Followers

Thursday, April 21, 2011

bila pokok tak nak berbunga....




Bosan sangat dah aku menengok pada pokok mata kucing aku yang tak berbunga-bunga ni. Jelesnya awat pokok orang lain rajin dan cepat sangat berbunga. Depa pakai baja apakah?

Beberapa minggu lepas datanglah rajin aku. Ini pun salah satu sebabnya ialah nak senamankan diri. Begitu banyaknya liang peluh kat kulit badan aku tidak difungsikan sepenuhnya. Padahal itulah anugerah. Bila peluh mengalir, maka akan keluarlah bahan kumuh secara semulajadi.
Badan dah naik lenguh2. Kat tempat kerja banyak sangat dah aku kerja duk duduk2 ja. Punya la lama duduk di atas kerusi sampai rasa dah naik kematu...Huhu..

Mula2 aku ulang2 siramkan air dengan kadar yang sangat banyak pada pokok mata kucing ini. Puas dah menyiram, tak ada kesan apa2 pun.

Teknik kedua ialah aku gunting semua daun2 yang ada. Ni kawan yang bagi benih pokok pisang serendah punya petua. Dia kata, "Hang buang semua daun2 tinggal pucuk hujungnya sahaja". Aku dah buat, masih tak ada perubahan.

Langkah ketiga ialah membuang kulit pada batang pokok. Buang kulit di sekeliling batang pokok dan tinggalkan satu jaluran kecil untuk daun2 mengangkut air dan makanan dari sistem akar. Ni petua aku dapat dari jurnal buku botani keluaran Indon. Aku rujuk dari perpustakaan di tempat kerja. Time tu tak ada lagi kemudahan klik2 kat hujung jari ni. Itu komputer zaman Wordstar, screen semua biru-biru... hehe

Pada lain2 pokok pun dah aku eksperimenkan cara ni sebelum ini. Pokok rambutan, setul, jambu, mempelam dan pokok durian. Bila ada jiran yang nampak atau orang yang lalu lalang kat tepi rumah aku ni, aku selalu kena marah.

"Awat yang hang nak bunuh pokok durian tu ka?" depa tanya.
"Ha ha ha ... punya pasal lah..." aku jawab dalam hati

Suatu hari bila bosan pun entah dah hilang ke mana, aku ternampak pokok mata kucing aku dah berbunga. Kat bahagian tengah ranting pun ada bunga.
Tapi bila difikir2kan balik, hujan telah pun turun sebelum pokok aku keluarkan bunga. Jadi aku percaya dengan kuasa air hujanlah yang telah membantu menyuburkan segala tanam-tanaman.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud
Dialah yang telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu, sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagiannya yang lain menyuburkan tumbuhan yang pada (tempat tumbuhnya) kamu mengembala ternakan.
Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan tersebut tanam-tanaman zaitun, kurma, anggur dan segala macam tumbuh-tumbuhan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaaan Allah) bagi kamu yang memikir.
(An-Nahl:10-11)

Langkah seterusnya ialah aku kena bersenaman lagi untuk membungkus buah2 ini bila ia dah besar sedikit dan mula berisi. Kalau tak, buah akan hilang habis dirampas oleh burung2 yang datang tak diundang.

Bukan la aku suka sangat pun makan buah ni. Bagi kat kawan2 pun depa makan tak habis. Simpan dalam peti ais pun depa duk ulang makan lambat nak habis juga. Manisnya macam makan gula, depa kata. Kawan2 aku pakat ramai2 dah ada simptom2. Kebas2 tangan dan kaki. Terlebih gula dalam darah la tu... Huhu.

Saturday, April 16, 2011

Makaroni goreng



Makaroni goreng kiter ari ni yerk..?
Tak berapa syok la buat makaroni ni sebab tak dapat masukkan capsicm yang colour merah dan colour kuning tu. Dah puas pusing2 dalam pasar marin ni tak da orang juai capsicm. Ni pun beli kat pasaraya Billion. Itu pun yang ijou2 jer..

Aku suka masak makaroni pun semata-mata satu sebab saja. Rupa dia yang keriting2 tu aku suka! Heehe..

Bahan2nya ialah makaroni, rempah kari, bawang untuk menumis, bawang besar, capsicm, daging, cili api dan cendawan butang dalam tin.

Semasa merebus makaroni, letak sedikit minyak supaya ia tidak melekat.
Renihkan daging cincang, ketepikan. Tumis kari. Masukkan semua bahan2. Cili api tu penting sebab tak ada cili api, tak cukup umphh. Masukkan garam, gula dan perisa.

Friday, April 15, 2011

Peracik mangga



Ini adalah gambar pisau yang digunakan untuk meracik mangga muda untuk dibuat kerabu. Eda, saya poskan gambar ni khas untuk awak. Hehe.. Sebelum ni saya cincang2 mangga guna pisau biasa, tapi terjumpa pisau ni dijual kat kantin tempat saya makan hari2 tu la.

Torehkan pisau ni pada isi buah mangga. Ia akan putus menjadi urat2 yang panjang. Begitu juga kalau nak gunakan pada buah betik untuk buat somtam. Kan awak kata nak cuba buat kerabu mangga lagi selepas ini.

Kerabu Mangga



Kerabu mangga ini aku dapat buahnya dari jiran sebelah rumah. Kerabu ni dah jadi juadah kebiasaan di kedai2 makan pada masa ini. Sebelum2 ini tak ada. Ni budaya siam mari. Putik pelam dah jadi harga.

Nasib baik la aku buat kerabu mangga pada hari ini.Kalau tidak jenuhlah aku sebab masak tempoyak ikan patin aku tu terasa sangat lemaknya isi ikan. Patin yang dibela dalam sangkar, manalah nak sama dengan patin yang ditangkap orang dari sungai pahang.

Teringat pada ayah aku yang datang ke rumah 3 bulan lepas. Mak aku tegur dia awat la lama sangat duk makan nasi tak sudah2 lagi? Ayah aku jawab yang dia datang selera nak makan nasi selepas lama dia sakit. Dia ralit makan nasi sebab aku hidangkan sayur pucuk geti, kerabu pelam dan ikan pekasam kat dia.

Kerabu aku ni ringkas sahaja. Bahan2nya ialah pelam, serai, lada besar, lada kecik, asam limau, bawang goreng dan kacang goreng dgn bilis goreng yang ditumbuk separuh hancur. Sepatutnya tambah bunga kantan tapi aku lupa nak beli!

Tempoyak ikan patin



Hajat nak masak ikan patin masak tempoyak ni sebenarnya dari minggu lepas lagi. Tapi oleh sebab nak menikmati pulut kukus dan air kopi dengan sepenuh hati, aku urungkan niat aku pada minggu ini saja la.

Awal minggu ini aku dengar radio Hot.fm dok uar2kan cerita pasal ikan patin 13 ribu tu, jadi aku pun cari jugalah ikan patin kat pasar. Ada sepiring pulak tu ikan patin potong pada penjual tu, aku ambik jugalah sebab tang lain, takdak yang semeriah dia ni menjual ikan patin.

Jangan duk pi buat2 tanya la pada orang kedah pasai ikan patin dan hal2 tempoyak ni. Nanti depa akan jawab, cek tak tau. Petai pun aku kena beli juga walaupun la ni musim petai dah nak sampai ke penghujung.

Resepi ni aku dapat masa aku dok dengar2 mak cik2 dari Kampung Kemahang, Lipis dok bersembang komen pasal masak tempoyak yang depa sedang nikmati. Sorang mak cik tu kata awat yang masak tempoyak dok pi buh kunyit.Orang masak tempoyak mana adanya bubuh kunyit, kata dia. Bawang pun tak payah masukkan. Oh, aku pikir kalau macam tu, ni la masakan yang paling ringkas pernah aku dengar.

Aku tak campur la time depa dok sembang2 tu, pasai time tu aku baru je pegang title makcik. Cuma depa makcik lama, aku mak cik baru. Baru jadi makcik. Makcik muda. Haha.

Tapi pada aku, ada satu hal yang ketara, orang2 kampong ulu Lipis ni menyebut masak tempoyak sebagai 'gulai masam'. Eeihh.. tak ke pelik tu? Pada kami orang2 kedah, asal gulai jer, kena la masukkan santan dan rempah2 kari.

Gulai masam depa ni aku selalu tengok depa masukkan sekali isi buah petai yang dikupas, iaitu bahagian hijaunya sahaja. Kalau ada putik buah durian yang gugur, masukkan sekali isinya. Sedang eloklah sebab kat rumah aku ni sedang ada putik durian yang gugur. Gugur sebelum cukup masak.

Durian nan sebatang kat rumah aku ni memang ada satu tabiat yang aku tak suka. Suka gugur sebelum masak. Mana tak gugurnya kalau dah sebiji buah tu beratnya kadang2 melebihi 2 kilo. Rantingnya tak kuat mengampu. Nak pula kalau datang angin ribut. Habis dekat sepokok tak leh merasa. Nak panjat untuk ikat2 buahnya pun tak berapa nak berbaloi sebab dahan2 pokok yang rapuh, tak padan pulak dengan keselamatan diri..Huhu.

Orang kata kalau dapat durian runtuh tu dapat lah aset dengan tidak disangka2. Durian putik yang aku dapat, rugilah tu. Tengok tu, kuah masak tempoyak aku tu kan agak pekat siket, dah terlebih masukkan durian runtuh ler tu..

Jadi resepi aku ni ikut versi Lipis antiklah. Orang Temerloh mungkin lain siket cara masaknya. Negeri Pahang tu kan luas jajahan takluknya. Aku yang agak lama pernah menetap di pekan Karak, sekali tu berborak la dengan sorang mak cik di Kuantan. Sekali makcik tu tanya aku. "Awak ni orang Lancang ke?" Memang lengguk bahasa antara orang Karak dengan orang Kuantan sangatlah berbeza...Lah, pulak. Terkedu aku.Tak jawab apa2. Kalaulah time tu aku ada pemain rekoder yang merakamkan riwayat hidup aku, bolehlah aku tekan punat bagi dia dengar, malaslah aku nak karang cerita panjang2 kat dia. Tapi entri aku kali ni agak panjanglah....hehe

Anak aku yang sorang tu, kalau dalam perjalanan ke Kuantan ke, Bentong ke, Temerloh ke, singgah aja makan kat kedai, sedar2 selalu aku tengok awal2 lagi dia dah ceduk lauk ikan patin semangkuk. Oh! aku yang selalu lupa. Dia memang anak Pahang! Hehe..

Ha ha. Last sekali bagi resepi masak tempoyaklah. Bahan2 dia hanyalah cili api (tumbuk lumat habis dengan biji2nya sekali), tempoyak, daun kesom, petai dan garam. Kalau tempoyak tak cukup masam, tambah asam keping.

Thursday, April 14, 2011

Serai wangi dan Minyak urut




Ada serumpun serai wangi sedang tumbuh subur. Aku yang menanamnya dulu. Sekarang tak tau nak buat apa. Apa gunanya aku tanam?

Bukan sembarangan,jauh pula benih yang aku dapat ni. Aku pau benihnya dari seorang penumpang yang duduk di sebelah aku semasa dalam perjalanan menaiki bas ke Sabak Bernam. Haha. Bukan calang2 tuu.

Bas singgah ambil penumpang di Parit Buntar. Seorang perempuan muda naik dan duduk di sebelah aku. Orangnya sangatlah ramah. Usianya bukanlah lagi dalam kategori remaja. Sekejap sahaja aku dah tau yang dia akan melangsungkan perkahwinannya dalam masa yang terdekat. Sepanjang2 masa dia bercerita tentang hari bahagianya yang bakal tiba. Pada penumpang2 yang ada berhampiran kami pun ia lakukan hal yang sama.

Rasanya bila aku dah turun bas bila sampai di Sabak Bernam pun, dia masih sulamkan percakapannya dengan isu yang sama. Bagi aku yang berat mulut ni, gelagat dia sangatlah luarbiasa. Taklah sunyi aku dalam pejalanan yang jauh dan agak membosankan itu!

Aku tak tau nak tegur dia bab apa. Aku nampak dia ada bawa 2 buah beg yang agak besar. Ada benih pokok serai dalam salah satu bungkusannya. Ada serai biasa, ada serai wangi. Aku tegur ja pasal serai dia tu, dia terus bercerita tentang pokok serai dan bagaimana dia memasak minyak serai untuk dijadikan minyak urut untuk mengurut ayahnya yang sudah tua.

Aku sangka aku bolehlah praktikkan apa yang telah diperturunkannya pada aku. Tapi sekarang ni, selepas 2 tahun, aku dah tak ingat lagi pada sesetengah bahan yang patut dicampurkan untuk dimasak bersama minyak kelapa untuk dijadikan minyak urut tu.

Maka berbaliklah aku pada cara lama. Aku buat sajalah minyak urut seperti yang pernah aku buat sebelum ini. Ini petua dapat dari bomoh patah yang terkenal di kampong aku. Mudah dan ringkas. Masukkan lada hitam yang telah dipecah2kan bersama dengan bawang putih yang telah diketuk ke dalam minyak kelapa.

Hahaa....bila kaki, betis, pinggang atau badan rasa lenguh2 dan kurang selesa, gunakanlah minyak urut ni. InsyaAllah, mujarab jugalah setakat ini. Cuma yang tak bestnya selimut dan tempat tidur berbau kurang enak sebab aku sapukan minyak pada waktu malam supaya minyak kelapa elok menyerap khasiat dari lada hitam dan bawang putih sampai pada urat dan saraf yang dah kian tersumbat dan bersimpul!

Pulut kukus tamban tergeliat



Ini sarapan pagi Jumaat lepas. Orang Kedah kata 'menyorok pulut'. Lawan dia mesti dengan air kopi pekat. Kopi tu dapat neutralkan rasa mengantuk yang diakibatkan oleh memakan pulut, agaknyalah.

Ini menu feveret orang dulu2. Orang dulu2 menyimpan padi yang akan dijadikan beras di dalam jelapang atau paling kurang pun dalam kepuk di rumah masing2. Jadi balik2 keja duk ulang balik menyorok makan pulut saja la sebagai sarapan sebelum turun ke bendang.

Dulu2 boleh dikatakan setiap kali menikmati pulut ikan kering, kami budak2 akan disulamkan dengan satu kisah yang tak dapat aku lupakan. Cerita turun temurun kut. Nak kata satu lagenda tak patut sangat... hehe.

Kisahnya begini
Seorang anak gadis sedang dirisik oleh wakil yang didatangkan khas ke rumahnya. Anak gadis ini telah dipesan oleh ibu dan keluarganya supaya duduk diam2 sahaja di dalam biliknya. Dalam masa berborak2, wakil yang bertandang bertanya kepada tuan rumah

"Menyorok apa pagi tadi?"
"ulut quih quih...!" jawab sianak gadis yang sedang dirisik dari dalam biliknya!

Oleh sebab excited melampau anak gadis tadi menjawab depa bersarapan pulut kukus lah tu.. hehe..

Maka balik begitu sahajalah situkang risik tadi. Proposal out! Rahsia dah bocor dengan sendirinya. Anak gadis yang dirisik tu sengau rupanya.

P/S : Menu asal dulu2 adalah pulut kukus, ikan tamban kering goreng dan kelapa kukur. Telur goreng dan ikan kembung goreng tu aku punya tambahan lauk... tak tau pulak pasaipa depa kata ikan tu tamban tergeliat!

Wednesday, April 13, 2011

My First Award!!

1. SIAPA BAGI AWARD?
Siapa la lagi, kalau bukan rakan baik aku tu, dia la yang jadi motivasi untuk aku update blog aku ni...
>Dari Dapur Mak long :aidahjune.blogspot.com

2. 7 PERKARA TENTANG SAYA
1. Ibu kepada 2 orang anak yang sudah makin dewasa. Seorang lelaki dan seorang perempuan.
2. Berusia lingkungan 50an.
3. Berblog untuk sukasuka. Hehe.
4. Selalu cuba untuk mengelakkan diri dari memberi ceramah atau tazkirah yang panjang2 pada anak2 sebab pada zaman milineium, anak2 dah ada google search.
5. Tackle anak2 dengan ungkapan yang singkat tapi bermakna. Hehehe...
6. Sangat simple rasanya dan kurang suka pada yang rambu ramba.
7. Selalu rasa bersalah sebab suka buat entri yang merapu2 dan maaflah pada sesiapa yang pernah membaca blog ini.

3. Yang no. 3 ni tak beres. Tapi ada beberapa blog yang saya baca dari awal sampai habis sebagai silent reader :-
{Siapalah aku disisi kalian... hihi}

1. Peluru2 dari langit ~En ammosham
2. Aku anak Pahang ~En Yassin
3. Catatan seorang askar ~dari cerita Jasni
4. Titik bukan noktah ~Sdr Hashim Zabidi
5. Hikayat Sinaganaga origami 111
6. Konotasi ~cikgu Firol
7. Unfiltered Madness ~En Luffy
8. Toqreemaow ~Tok Rimau
9. Sadusikedah `Muhammad86
10. Pipiyapong ~Firdaus Abdullah
...Ada lagilah beberapa blog lain yang tidak disebutkan di sini..

4 DROP A NOTE AND TELL THEM ABOUT IT. (NONE)
Yang ni pun tak beres juga. Blog baru nak bermula. Aku ni pemalu. Hik3... Kerana kau Eda ku sayang... ku buat lah n3 ini... hehe

Tuesday, April 12, 2011

Labu masak kicap




Labu masak kicap adalah antara menu pada malam ini. Bila makan labu, rasa macam pelik siket. Macam makanan orang dolu2 jer. Hehe

Aku selalu terkenang2 pada labu masak kicap sebab zaman kecik2 dulu selalu dimasak oleh orang kampung aku bila ada kenduri secara kecil2an. Standard la kan, blog makcik retro ni, entri pun keja duk cerita pasai imbas2 kenangan lalu saja la...La ni orang tak jamu labu kicap dah kut time kenduri. Tu pun tak tau la sebab aku pun tak pi attend semua kenduri orang kampong. Balik kampung pun setahun sekali. Haha

Masak serupa masak kicap biasa. Bahan asas yang aku tak lupa masukkan ialah udang kering dan lada hitam. Nanti bila makan dia akan ada satu kombinasi rasa yang ngam dengan perisa labu ni.

Monday, April 11, 2011

Kerabu pucuk gajus campur sardin



Malam ni menu kerabu sardin campur daun janggus. Terpaksa buat sesuatu untuk dijadikan lauk sebab nak dijodohkan dengan nasi. Malam semalam tak makan nasi, sebab itu lah rasanya ada rasa lain macam sikit, mungkin perut minta nasi, jadi kepala pun macam nak ada pusing2 sikit. Bak kata dua orang kawan aku yang lebih muda dari aku, "dah makin tua ni, makan salah, tak makan pun salah..."

Kerabu ni mudah saja membuatnya. Bawang besar, lada besar, cili api dan limau nipis. Renjiskan sedikit ajinomoto kalau suka. Panaskan sekejap sardin untuk basmikuman.

P/S : Ni pun termasuk salah satu resepi hasil duk pot-pet pot-pet dengan rakan2 di tempat kerja. Ada orang lelaki yang tegur puak2 pempuan ni dari pagi sampai malam pun depa buleh duk bersembang lagi, modai tak buleh habeh..????? hahaha

Kaduk Sirih Pinang~PINANG KADUK



Gambar ini aku dapat dari internet, bukannya hasil ciptaan aku sendiri.
Sebenarnya inti cerita tak ada pinang tak ada sirih pun. Kaduk tu ada. Apa cerita ni? Haha.. ini cerita betul.

Mulanya seorang kakak cerita kat aku pasal ni. Lama sangat dah. Waktu tu aku tak berapa ambil peduli sangat dengan cerita dia ni, tapi boleh lak aku simpan resepi dia ni. Dah dekat 20 tahun dah.

Kakak ni seorang yang cantik, lawa, pandai menjahit, pandai masak... serbaserbinya sempurna. Penampilan dia pun selalu nampak rapi jer...

Rupanya Pinang Kaduk ni disebut mieng kum dalam bahasa Thai. Kalau orang melayu zaman dahulu hadapkan tetamunya dengan sirih pinang, orang siam hulurkan pinang kaduk ni lah.

Bahan2
udang kering, kelapa potong, kacang tanah >> goreng kering

cili hijau, bawang, halia, serai >> bahan2 ini diblender, tambah kicap, gula nipah, belacan (kuah sambal)

=Bentukkan daun kaduk seperti kelonsong, Masukkan bahan yang digoreng (udang, kelapa, kacang) tambahkan kuah sambal. Tutup kelonsong daun kaduk dan sedia untuk di makan.

Resepi yang aku dapat dari internet : bahan yang digunakan ialah kacang, udang kering, limau nipis, kelapa potong, halia, bawang, cili api. Bungkus dengan rapi dan sirakan dengan sos gula merah.

Yang aku pernah cuba ialah resepi yang kawan aku bagi. Sedap. Tapi makan lama dah, tak berapa ingat, nanti nak cuba buat sekali lagi.

Thursday, April 7, 2011

Sambal petai belalang campur lala





Teringinnya aku nak makan sambal petai belalang campur lala. Aku tak tau kalau orang bukan utara, depa sebut lala tu apa. Ni sejenis karangan laut yang berkulit nipis tu.

Ni pasai kawan aku la dok cerita dia pernah makan sambal ni satu waktu dulu.

Huhuhu. Mana semak la aku nak pi kerabat cari buah petai belalang la la ni. Lala pun bukannya dijual setiap hari kat pasar besar Alor setar tu walaupun namanya pasar besar.

Jadi aku ni buat post angan2 saja la. Bercita2 nak makan sambal petai lala.

Sayur bening





Bening ni bahasa Indon kot. Rasanya sayur ini popular di Jawa Timur >Kalau tak silap ar aku terbaca intro pendek kat google.

Bahan lain yang boleh dicampur bersama ialah kangkung, bayam, terung, labu kuning, kacang panjang dan tongkol jagung. Kalau suka tambah daun kemangi. Tak ada perisa tambahan kecuali bawang. Rebus,tambah garam dan gula.

Aku dah pernah buat dan rasa sayur bening. Terpikat kat jagung yang dia letak setongkol tu la.

Ni semua gara2 aku tengok drama cerita 'Kiamat Sudah Dekat'. Ibu Saprol selalu masak sayur bening.

Saturday, April 2, 2011

pengawet mayat?







Hari ini aku goreng ikan puyu pekasam. Yang aku letak kat sini ialah gambar yang aku ambik dari internet. Puyu pekasam yang aku goreng tu hancur. Nak letak gambarnya kat sini, nampak sangat2 tak cantik. Waktu mula2 beli dulu, cantik jer rupanya bila di goreng dan rasanya pun sedap. Bukan senang nak dapat puyu pekasam yang betul2 sedap.

Pasaipa pekasam aku hanyut berderai bila digoreng dalam minyak yang panas? Owh rasanya sebab pekasam yang dibuat oleh orang melayu dibuat secara kecil2an di rumah.

Aku agak yang lain2 seperti yang aku letak gambarnya kat atas tu kelihatan berbeza sebab mereka telah menggunakan pengawet tambahan.Biasanya pekasam ikan puyu hanya menggunakan garam dan beras goreng sebagai pengawet.

Ada aku terbaca, ikan2 besar yang ditangkap dari laut dalam juga menggunakan formalin (formaldehyde) sebagai pengawet. Kadang berminggu2 dilaut, barulah ikan yang ditangkap itu dibawa naik ke darat.

Kat tempat aku, tikus besar, ular besar malah janin manusia pun masih nampak kekal segar selepas diawet menggunakan larutan formalin dalam botol untuk dipamerkan... Haha

Friday, April 1, 2011

Keropok Goreng Kicap




Hari ini aku dah dapat rasa keropok goreng masak kicap. Ni semua gara2 kawan aku yang dok cerita pasal masakan ni la. Aku ni kalau ada masakan yang aku tak pernah jumpa atau rasa, ada lak orang dok cerita, mengidam sungguh rasa nak makan.

Dia pun dapat rasa sebab ada kawan satu tempat kerja orang Terengganu.Pada sesiapa yang pernah hidup menyewa rumah dengan kawan2 tentu biasa mengalami pengalaman mengubahsuai masakan dengan merekacipta masakan dengan apa2 saja bahan yang ada di dapur untuk dijadikan lauk.Huhu.

Masak kicap keropok ni serupalah dengan masak kicap biasa cuma keropok kering itu hendaklah direndam sekejap untuk melembutkannya. Jika kurang lembut, bolehlah ditambah air semasa memasaknya.