Followers

Thursday, June 23, 2016

kehijauan daun tin yang menenangkan....


Lapan bulan sudah berlalu sejak aku mula menanam pokok tin. Mula dengan benih tut dari luar negeri. Hingga saat ini belum lagi menampakkan hasilnya...
Anak pokok yang aku semai dari biji tin kering nampaknya tumbuh dengan elok. Jadi dapatlah aku alihkan perhatianku dengan  menyibukkan diri melihat kehijauan daun2 tin yang tumbuh dari semaian biji ini.
Daripada dua biji buah tin kering yang aku semai telah mengeluarkan daun yang berbagai-bagai corak bentuknya semasa proses tumbesaran anak pokoknya. 



Apa-apa pun aku paling suka gambar ni. Yang ni paling win. Hanya orang yang minat bertanam dan berkebun saja yang dapat menghayatinya.... 

kahwin semaian biji tin mula tunjukkan hasil positif...

Oleh sebab benih pokok tin agak mahal, anda sering dinasihatkan supaya buat bekap. Kalo terjadi sesuatu yang tak diingini pada pohon induk, mungkin benih dari anak pokok yang baru boleh menjadi penyelamat. Inshaa Allah, segala ketentuan milik Allah jua belaka...
Aku harap  anak pokok dalam polibag ini akan dapat terus hidup subur kemudian hari...
Aku fokus pada cantuman kapit/sisi yang aku sudah buat...
Ambil gambar dari sudut ini pula....selepas benang pengikatnya dibuka.
Ini yang abang aku kata cara kahwin pokok paling bodoh. Bukan buat kerja bodoh. Maksud dia cara kahwin pokok yang paling senang. Orang yang tak ada pengalaman kahwinkan pokok atau sebarang ilmu pertanian pun boleh buat ini dan kemungkinan untuk berjaya adalah sangat tinggi. Gerenti menjadi. Inshaa Allah. 
Yang ni nak menunjukkan apa yang terjadi pada pokok induk (benih yang dipilih untuk dikahwinkan) selepas ikatannya dipotong. Selepas dipotong dari 'kapit' yang agak lama, akan tumbuh daun yang baru.

Inilah gambar waktu aku mula mengikat/kapit kedua-dua anak pokok berlainan jenis ini dalam proses untuk dicantumkan ketika ia masih kecil dulu.

Wednesday, June 22, 2016

belajar buat bonsai...

Suatu hari aku terjumpa dua anak pokok yang telah tumbuh dengan sendirinya selepas hujan turun banyak selama beberapa hari. Mulanya  nak ku buangkan saja. Tapi tiba-tiba terfikir apa kata jika aku cuba membentuknya menjadi pokok bonsai.
Ku fikir mulanya mudah saja membentuk pokok menjadi bonsai...
Lentuk lentuk selepas mengikatnya dengan dawai, ku biarkan begitu saja selama beberapa minggu...
Ingat dah lawa sangatlah bila dahannya sudah melentuk menyenget koner baring lagu tu... hehe
Suatu hari teringat nak belajar membentuk pohon bonsai dari you-tube....
Rupanya untuk membentuk ranting bonsai kena asuh melentur rantingnya sejak ia masih kecil lagi. Lilitkan  dawai untuk melentur rantingnya. Pada ranting yang dilentur hendaklah disisipkan dawai yang lebih kasar sebagai tulang belakang supaya ranting tidak mudah patah.
Aku pun mulalah melilit-lilitkannya. Selepas tu ku biarkan lagi supaya ia terus hidup dengan mengikut hasil lilitan yang sudah ku bentuk..
Tu diaa... Inilah hasil terakhir setakat ni. Lentuk melentik semacam jer... 
Yang ni satu lagi...
Ni semasa proses membuka lilitan dawainya. Lebih banyak ranting yang telah menjadi korban... Kerja ni lebih sesuai kepada orang yang betul-betul berminat yang akan melakukannya dengan lembut dan lebih berhati-hati...
Hasil pohon bonsai ku....

Monday, June 20, 2016

Bubur biji salak

Assalamualaikum..
Aku teringin sangat nak merasa bubur biji salak. Namanya pun macam menarik. Terjumpa resepi ni di alam maya. Seorang hamba Allah beri komen beliau dan family pernah tinggal di Indonesia kalau tak silap teringat kat makanan ni bila tiba bulan puasa.
Dah pukul 12 tengahmalam aku masih gigih nak cuba juga buat kuih ni. Guna santan kotak jer.. Entah kat mana silapnya agak berbuih pulak kuahnya... tak apalah asal dapat juga merasa. Sedap. Terasa liat2 tepung ubi bila dikunyah. Bila aku gogel nampak lagi sedap bila terjumpa gambar yang menggunakan ubi berwarna purple gelap.
Resepinya agak mudah. Serupa buat kuih buah melaka. Sukatannya aku tak berapa ingat. Aku bancuh sukatannya main agak-agak sahaja.
250gm isi keledek rebus
75 gm tepung ubi/ kanji
Gaulkan isi ubi keledek yang sudah direbus bersama tepung ubi. Bentukkannya kecil bulat2. Masukkan adunan yang sudah siap dibentuk bulat2 ke dalam periuk yang berisi air sedang mendidih. Bila kuih timbul tandanya ia sudah masak. Angkat dan sejatkan kuih yang sudah masak.

Untuk kuahnya masakkan santan cair dengan gula kabung. Letak secubit garam. 
Masukkan biji salak yang sudah siap kedalam kuah gula kabung untuk dihidangkan. Nak tambah rasa sedap masukkan sedikit santan pekat ke dalam kuahnya sebelum dimakan.

bila daun tin keriting....

Assalamualaikum..
Hanya untuk mencatat pengalaman aku sebagai kenang-kenangan.. 
Membiak dan cuba membesarkan benih tin dari luar negara itu sesungguhnya menagih banyak kesabaran. Keajaiban boleh berlaku tanpa diduga. Anak pokok tin yang sedang rancak segar melebarkan pucuknya setiap hari boleh diam terhenti terencat secara tiba-tiba....
Rasanya dah lebih seminggu daun2 ini berkeadaan begini, selalunya pucuk baru cepat saja melebarkan saiznya setiap hari...
Pokok yang sihat pucuknya berwarna hijau segar dan 'hidup' setiap hari...
Tengok daun2 pokok ni terencat pertumbuhannya macam aku pun ikut terencat....

Ada aku baca komen menyebut kerinting daun tin begini mungkin sebab serangan virus. Diusulkan supaya daun bersama pokok yang sudah kena serangan virus ini dibakar atau dimusnahkan terus supaya tidak menjangkiti pada pokok2 lain.

Aku belum lagi rasa nak musnahkan aku punya benih pokok tin....

Sebelum2 ni selalu aku tenguk daun pokok anggur aku jadi kerinting juga. Keriting yang lagi teruk. Kat bawah ni contoh yang terjadi pada sehelai daun anggur tu. Yang ranting hujungnya lagi aku dah potong buang. 
Aku dah cuba cek medium yang aku gunakan pada pokok tin aku yang bermasalah tu, tapi hasilnya macam ok ajer... Aku tak  ada PH meter, jadi aku hanya gunakan kunyit saja sebagai bahan uji. Ikut panduan dari petua group 'kebun bandar'. 
Cara menggunkana kunyit untuk menentukan keasidan tanah:-
Basahkan tanah atau bahan media yang hendak diuji.
Potong kunyit dan masukkan ke dalam  bahan media.
Tunggu keputusannya selama 30 minit
Keluarkan kunyit dan periksa warnanya:
jika kunyit bertukar menjadi warna kebiruan- tanah atau media beralkali
jika warna kunyit luntur- tanah berasid
jika warna kunyit tidak berubah- tanah normal dan sesuai untuk pertumbuhan pokok.
Jadi keputusan akhirnya ialah aku hanya menggunting buang habis semua daun pokok tin aku ni. Mudah2an ia akan tumbuh normal balik seperti sediakala serupa yang selalu berlaku pada tanaman pokok anggur aku selama ni....