Followers

Saturday, November 29, 2014

tahi ayam dan orkid cemerlang

Suatu ketika dulu tatkala aku masih muda, aku telah diterserempakkan secara tak sengaja dengan seorang nenek yang minat sangat dengan tanaman orkid. Hari ini aku rasa sangat terhutang budi dan jasa di atas segala ilmu yang telah aku pelajari dari dia dulu itu. Dia memang layak dipanggil nenek, tapi aku panggil dia mak cik. Makcik ni walaupun dah berusia, tapi rupanya masih cantik menawan. Pada akulah. Wajahnya ceria, selalu bertutur dengan nada yang lembut dan manis.

Adakah antara salah satu penyebab aura segar di wajahnya datang dari harapan dan keceriaan  yang ada untuk melihat kudup dan kelopak orkid yang mekar berkembang dari bebagai corak dan warna sepanjang tahun?
Setahu aku juga pada masa tu belum ada lagi antara anak2 dia yang menunjukkan minat yang bersungguh2 serupa dia untuk bertanam orkid.
Jadi bila berjumpa dengan aku jer, dia terus buka topik sembang dengan aku pasal pokok orkid. Agaknya boleh jadi aku ni jenis makan diajar dan ada gaya nak  jadi makcik kebun. He he. Tak putus2 dia bercerita  menasihat dan mengajarkan aku secara teori dan praktikal macaman cara dia buat sehingga pokok orkid dia menjadi subur, gemuk dan rajin berbunga. Perdu pokok orkid dia aku tengok dah macam tombak rebung anak pokok buluh.
Gambar di atas ni aku punya pokok orkidlah. Aku terpaksa pindahkan lagi pokok orkid aku ni sebab batas orkid yang lama  dulu tu dah dipenuhi dengan sarang semut. Selamatkan pokok ini dahulu dari serangan serangga perosak. Tunggu sehingga ia pulih kembali untuk dipindahkan ke tempat yang lebih sesuai.

Gambar ni aku nak tunjukkan bagaimana caranya nak hindarkan kulat atau serangga dan kutu2 kecil yang hidup dan membiak sehingga membantutkan pertumbuhan akar anak pokok orkid. Rendamkan pasu orkid ke dalam bekas yang  mengandungi larutan anti kulat/kutu/serangga. Rendam sehingga keseluruhan daunnya tenggelam lagi baik. Seketika selepas direndam. anda akan dapat melihat entah apa2 segala jenis semut dan kutu2 kecil akan merayap atau berenang2 mabuk dan mati.

Antara yang aku ingat petua diberi oleh makcik yang sangat baik hati itu ialah:
1. Pecahkan arang atau pecahan bata merah yang akan dijadikan medium tanaman dalam pasu orkid.
2. Rendamkan pecahan arang di dalam air semalaman.
3. Celup atau rendamkan terlebih dahulu keratan ranting orkid atau benih anak orkid yang akan ditanam ke dalam bancuhan racun kulat. (Hati2:ikut sukatan yang diberi)
4.Gantungkan pasu yang sudah disemai anak orkid jauh dari sinaran tepat cahaya matahari. Haba panas boleh membantutkan pertumbuhan pokok orkid. Pokok orkid perlukan cahaya waktu pagi supaya ia dapat berbunga.
5. Pada hari yang panas lakukan penyiraman sekurang2nya 3 kali sehari.
6. Selepas 2 minggu ditanam dan mendapat siraman air yang cukup, akar2 pokok orkid yang baru akan kelihatan tumbuh.
7. Bagaimana menggunakan baja tahi ayam:
    (a) Jemur tahi ayam sehingga cukup kering.
    (b)Gaul tahi ayam yang sudah dikeringkan dengan serbuk anti kulat (racun semut@racun kelas1V)
8. Gunakan baja organik najis ayam buatan sendiri ini sebulan sekali atau bila2 masa diperlukan.
Inilah salah satu rahsia yang diberitahu dan diajarkan oleh makcik tu kat aku.
Tahi ayam. Tahi ayam. Itulah yang selalu disebut oleh nenek ni kat aku.
Aku pun dah pernah amalkannya. Memang ia betul2 menjadi!
Sekali sekala ia rendamkan kesemua pasu2 orkidnya ke dalam baldi yang dibancuh `malathion`.
Sekali sekala dia juga menggunakan baja semburan kimia untuk menggalakkan lagi pokok orkidnya berbunga lebat.

Friday, November 28, 2014

Sayur masam keladi

 Pernah dengar sayur masam? gulai masam? Hu hu hu...
Aku pun pertamakali dengar macam pelik aje.. Tak dapat nak bayangkan...
Istilah ni aku mula dengar dari orang2 daerah Lipis dan Jerantut. Rupanya masam tu datangnya dari masakan yang dimasak bercampur dengan tempoyak. Kat kampung asal aku belah utara kami panggil tempoyak tu sebagai asam derian.   
Rasanya aku pun pernah merasa gulai kemahang yang dimasak tempoyak. Sedap ke? Entahlah. Tak ingat dah lagu mana rasanya. Masa tu aku blurr lagi kut..Tapi keladi yang datangnya cuma dari suatu kampung yang bernama Kemahang ni menjadi kebanggaan orang2 di situ. Apa tidaknya, mana pernah tumbuhan keladi boleh dimakan pada bahagian daunnya. Maksud aku sulur pucuknyalah..

Aku pun pernah tengok live tumbuhan pokok keladi kemahang ni. Aku ada suku sakat sedara ktt belah sana. Biasa ja macam pokok2 keladi yang lain. Merayap tumbuh bersepah2 dalam paya. Rasa macam tak percaya ja ianya tidak gatal bila dimasak dan dimakan.
Calang2 keladi jangan buat pasai weh.. Gatai bibir mulut jenuh duk pi kerkah kulum ketulan ais nak hilangkan gatal merenyamnya.
Aku pun bukanlah kenal pun dengan spesis2 keladi ni. Pernah dengar keladi udang dan keladi minyak disebut orang. Keladi bunting lagilah bukan datang dari rumpun yang sama . 
Keladi we we? Tang tut keladi we we. Sape kuntut dia ketawe??

Dari situ lah datangnya idea aku nak masak keladi campur tempoyak ni. Tapi kat sini aku hanya mampu gunakan batang keladi yang selalunya dimasak asam pedas mengikut selera orang belah utara. Asam pedas keladi biasanya kami panggil sayur keladi jer. Tak sebut masam dan pedas pun. Biasanya ia dimasak berjodoh sangat untuk dimakan bersama dengan nasi ulam pada bulan puasa. Nasi ulam tahu tak? Haa jangan duk buat lece noh.. Ada juga orang yang konfius tak kenal mana satu nasi ulam yang mana satu nasi kerabu kot..

Kot ada sesapa yang nak tahu apa tu gulai masam keladi kemahang, SILA KLIK  kat sini.

Tuesday, October 28, 2014

Kasut bayi lelaki

Assalamualaikum... Lamanya aku letak gambar2 dibawah ni.... Hari ni baru aku letakkan gambar hasil kasut bayi yang aku kait sendiri...lama juga dah siapnya... baca entri aku ni pun ... rasa macam tak sepenuh hati... hati belum cukup penuh untuk nak sambung entri dan kerja2 menaip...

Monday, August 4, 2014

Memetik anggur

Ini hasil tuaian anggur aku musim bila ek? Aku pun dah lupa lah. Waktu ambil gambar ni aku agak aku akan boleh mengingatnya, rupanya tidak.Yang aku ingat ialah hasil tuaian aku pada kali ni adalah dalam 500gm.
Tapi pasaipa yang dikutip hingga kebuahnya yang masih hijau lagi? Ada jiran datang menegur waktu aku mengutipnya. Bila aku beri dia rasa, dia kata, 'Emmh! manislah!!
Manis lah. Tapi rasa manisnya semacamlah. Maksud aku manis anggur yang bukan datang dari negara beriklim sejuk. Aku nak terang macamana rasa manisnya pun aku tak reti..

Sebelum-sebelum ni aku selalu buat fitnah kat tumbuhan anggur aku ni. Aku pikir ini anggur hijau. Suatu hari aku terserempak dengan sebiji buah yang tersorok dari pandangan mata. Buah yang tersorok tulah yang matang sehingga ia bertukar menjadi merah kehitaman. 

Aku bungkus buah2 ni semua sejak ia masih kecik lagi. Susah tau. Tergeliat leher nak klip setangkai ke setangkai. Kalau tak bungkus, buah ni akan hilang. Dah bungkus pun ia masih hilang juga. Agaknya ada burung yang mengintai dan mematuk buahnya.

Macamana caranya aku uruskan buah yang masih hijau ni? Aku peram sajalah buah2 ni semua tunggu sehingga ia masak. Peram gitu ajelah. Jangan nak pikir aku peram buat wine pulak! ..hu hu..


Sambal Tahun

Ini mungkin percubaan kali ketiga atau keempat aku cuba memasak sambal tahun. Sejak berkawan dengan kawan aku si Eda baru aku kenal apa tu sambal tahun. Rasanya memang unik pada selera aku orang utara ni. Yang unik tu lah yang membuat ia lebih istimewa. Sedap. Boleh disimpan lama. Sesuai sangatlah dengan orang yang rajin tak berapa nak rajin macam aku ni.
Sebenarnya lama dah aku masak sambal tahun ni cuma baru ni ada masa nak buat entri kat sini. Aku kurangkan sukatan santan pekatnya sebab aku pun takut nak makan yang terlebih lemak. Cuma sukar siketlah nak dapatkan lengkuas yang muda.
Resepinya bolehlah KLIK KAT SINI.

Labu masak kicap

Ini labu kicap bukanlah masakan ciptaan aku sendiri. Ini adalah menu lama salah satu hidangan orang kampung aku masa aku kecik2 dulu. Lani jarang dah orang masak labu macam ni kecuali labu masak lemak.
Cerita labu kicap ni dah pernah aku postk KAT SINI satu masa dulu. Rasanya sedaplah bagi aku. Pada selera akulah....

Wednesday, July 16, 2014

Sambal Pahang aka Sambal hitam

Kat rumah aku selalu ada stok belimbing rebus. Tapi inilah aku baru mula nak belajar buat sambal Pahang atau sabal tumis belimbing hitam. Bagaimana nak rebus belimbing  bolehlah klik kat sini. Kalau nak buat sambal hitam mentah yang ringkas bolehlah klik kat sini.
Kali pertama aku mencuba memasak sambal ini,  rasanya kurang sedap sebab terlebih belimbing. Kali kedua mencuba terlebih pula cili api. Kali ketiga barulah rasanya agak menjadi.
Inilah anggaran kasar bahan2 yang aku gunakan
1/2 cawan belimbing rebus
1/2 cawan cili api
2 cawan ikan bilis
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1/2 cawan kicap manis
gula, tambah sedikit garam jika perlu
minyak untuk menumis

Tumis bawang merah bersama bawang putih yang sudah dihiris. Masukkan bahan2 kisar yang terdiri dari cili api, bawang besar, belimbing rebus dan ikan bilis. Masukkan kicap manis.Tambah sedikit air jika perlu. Masak dengan api perlahan sehingga agak kering.

Monday, July 14, 2014

Membuat pola dan menjahit baju kebaya

Salam sejahtera.
Terlanjur aku telah menjahit sehelai baju kebaya baru-baru ni, aku uplodkan gambarnya serba sedikit kat sini. Dulu2 pernah aku cuba menjahit kebarung, tapi sekarang dah lupa bagaimana caranya nak buat kebarung. Jadi pola ringkas baju kebaya ni aku gunakan sebagai panduan untuk menjahit baju kebaya anak perempuan aku.
Membuat pola rajah bahagian hadapan baju
Membuat pola rajah bahagian belakang baju.
lengan baju
Inilah gambar baju kebaya yang sudah siap.

Thursday, June 12, 2014

Mengait baju untuk baby.

Pertamakali aku mengait baju baby. Hasilnya agak baik. Sebenarnya aku gunakan langkah berkali2 untuk mencubanya.
Tinggi dan lebar baju siap ini ialah 25.5cm.
Aku olah dan ubahsuainya berpandukan contoh yang sebelum ini. SILA KLIK DI SINI
 Begitu juga untuk mendapatkan bentuk yang  dikehendaki aku mengait mengikut setiap lekuk rajah yang dilukis di bawah ini. Ini adalah saiz tshirt yang dilukis semula.

Ketayap comel untuk baby

  Tak ingat dah samaada aku pernah mengait lebai/ketayap sebegini sebelum2 ini. Selepas cuba mengaitnya aku dapati saiznya  sesuai untuk baby.




Bila dilipat macam ni, lebarnya 18.5cm.

Jika ada sesiapa berminat bolehlah jika ingin cuba mengaitnya. Contoh rajah mengaitnya seperti di atas.

Wednesday, June 11, 2014

Berakhir sudah kisah epal ku

    Kisah ini bermula DARI SINI.


Selepas musim hujan datang musin panas yang kering. Pokok epal aku pun meragam.


Serangan bermula di banir atau perdu pokok. Banyak kali dah aku buang kulat atau tah apa penyakit kulit kat pokok epal ini. Racun kulat dah habis. Nak pergi beli racun pun bertangguh tangguh....



Yang atas kulat jenis bertelur, hari lain datang  pula jenis bersawang labah...

Lepas daun kering, pokok pun layu dan mati....

Sunday, March 2, 2014

Baju kait warna warni..

Ini lah projek mega kait-mengait aku di abad ini. Lama juga nak siapkan gaun ini. Tapi aku  bukanlah buat kerja mengait  setiap hari.

Bukanlah sekali kait ia terus menjadi. Banyak kali juga aku rombak sebelum ia mencapai saiz yang sesuai untuk dipakai oleh cucu aku.
Kenapa warnanya bercampur baur? Aku fikir jika mengait menggunakan satu warna sahaja, mungkin aku akan menjadi jemu dan bosan. Jadi bertingket tingketlah pulak warnanya serupa dengan kek pelangi.!

  Inilah rupanya gaun asal yang aku jadikan sebagai contoh panduan. Cantik bila warna putih diserikan dengan sekuntum bunga berwarna merah kan..??
Ini rajah bunga kait yang aku gunakan, sebab tu kelopak  bunganya tak timbul! hehe..

Mulakan kaitan dari bahagian hadapan baju.
Bahagian belakang baju.
Bahagian lekuk leher  hadapan dan belakang baju.

Untuk mendapatkan saiz yang sepatutnya, aku gunakan  baju biasa sebagai panduan ukurannya.


Selepas siap mengait dan mencantumkan bahagian hadapan dan belakang baju, sambungkannya dengan mengait bahagian skirtnya pula.

Bilangan mata kaitannya hendaklah sentiasa tepat supaya rupa corak  bunganya sempurna..

Terus terang nak bagitau kat sini , ini bukanlah kali pertama aku mula mengait baju. Aku dah pernah cuba mengait baju sebelum ini. Kena ada pengalaman jugalah, itupun aku rasa aku masih belum mahir lagi. Masih lagi kena buka dan  buat semula bila bila masa bila aku ada buat silap...:)

Orkidku- Dari akar terus berbunga!

Balik ke rumah dari bercuti selama 4 hari, bunga orkid ini dah layu, tak sempat aku nak tengok ia mekar..
Lama juga aku tunggu. Sejak ia mula mengeluarkan kudup bunganya selepas berakar..
Tak sabar nak tengok ia kembang sebab aku tidak menyangka begitu cepat ia menjelmakan rupa bunganya selepas aku buat entry mengenainya KAT SINI.

Jadi satu kerja pulak aku pi duk intai2 ambil gambarnya. Pokok orkid ni mula berbunga bila ia sudah membesar lingkungan setinggi satu meter. Cuma pokoknya agak kurus sedikitlah..

Saturday, February 8, 2014

baby booties terbengkalai...

Sengaja aku upload gambar2 baby booties yang pernah aku kait selama ini. Sebagai kenang2an semata bahawa aku pernah menerjunkan diri di bidang ini pada suatu ketika. Lain kali mungkin hobi aku akan berpindah ke lain pula... huhu..
saiz no 1=7cm,  saiz no2 =11cm,  saiz no3=9cm, saiz no4=8cm.

Rasa2 macam yang warna pink no. 4 di depan sekali tulah bentuk yang aku akan suka. hu hu.. Tapi buat masa ni aku belum juga siapkannya lagi. Pada yang ingin mencuba, bolehlah sila rujuk pada panduan rajahnya kat bawah ni.
 Sumber: FB* Crochet Albums.

Bootieskah ini?

Aku nak mencuba mengait baby booties yang lain siket rupanya dari biasa. Maksud aku yang warna oren tu. Mencari kelainanlah kononnya. Bila siap saiz  panjang tapaknya ialah 7cm. Sesuai kot dengan saiz baby yang lingkungan 2-3 bulan. Tapi anak aku cakap rupanya tak macam kasut manusia. Ha ha . Apa2lah.!

Aku dapat patern ni dari Facebook. Crochet Albums.

Bila aku mula mengait baby booties..


 Ini adalah pembetulan kepada baby booties DI SINI.
Cuba mengecilkan saiz pada tapak bawahnya supaya ia tidak menjadi terlalu besar. Konon2lah.. Mula2 cuba mengait dulu saiznya menjadi terlalu besar sangat. Anak aku kata kena tunggu cucu mak masuk darjah satu dulu baru cucu mak dapat pakai baby booties tu. Hu hu hu.
Yang terhasil adalah sebegini. Bezakan saiznya masing-masing. Macam tak masuk akai...
Gambar baby booties yang di atas tu berada pada no. 2.
Aku tak siapkannya sebab saiznya dah jadi tak betul langsung.

No.1 saiz tapak = 7cm
No.2 saiz tapak =9cm
No.3 saiz tapak = 8cm
No. 4 saiz tapak =11cm