Monday, February 29, 2016

....berjaya mencantum pucuk pokok pelam

Ini gambar ranting pucuk pelam yang dah berjaya aku buat cantuman. 
Buat secara mencuba cuba. Rupanya menjadi.. Seronok tak terkata... Usianya kini sudah lebih dua bulan.. Kena rajin menyiram pohon induknya pada peringkat awal, apalagi sekarang adalah musim panas yang amat kering.
Si tuan punya pohon mempelam ni pun tak tahu apa jenama pelam ni. Pastinya yang aku selalu tengok pohonnya rajin berbuah sepanjang tahun, buahnya sentiasa ada. 
Ni gambarnya pada peringkat awal. Tak perasan pula masa ni usianya berapa bulan...
Masa ni aku rasa sangat teruja. Mana tidaknya.. antara jadi dengan tak jadi... dalam hati selalu berharap mudah2an cantuman ini terus membesar setiap hari.. Aku ambil gambar ni waktu lepas subuh... bertemankan lampu jalan..
Yang ni cerita sebenar. Bukan semua cantuman yang aku buat terus berjaya. Dalam empat ranting yang aku buat, yang menjadi hanya satu. Jika dalam masa 15 hari ranting masih segar hijau, itu petanda baik. Jika sebaliknya ia akan kering dan mati.
Antara petua yang perlu dipatuhi ialah
1- mencantum pada waktu petang hari antara  pukul 6-7 sehingga malam hari.
2. jika cantuman tidak kemas dan ditimpa air hujan juga tidak menjadi.
3. Seeloknya cantuman yang dibuat tidak terlindung cahaya terutama diwaktu pagi.
Terima kasih banyak kepada warga group "jom belajar cantuman..." dan "kebun bandar..." kerana sudi berkongsi ilmu yang sangat bermenfaat ini..
Ini adalah langkah pertama bagaimana mula nak buat cantuman. Maaflah contoh kulit pokok ni dah kering sebab aku kopek kulit ni dah seminggu yang lepas... terpaksa ditinggalkan parut sebab tersilap parking... kulit tu sepatutnya hijau...
kemudian selit dan ikat ketat2 pucuk mempelam pilihan hati anda pada pokok penanti. Ini pun contoh juga yang telah ku buat minggu  lepas, dah dibuka plastik pembungkusnya sebab tak berjaya. Pucuk yang diselit telah kering dan mati. Yang berjaya sebelum ni aku gunakan pucuk mempelam yang segar dan baru dipotong. Pucuk mempelam yang disimpan lama sebelum dibuat cantuman mungkin getahnya dah agak mengering... Aku gunakan plastik untuk wrap makanan tu sahaja...
Ni gambar bagaimana cara aku membungkus pucuk yang sudah diikat ketat pada pokok penanti menggunakan plastik. Sebelum ni aku pernah bungkus habis serupa bungkus kuih lepat dengan menggunakan aluminium foil lagi... pun tidak menjadi... bila dibuka ada bintil2 putih petanda seakan akar nak tumbuh....

Wednesday, February 3, 2016

Ini lepat bunga cicar...!

Alhamdulillah. Akhirnya .... dapat juga aku merasa kuih lepat bunga cicar.
Kakak ipar aku ada seorang kawan lama rakan sekerjanya berikan dia bunga cicar. Bila dapat tahu berita ini aku rasa sangat teruja.. Apa rasa agknya kuih lepat bunga cicar itu....
Tentulah rasanya sedap. Buat pertama kali merasanya... Di atas ni gambar kuih lepat yang sama. Ia berbeza warna sebab sudut bias cahaya waktu aku snap gambarnya...
Kak aku cakap dia tak pernah buat kuih lepat. Adunannya sedikit cair susah nak bungkus. Tu pasallah dia asyik duk tambah tambah tepung dalam adunan... Keseluruhannya cantik sebab ia sedang elok lembut dan rasa manis2 buah ajer..
Inilah bunga cicar yang kak aku dapat dari sahabatnya. Dia cakap dia jemur dulu sehari sebelum diblend kemudian campur santan, gula dan tepung pulut. Dia cakap kawannya pesan nisbah tepung pulut campur tepung beras ialah 3:1.