukkan gula. Bila gula sebati masukkan santan pekat. Masak dengan api sederhana sehingga berkilat dan agak kering kuahnya.

Sawi tumis darat


Bila dah besar baru aku dengar istilah 'tumis darat'. Perkataan 'darat' tu pun dah buat aku senyum.

Aku jarang masak sayur sawi. Beli pun sama. Sepahit mana pun sayuran kampung, aku rasa pahit lagi sayur sawi. Huhu.

Masak sawi ni sebab anak aku yang tengah berpantang tu dah tak boleh makan sayur lain selain sawi.

Panaskan air dalam periuk. Masukkan sedikit garam dan aji . Bila air mendidih, masukkan sawi. Bila sudah masak, angkat.
Goreng bawang merah. Goreng ikan bilis. Taburkan bawang goreng dan bilis goreng bersama sedikit minyaknya di atas sayur sawi tadi.
Ringkas,. mudah dan sedap.

Friday, June 3, 2011

Tempoyak campur kangkung

Masak tempoyak lagi, kali ni masak tempoyak ikan temenung.
Ini resepi bukan aku cipta sendiri. Kakak angkat aku yang kat Bentung tu punya resepi lagi... Bercambah sungguh resepi dia ni kat blog aku... hehe

Tumbuk kunyit, cili api, bawang merah dan bawang putih. Masukkan dalam periuk, tambah air, daun kesum, serai dan tempoyak. Jerangkan atas api. Bila mula mendidih, masukkan ikan. Biar kuahnya agak kering sedikit. Tambah garam dan sedikit aji. Sebelum angkat, masukkan daun kangkung.

My 1st designs bead







Aku berminat nak jahit manik kat hujung lengan baju kurung.
Bengkel jahit manik tak pernah ikut. Beli manik silap pula. Nak pegang manik pun tak tau.

Akhirnya kenalah aku cipta corak sendiri. Tak kisahlah kalau tak cantik dan tak serupa dengan orang lain. Aku baru belajar. Hehe.