Followers

Tuesday, December 31, 2013

Rendang maman

Aku lama dah berminat nak buat rendang maman. Masalah nak dapatkan daun maman segar yang  buatkan  aku menangguhkan dulu rancangan aku tu. Beberapa hari lepas dapat pula daun maman dijual kat pasar. Sekilo RM6 rupanya harga daun maman yang belum dijerukkan. 



Yang aku tahu maman segar rasanya pahit. Ini pengalaman aku waktu memasak singgang maman. Tapi daun maman yang sudah dijerukkan bersama nasi sejuk pula rasanya masam.

Aku tawakkal aja ikut resepi rendang maman KAT SINI. Alhamdulillah memang sedap rasanya!.Aku suka. Ini adalah resepi tradisional.

Monday, December 30, 2013

Booties oh booties

 
 Terpikat sungguh aku nengok ke baby booties ni. Warnanya cantik, aku pun cuba buat la. Dah separuh jalan baru aku sedar yang aku dah pernah buat yang ni. Tapi kejadiannya agak terpesong dari rupanya yang sebenar.


Tersilap pilih gambar yang sebenarnya kut. Hemm.. dipakaikan  ajer lah ke cucu aku ni. :)

Friday, December 27, 2013

Kasut tidur untuk Si Aina

Hasil buah tangan aku untuk kali yang tak tau berapa kali dah.... Tangan aku baru  mula nak mahir. Sebelum ni mata kaitan aku longgar. 
 
Tak kisahlah. Janji aku suka. Rasa dah habis lawa dah ni. Hu hu hu. Lega bila dah nampak hasilnya...

 http://modeles-bebe-crochet.overblog.com/chaussons-fleuris-et-leurs-grilles-gratuites



 Gambar ni yang buat aku betul2 teruja nak mencuba...!

Tuesday, December 24, 2013

Kimchi yang ku kenal..

Sedapnya rasa kimchi.  Sebelum2 ni tengok aje ibu2 dari Korea sediakan kimchi dari rumah mereka. Tak teringat pula nak mencuba. Sehingga terbitnya skrip dari anak2 yang memuji2 kesedapan kimchi buatan ibu sendiri yang tiada taranya pun belum terfikir juga lagi nak mencubanya. Apa rasanya kimchi.?
Entah beberapa minggu yang lepas baru datangnya idea aku untuk mencubanya. Jeruk maman dah buat, kerabu  dah buat, kali ni nak mencuba kimci pulak.
Inilah rupanya kimchi aku bila pertama kali aku mencubanya.  Sedap? Tentulah sedap. Sebab tu lah aku publishkan kat sini...
Pada aku memakan kimchi adalah suatu tabiat pemakanan kesihatan yang baik. Tiada lambakan minyak dan kolesterol. Mujur juga aku masih tergolong dikalangan  pemakan sayur!
Ini kimchi  yang telah aku perap selama 24 jam. Pada rasa aku lagi sedap kimchi  yang dimakan selepas 3 hingga ke 4 jam diperap.
Mula2 dulu bila nampak rupa kimchi, aku fikir yang rasanya pedas atau kita akan alami rasa perut panas atau tak selesa perut selepas memakannya oleh sebab rupanya yang merah berselaput dengan cili.

Lepas tengok gambar video kat atas ni lah yang boleh datangnya minat aku nak mencuba membuatnya.
Bahan yang aku gunakan ialah kobis, apple, apple pear, sengkuang, daun bawang, bawang putih, gula perang, serbuk cabai dan garam. Untuk bahan perisanya aku gantikan dengan pes udang. Apa lagi, belacanlah! Hu hu.

Lepas dah menikmati kimchi, baru aku terjumpa dengan pengkisahannya melalui suatu tayangan video dari you-tube. Aku letakkan sebahagian gambarnya kat sini untuk memudahkan lagi bercerita..

tempat pembuatan garam

kobis direndam atau pun dibersihkan dalam kolam yang besar!
menggunakan pekerja yang ramai...

adalah pemandangan dari sebuah temple 

Yang last ni gambar proses memeram udang di dalam gua untuk dijadikan bahan perisa kepada kimci. Agaknya serupa dengan membuat cincaluk kot. Lain kali aku nak beli cincaluk bila aku nak buat kimchi.

Saturday, December 21, 2013

Baby booties hijau Aisya



 http://www.duitang.com/people/mblog/56006351/detail/?next=63487696
Datang semula minat aku nak mengait. Alang2 dah terjumpa dengan gambar2 panduan mengait kat internet, teringin pula aku nak mencubanya. Rasanya macam semua paten aku nak try..

Ini aku letakkan panduannya yang aku dah cuba buat seperti yang kat atas tu. Apa apa ajalah. Aku rasa macam lain macam ajer..  Macam pelik ajer ruper nyer.. Gabai semacam ajer...

Topi kait berbunga besar

 Aisya lagi yang jadi model memperagakan topinya... :)

sampai dua kuntum bunganya.. :)
yang sebelah lagi.. :D
 
 
 Gambar yang aku gunakan sebagai panguan. Mulakan dari bahagian bulatan tengahnya.


http://modeles-bebe-crochet.overblog.com/bonnets-colores-et-fleuris-avec-leurs-grilles-gratuites

 
Topi yang di atas ni letak sebagai contoh sebab cantik..:)
Gambar sigadis cilik yang comel ni pun letak lagi...

Sebab apa bunga aku jadi besar sangat? Sebabnya ialah aku dah gunakan bunga yang kat atas ni sebagai hiasannya...

Topi untuk Aisya


Topi berwarna kuning untuk Si Aisya. Jadi model ajerlah cucu aku ni terpaksa memperagakan hasil2 kerja tangan toknya...:)

Banyak2 dalam satu set ni, aku hanya mampu pilih satu sahaja.... :)

 ini ada lagi...

Mengait skaf benang bulu

Suka tengok macam2 design mengait benang bulu kambing. Datang pula mood nak mencuba2. Kebanyakan topi saiznya sesuai untuk baby. Aku nampak design ni boleh diubah saiznya untuk cucu aku yang berusia 3 tahun.



 http://modeles-bebe-crochet.overblog.com/bonnets-pour-bebe-et-ses-grilles-gratuites


Mulakan dari bahagian belakang skaf dahulu. Aku tambah satu bulatan lagi untuk besarkan siket saiznya.
Panduan seterusnya ada kat sini.

Yang ini pun aku ulang tambah satu bulatan lagi .
 
Yang ini pulak langsung tak sudi nak menjadi model. Tangkap gambar pun curi-curi saja.

 http://modeles-bebe-crochet.overblog.com/chapeau-fleuri-pour-fille-et-ses-grilles-gratuites
Gambar last ni tak ada kaitan dengan cerita di atas. Aku suka2 letak sahaja...

Sunday, December 8, 2013

Uik..??

Suatu hari aku terbaca mengenai suatu antara cabang petua untuk menjauhkan serangga perosak dari menempek pada daun pokok cili ialah dengan menanamkan bawang putih yang berkupas kulitnya berhampiran akar pokok cili. Aku pun mengopek kulit 4 ulas bawang putih lalu menanamnya di dalam tanah berhampiran akar pokok cili api.

Cadangnya nak tambah lagi bilangan ulas bawang putih untuk ditanam pada akar pokok cili api.

Sudahnya keempat-empat ulas bawang putih yang ku tanam dulu tu rupanya dah tumbuh menjadi anak pokok bawang putih! Sebelum  ni aku tak sedar sebab pokok-pokok ini semua diselaputi oleh rumput rampai.

Saturday, December 7, 2013

Tumis asam air belimbing buluh

Selalu aku dengar orang buat masak asam. Masak asam. Masak asam. Bunyi macam best ajerr... Walau pernah terfikir best tapi aku tak pernah buat masak asam atau tumis asam. Agaknya pasal leceh pada aku nak perah air asam jawa atau nak setting macamana banyaknya kuah untuk buat tumis asam ni.

Datangnya idea nak buat tumis asam ni sebab semalam aku terasa nak sediakan  lauk yang paling mudah, ringkas dan cepat.  Hanya nasi, lauk dan ulam segar. Ada bukti mengatakan menu ringkas membolehkan orang tu hidup cergas dan sihat. Sistem penghadaman tak perlu letih bekerja keras! Hu hu hu...

1. Siang dan bersihkan ikan.
2.  Lumurkan kunyit pada ikan dan goreng tanpa garam.
3. Bila ikan masak, alihkan ikan ke tebing kuali dan tumiskan bawang putih. Bawang putih dah wangi, masukkan pula bawang besar dan cili yang sudah dipotong.
4. Bila bawang dah layu masukkan air belimbing rebus, dah sebati semuanya bolehlah diangkat. Siap.

Benda apa air belimbing rebus tu bolehlah KLIK KAT SINI. Sebelum ni aku dah cuba colek isi ikan rebus dengan air belimbing bercampur cili api. Memang sedap!

Saturday, November 30, 2013

Mengait melalui buku

Hari tu nasib aku baik. Terlebih lebih baik. Elok punya godek. Aku tejumpa dengan apa yang sedang aku cari selama ini. Masih lagi ada yang sudi rupanya berkongsi ilmu melalui ruang maya ini. Terima kasih tak terhingga yang dapat aku luahkan di sini.
Inilah hasil yang aku maksudkan. Untuk cucu perempuan aku yang nombor dua. Pada aku comel sangatlah rupanya. Hu hu hu.
 http://www.duitang.com/people/mblog/56006351/detail/?next=63487696

Harap tidaklah menjadi satu kesalahan aku share ilmu yang bermenfaat tu kat sini. Pada aku lagi mudah mengait ikut rajah seperti di atas. Nak terang apa simbolnya kat sini aku pun tak pandai. Tapi pada yang sudah biasa mengait, tentu dapat memahaminya. Bilangan kaitannya tepat  sebab aku boleh mengiranya balik berapa kalipun sampai lebam!

Friday, November 15, 2013

Nasi lemak yang sangat nostalgia

Aku kurang berminat sangat dengan nasi lemak. Selera aku lebih tertarik pada ikan goreng, ulam dan sambal belacan. Tapi ada satu versi nasi lemak yang  boleh buat aku teringat akan keunikan rasanya sampai kehari ini. Yang pernah aku makan berpuluh tahun dahulu. Aku sangat rindu...
Ini nasi lemak yang aku cuba buat untuk nak cuba dapatkan balik kenangan silam yang aku duk terkenang-kenangkan tu.
Mak cik yang berjual nasi tu pun dah tak berniaga lagi kat tempat lamanya tu. Lokasinya dulu ialah di hadapan Pusat Kesihatan Besar Karak. Zaman tu nasi lemak biasa dijual orang berharga 30 sen. Tapi nasi lemak spesel ni sebungkus harganya 50 sen. Kenapalah agaknya nasi lemak ini dikerumuni orang ramai?
Inilah dia beras yang anak menantu aku beli kat Padang Besar. Apa yang tertulis kat karung beras ni sepatah habuk pun aku tak faham. Cuma beras ni rasanya macam pulut sikit. Inilah bahan utama yang membezakan rasa nasi lemak yang menjadi igauan aku tu. Hu hu hu.

Aku dapatkan resepi cara membuat sambal nasi lemak ni dari kakak angkat aku yang berjiran dengan makcik yang berniaga nasi lemak. Jadi ini adalah resepi anggaran kasar  aku sahaja. Yang aku ingat dia pesan gunakan lebih bawang besar. Bahannya pun sangat ringkas. Tapi ikan bilis yang digunakan hendaklah menggunakan ikan bilis gred yang terbaik. Kemanisan rasa sambalnya akan tercetus hanya dengan kesepaduan rasa ikan bilis terbaik bersama bawang besar.!

Bahan2
Semangkuk ikan bilis-separuh digoreng separuh lagi blender bersama cili kering.
3 labu bawang besar bersaiz besar-separuh blender separuh lagi dimayang.
bawang putih~untuk menumis
15 biji cili kering
garam, gula, air asam jawa, sedikit aji.
kacang tanah goreng, telur rebus dan ulam timun.

1. Blender cili kering. Masukkan bawang besar, blender lagi hingga hancur. Masukkan ikan bilis tapi jangan blender terlalu hancur.
2.Goreng ikan bilis setengah bahagian. (Dimakan bersama kacang tanah goreng dan ulam timun)
3.Tumis bawang putih. Masukkan bawang besar yang dimayang. Masukkan cili kering yang dikisar. Masukkan garam, air asam jawa, gula dan aji. Masak dengan  api sederhana sehingga kuah sambalnya betul2 masak.   

Thursday, November 14, 2013

Nak belajar buat dadih..?

14 cawan air
7 gram agar2 kering
3 cawan susu tepung Fernleaf
1  cawan gula pasir (boleh tambah atau kurang ikut selera)
Pes koko, jagung, strawberi. (jika suka)

1. Bahagikan 14 cawan air kepada 2 bahagian. (Anggaran kasar).
2. Satu bahagian air digunakan untuk masak agar2 hingga larut. Bila larut, masukkan gula. Tutupkan api.
3. Satu bahagian air lagi digunakan untuk membancuh susu. Kemudian jerangkan susu yang dibancuh tadi hingga mendidih. Tutupkan api.
4. Campurkan kedua2 bancuhan susu dan agar2. Kemudian tapis.
5. Jika ingin mencampurkan sebarang perisa, bolehlah dibancuh lain2 perisa yang disukai ke dalam bekas yang berasingan dan bekukannya ke dalam bekas2 kecil.

Miang Kham @ Kaduk sirih pinang

Minggu lepas aku cuba lagi buat kaduk sirih pinang. Sebelum ini aku pernah buat post pasal miang kham sejenis kudapan dari negara Thai KAT SINI.

Ada dua cara yang aku cuba.
1. ~Cili hijau, bawang, halia, serai, kicap, gula nipah dan belacan diblender ~ jadikan kuah.
    ~Udang kering dan kacang tanah (digoreng tanpa minyak), kelapa potong dimasukkan ke dalam kelonsong daun kaduk.

2. ~Kacang tanah, udang kering, limau nipis, kelapa potong, halia, bawang dan cili api ~ masukkan dalam kelonsong daun kaduk
    ~ Siramkan sos gula merah ke atas bahan2 dalam kelonsong daun kaduk.
ehsan google
Aku pinjam gambar kaduk sirih pinang ni dari En Google. Hari yang aku santap mende ni aku tak ada mood nak bergambar bagai. Sedap ke? Ouhh mau ke tak sedap??. Tak dapat nak aku bayangkan macamanalah rasanya. Ada rasa lemak, pedas, pedar, masam, manis...berbagai rasa.. pendek kata tak tahulah nak cakap... waktu tengah mengunyah tu macam rasa nak bercakap Siam pun ada...