Followers

Monday, January 30, 2012

Oya lace - teknik jarum dan benang

Assalamualaikum pada semua. Semua terutama yang sudi bertandang kat blog aku pada entri kali ni sebab nak belajar menyulam . ... :) Yang tak minat pun harap2 lepas ni akan berjangkitlah jua....hehe

Aku sendiri pun terjumpa gambar2 ni semua selepas dah pun mendapat teknik menyulam ini dari blog orang lain. Gambar2 ni dapat dari facebook. Sebelum2 ni aku duk tengok gambar2 bunga yang cantik dah siap sahaja. Masa tu belum tergerak hati nak tengok pada gambar albumnya yang diletakkan pada bab yang pertama... hehe..

Aku letak gambar ni kat sini sebagai pembuka selera.... Cantik kan gambar bunga di dalam kaca ini?....

Boleh menggunakan benang mengikut kesesuaian sendiri. Aku lebih suka gunakan benang jenis ini untuk sulam renda aku setakat ini....huhu 

Nak terangkan pun tak pandai sangat. Nak tulis ayat yang panjang2 bimbang kot lagi pening yang membacanya.......

Benang ni di pintal kat jari untuk buat bunga yang sekuntum. Maksudnya bukan bunga yang disulam melekat pada kain. Benang yang melilit pada jari  tu sepatutnya adalah kain jika sekiranya kita nak buat sulam ni pada kain.

Inilah peringkat yang paling memeningkan. Jika dapat meleraikan simpulan ni, semua masalah akan selesai!!!
Jarum ini menegak ke atas. Perhatikan kedudukan jarum dan benang dengan teliti. Tarik jarum ke atas perlahan-lahan untuk membentuk gelung bulat seperti yang dah siap di sebelah  kiri.


Semua bentuk bunga oya datang dari bentuk ini. Daripada bentuk ini semua bentuk bunga dapat dihasilkan. Kemahiran diperlukan untuk membentuk pada mana mana saiz yang kita kehendaki.







SELAMAT MENCUBA DAN SEMUGA BERJAYA!!!

Saturday, January 28, 2012

Oya lace - pyramid or butterfly

Projek pertama aku untuk meletakkan sulam renda pada kain tudung. Percubaan untuk membentuk renda tidaklah mudah bagi aku. Nak buat satu paten saja kat atas ni sebenarnya tapi hasilnya jadi berjenis-jenis rupa!

Nak try buat butterfly. Adek kakak nenek moyang butterfly yang mai duk ada...
Yang betui- betui ada macam rupa butterfly tu cuma yang baris bawah tu saja...
Baris paling atas tu bentuk piramid. Baris di bawah tu belum cukup pas lagi....

Akhirnya aku pilih bentuk piramid yang paling kecik! Kecik sangat-sangat. Kena tambah lah dengan jahitan manik supaya ia tampak lebih meriah. Panjang lah pulak barisan manik yang nak kena dijahit pada sekeliling kain tudung. Tapi aku gagahkan diri juga. Huk huk...


Masih duk ada tiga helai lagi kain tudung yang aku nak kena sulam selepas ini. Adehhh....

Buat masa ni kain tudung patern ni yang menjadi pilihan aku seharian sebab potongannya yang labuh

Artis ni minta bayaran tiga kali lipat kalau nak publish wajahnya kat khalayak.... hehehe
 
Sabarlah sayang..... Ummi nak bergaya satt saja ni...he he

Friday, January 27, 2012

Oya lace - Kembang berbunga dan sehelai hijaba

Assalamualaikum...

Entri ini aku nak pamerkan hasil sulaman  sulam renda yang sudah aku siapkan. Untuk tatapan aku di kemudian hari. Selalunya aku ni berminat pada sesuatu tu ikut musim. Tengah jenuh bermusim ni sakanlah aku menjahit sulam...:) Lamanya duduk  buat kerja menjahit ni sampai kadang2 tu badan pun naik kejung!


Punya la seronok letak gambar pun berulang!
Bunga sulam sudah siap. Minta tolong kat model ni bergaya sat...

Harap adalah sesapa yang berminat nak menyulam serupa aku nih....:)

Thursday, January 26, 2012

Kerabu paku rawan

Bahan2
Seikat paku rawan, isi kerang rebus, bawang besar, bawang kecil, santan, cili api, kerisik, air asam jawa, belacan, air limau nipis.
Pada asasnya kerabu cara orang Kedah lebih kurang adalah sama  seperti yang aku poskan sebelum2 ini  di bawah label kerabu. Anak2 aku lani pun dah koi minat makan kerabu. Aku tergerak hati nak buat kerabu paku rawan selepas terbaca mengenainya kat blog ini. Resepi paku rawan bolehlah klik kat sini.

 by google
Kecik2 dulu aku tinggal di kelilingi sawah bendang. Pokok ini sering ku lihat. Tapi kami tak pernah pun makan kudup bunga atau apa2 dari pokok ini.


by google
Aku mula nampak kudup bunga ini dimakan orang semasa tinggal di Alor Setar. Kalau tak silap aku, kakak tu mulanya cakap namanya ialah sudu itik. Entahlah. Mungkin aku yang tersilap. Ia direbus untuk dicicah bersama sambal atau  air asam. Kat gerai kadang2 ia dijual siap dibuat kerabu.

Lama  di Pahang, aku terbiasa dengan pucuk paku masak lemak kuning, paku gorenga kicap atau ia direbus buat ulam. Jadi paku pakis yang hidup di darat dan paku rawan yang hidup di habitat berair tu macam memiliki rupa berbeza tapi nama  yang hampir sama.

by google
Tapi satu hal yang aku tak boleh kikis dari ingatan aku ialah bila aku ternampak jer ke pokok paku gajah kat tepi2 jalan macam ni, laju jer aku teringat selalu kat pucuk paku goreng kicap campur ikan bilis atau pucuk paku masak lemak kuning. Sungguh.

P/S : Baru2 ni semasa sedang mengambil makanan kat cafe, ada aku terdengar  suara yang menyebut paku rawan ni sebagai kemelin.

Wednesday, January 25, 2012

Kek coklat limau kesturi

Bahan2
400gm mentega/buttercup
1.75 cawan gula icing
2 cawan tepung gandum
6 biji telur ayam
1 cawn koko dalam tin
1 sudu kecil ovelete
1 cawan susu masam = (1 cawan susu pekat manis + 1 cawan air suam + 6 biji limau kasturi)

Cara
Campurkan tepung gandum + koko
Mentega + gula icing > pukul hingga kembang
Masukkan ovelete > pukul lagi
Tambah susu masam > pukul hingga sebati
Kemudian tambah telur satu demi satu. Pukul hingga sebati. Akhir sekali masukkan tepung dan kacau hingga sebati.

Untuk topping:
0.25 cawan mentega+0.5 cawan gula ising+ susu pekat+koko) Blend

Assalamualaikum semua
Ini adalah posting aku yang julung2 kalinya mengenai kek. Hu hu.
Blog aku tak ada kek sebelum2 ini. Tak ada label kek!
Blog ni mula asalnya dibina untuk tujuan merapu-rapu2 sahaja. Mula nak jadi blog sopan bila dah ada resepi masak2 dan sekarang ni dah ada cerita hal jahit2 sulam lah pulak. He he.... 

Aku dapat resepi kek ni dari sorang rakan penjawat awam lelaki. Dia menambah pendapatannya dengan berniaga kuih bersama isterinya. Aku pun tak ingat lagi dah macamana resepi ni boleh sampai kat aku. Aku bukan satu departmen dengan dia. Ada 2 lagi resepi bersama-sama ini iaitu acar buah dan roti canai. Tapi setakat ni aku cuma duk ulang masak cek coklat ni saja. Roti canai dan acar buah belum pernah try lagi.
Sekarang ni isterinya meneruskan kelansungan hidup bersama anak2nya sebab dia ni dah pun kembali ke alam baqa. Moga rohnya dicucuri rahmat. Amin.

Gambar kek yang aku letak kat atas tu adalah bahagian yang tinggal berbaki pada tengah malam hari. Pukul 12 tengah malam. Aku buat pada siang harinya. Laku lah sangat! He he.
Tak adalah... Sebenarnya aku buatnya setengah adunan sahaja. Bila dah setengah adunan tu, lebihkurang sukatannya main agak2 sajalah. Buat ikut naluri lagi lah... Tapi ok lah. Rasanya lembut, kurang manis dan lebih rasa coklatnya.

Thursday, January 19, 2012

Rendang bapak ayam kampung

Bahan2
1 ekor ayam
1/2  biji betik muda.
Cili api, bawang besar, bawang merah, lengkuas, serai(lebihkan serai), kunyit, rempah serbuk kari daging, jintan manis, jintan putih, kerisek, santan, garam, asam dan sedikit ajinomoto.

Layur ayam kampung yang sudah siap dibuang perutnya. Potong ayam dan bersihkan.
Blender bawang, cili, serai, lengkuas, jintan dan kunyit.
Masukkan ayam ke dalam kuali bersama semua bahan2 yang telah dimesin.
Tambah santan. Masukkan betik. Masak hingga ayam empuk. Masukkan garam, asam dan aji.
Masak lagi hingga hampir kering. Padamkan api dan angkat.

Pada hari yang aku balik kampung ambik buah timun betik, abang aku beri aku seekor ayam. Bapa ayam muda, tajinya masih pendek lagi, kata dia. Ayam ni ayam bulu balik. Dulu abang aku cakap, kalau nak bela ayam, elok bela sekali baka bulu balik sebab kalau ada apa2 penyakit yang nak menyerang ayam, situasi 'bulu balik' tu akan menolak balik penyakit yang bakal datang. Dia pun dapat petua ni dari orang2 lama. Entah sengaja orang dulu2 nak berperi-peri atau ada kebenarannya itu wallahualam.
Sebelum2 ni ayam tak dapat ditangkap sebab  sangat liar. Oleh sebab hari tu dah senja, jadi ayam pun dah rabun2 ayamlah agaknya.:)   Cadang aku mulanya nak letak sekali gambar ayam tu kat sini. Tapi tak jadi. Tak sanggup rasanya nak tenung wajah suci si ayam yang dah tak ada lagi... Fuhh panjang lak mukaddimah aku pasal ayam.


Lama sangat dah aku tak mengendalikan ayam sembelih untuk di masak. Isi daging ayam kampung tak sama dengan ayam siap proses yang dibeli kat pasar atau pasaraya. Ayam kampung isinya pejal dan keras. Mengendalikan ayam daging dari  pasar yang dah siap diproses lembeknya ibarat beras pulut yang dah siap ditapaikan. (Andaian aku ni tak boleh diguna pakai oleh orang lain...hehe)

Patutlah dulu2 ayah aku  merungut2 minta mak aku tunjukkan pada aku bagaimana cara2 untuk menyiang ayam yang baru sembelih. Celur dengan air panas, cabut bulu, layur pada api, buang perut dan menyiangnya mengikut tertib langkah yang sepatutnya. Maka sering teringatlah aku pada guru perempuan yang rapat rajin bercerita hari2 dengan aku. Pada keadaan yang tertentu dia akan  mengulang cerita bagaimana dia waktu mula2 baru kahwin dulu bapak mertuanya duk tunggu tengok dia menyiang ayam. Tiap kali apa dia buat, bapak mertua dia akan cakap, .." bukan buat lagu tu... bukan macam tuu... orang tak buat lagu tuu ....". Haha. Sangat lawak bila dia duk ulang2 cerita kat aku.      

Aku dapat resepi ni dari rakan sekerja aku. Kata dia mak mertua dia masakkan burung macam ni lah. Depa selalu makan burung hutan. Tak perasan lah. Burung sintar dengan burung ruak2 kut. Burung puyuh pun sedap masak lagu ni, kata dia lagi.Tapi kata dia bila dia masak macam ni guna ayam daging biasa yang dibeli kat pasar tu ia tak menjadi. Hancur habis dagingnya dan rasanya pun tak sama dengan bila dimasak guna ayam kampung. Dan kata kakak ipar dia, kalau nak masak guna ayam daging, kena keluarkan dulu isi ayam, keringkan kuahnya sedikit dan kemudian barulah masukkan balik isi ayam tadi ke dalam kuali.
Buah betik dicampurkan sekali untuk proses cepat melembutkan daging ayam kampung. Lagipun campuran dengan buah betik akan menambah rasa manis pada  rendang atau gulai ayam.

Memang pada aku pun rasanya tak sama dengan rendang biasa yang selalu aku buat untuk cicah dengan ketupat pulut pada hari raya.
Anehnya anak aku yang perempuan tu cakap, pada dia tak ada apa2 beza pun. Hi hi. 
Komen anak lelaki aku? Dia cakap, makan mak masak macam ni barulah pendekar. Asal lak pendekar? Aku tanya. Ayam ni ada keris kat kaki! kata dia..Ah, budak ini. 
Patutlah pagi esoknya selepas aku perangat rendang ni  tudung kuali berbunyi berulang2 kali.  Bila tudung kuali tu dah diam, aku pun pergi jenguk. Oh. Dah berseh rupanya. Daging ayam tu pun warnanya gelap2 macam panglima berbaju hitam jugalah. Hitam dagingnya itu aku agak sebab bulunya yang berwarna hitam.

Wednesday, January 11, 2012

Needle tatting dan busana muslimah

Assalamualaikum semua.
Kali ini aku nak pamerkan hasil kerjatangan aku yang baru siap. Wah! Lihatlah. Nak dapatkan sekuntum bunga ni pun aku kena ambik masa 2-3 hari. Bukan calang2 nih. Hu hu.

Ini sulaman peringkat awal. Ini bukan lah bunga yang pertama aku buat. Aku dah ambik masa dekat nak sebulan (bukan sepenuh masa lah) hanya nak dapatkan 'piramid' ini. Langkah awal aku gunakan sehingga habislah sebuku benang bulu kambing. Terasa rugi pula sebab aku dah pernah buangkan berketul2 benang bulu kambing aku sebelum ini sebab pada masa tu aku pikir aku dah tak akan gunakannya lagi. Aku dah tak akan mengait lagi...

Ingat lagi. Punyalah semangat aku pi shopping kat bandar untuk dapatkan kain ela. (Tu ayat nak bagitau yang jubah tu pun aku jahit sendiri lah.... hehe) Jackel tu dah dekat dengan rumah aku dan mudah untuk dapatkan tempat parking. Tapi susah payah aku ke bandar di pagi2 hari lagi sebelum kedai dan pasaraya lain dibuka. Tak tau pasaipa aku tak mau ke sana lagi selepas beberapa kali shopping kat Jackel. Jadi pada hari tu dapatlah aku shopping kain ela kat bandar dengan riang rianya. Kalau tidak alamat macam selalunya tiga empat kali pusing2 kat bandar tak jumpa juga tempat parking kereta tentu aku  akan pusing balik ke rumah sahaja.

Jahit tatting ni ada masanya rasa macam orang pantai timur duk tat benang untuk di buat jala dan pukat untuk diguna sebagai alat untuk menangkap ikan. Aku pula tat benang untuk ditepek kat jubah aku. Hehe.

Siap ja sulam yang sebegini pun aku dah rasa lega. Bak kata cauchCROCHETcrumbs lepas dah habis buat satu kerja sulam seronoknya rasa macam nak lompat2 pusing keliling meja. Hu hu. Aku pun rasa macam nak buat macam tu juga. Rasa macam nak buat satu ayat yang boleh menunjukkan satu perumpamaan menunjukkan rasa seronok itu. Ha ha. Tapi bimbang pula kalau buat ayat yang bukan2, datang pula mana2 generasi y yang terbaca entri aku ni, disangkanya aku ni sebagai mak cik meghoyan pulak. hehe

Monday, January 9, 2012

Cendul timun betik

Assalamualaikum semua
 Bahan2
Buah timun betik, santan pekat, gula merah, ais kiub dan secubit garam.
Masak santan bersama gula merah.
Selepas siap dikupas dan diracik isi buah kecil2, campurkan dengan santan, gula merah dan ais kiub. Siap untuk dimakan.

Hari ini aku nak posting satu juadah yang dah lama aku idamkan selama ini. Lama sangat dah aku duk tercari-cari mana nak cari buah ini. Suatu hari aku terserempak dengan gambar dan cerita tentang buah ini kat internet. Kat Indonesia ia dipanggil buah timun suri. Aku pernah makan buah ini masa aku kecik2 dulu. Dah ingat2 lupa. Lupa rasa lupa baunya tapi seingat aku buah ini baunya sangatlah  wangi. Yang kita tengah duk rindu2, tentulah semuanya berbau wangi kann.... (tudiaa ayat..)


Tak semena2 tiba2 jiran aku cakap buah ni ada ditanam kat kampung dia. Aku dengar pun rasa macam tak caya jerr... Excited sangat2. Bila cakap kat abang aku, dia kata nak cari buah ni kena pi cari kat Perlis.

Akhirnya abang aku cakap yang dia dah dapat yang kat atas ni pun  dah last stok. Depa tengah duk nak tanam semula la ni. Hu hu. Jadi pada sapa2 yang nak cari buah ni, pi la cari kat Kampung Pering, Padang Sera. Padang Sera yang dekat dengan Watt Siam Boonyaram tu. Kampung Pering ya. Jangan tersilap sebut macam anak sedara aku yang tengah pelat time dia kecik2 dulu. Dah puas tok dia sebut Kampung Pering, dia masih duk sebut Kampung Kering!

Yang ni belum masak lagi. Aku bawa balik ke rumah nak peram. Saiznya 15 inci panjang dan 17 inci ikurlilit garispusatnya. (Orang lama tak selesa dengan sistem metrik. Hu hu.)

This is not my tangan ekk.. Aku pi makan saja, cuci pinggan mangkuk pun tak sempat dah, nak sangat balik ke rumah. Hari dah nak malam.
Sebiji buah ni kami makan berlima, tu pun tak terhabis sebab anak2 aku tu generasi baru, depa tak pandai nak makan benda2 macam ni.

Macamana nak cerita rasanya? Aku tanya kat kakak ipar aku. Macam honey dew ka? 
Pada aku rasanya siket2 macam honey dew. Tapi kuat lagi bau dia, ada macam aroma masam sikit. Isinya lebih gebu berbanding isi honeydew. Agak tawar.
Dia angguk. Emm, macam ni la rasa dia, kata dia hilang kata kata. Aku gelak. Abang aku kata rasa dia betui2 macam condoi! Ha ha. Generasi lama macam  abang aku tu dia tak sebut cendul ya? dia sebut chondoi, baru kaw kaw.!


by google
Yang satu jenis ni tak ada corak macam yang aku makan tu. Agaknya rasanya lebihkurang sama la kut. Seeloknya yang dah merekah macam ni dah cukup elok lembut untuk dimakan.

by google

Yang ni masukkan gula putih sahaja. Tu yang warnanya jadi begini.

Friday, January 6, 2012

Tepung talam a.k.a. kueh talam blues

Assalamualaikum
Bahan2
1 cawan tepung gandum(tambah 2 camca tepung ubi untuk penuhkan sukatan cawan)
2  1/2   cawan santan
3/4 cawan gula
 secubit garam
12 kuntum bunga telang

Sebatikan semua bahan kecuali bunga telang. Bahagikan 1/2 sukatan bancuhan tepung untuk diwarnakan dengan warna biru bunga telang.
Rendam bunga telang dengan air panas untuk mendapatkan warna birunya. Tapis.
Kukus bahagian yang berwarna putih dan bila ia mula membeku, ceduk perlahan2 bancuhan tepung yang berwarna biru ke atasnya sehingga habis,
Kukus hingga masak.

Bak kata sahabat baik aku Si Eda, dah tak ada idea, tak dak modai nak buat cerita. Aku pun sama. Tak ada idea, tapi masih nak buat post. Ha ha. Itu yang tiba2 muncul makanan blues ni....!

Bancuhan tepung dan santan aku ni dah pun menghasilkan warna biru sejuk... Hu hu.
Loyang aku ni comel. :) Hanya bersaiz 6 1/2 inici.
Bahagian bawahnya dah kemek bergelombang sebab anak aku yang lelaki dulu tu ada problem dengan doh pizzanya. Entah apa yang diketuknya hingga jadi begini...:(

Aku letak balik gambar bunga telang kat sini.
Kali ni aku tak dapat nak pilih2 dan buat watermark kat gambar2 aku kat sini sebab entah apa yang aku dah klik2 kat laptop ni tak tau, dah jadi caca marba lah pulak, aku sendiri pun naik pening!

Bereksperimen lagi aku dengan biru warna bunga telang. Lepas kuih talam, aku buat pulak agar2 gunakan bunga telang lagi. Ha ha  sangatlah blues.
Rasanya? He he. Tak adalah blues pun! Betul. Aku tak tipu. Rupanya saja yang blues...Masa agar2 ni masih panas, ada lah aku terbau wangi dan rasa bunga telang. Dah beku, tak ada lagi dah!
Anak aku yang perempuan dah letak yogurt kat sini. Bukan main minat lagi dia dengan agar2. Kueh talam dia tak minat sebab ada lemak2